Review: Lipglass Sendayu Tinggi

Hye.. Selamat Hari Khamis dan Petang Semua...

Rasa macam lama sangat tak tulis entri padahal semalam tulis dah..hehe..Terima kasih pada semua yang sudi datang jenguk blog Puteri yang tak seberapa ni, disebabkan anda Puteri rasa seronok nak berblog, sementara ada kelapangan ni, Puteri nak tulis seberapa banyak entri yang boleh, nanti dah ada kerja lain mungkin la tak dapat tulis selalu..Apa-apa pun Terima kasih ye.

Jadi review kali ini adalah tentang produk dari Sendayu Tinggi, mungkin de yang pernah baca artikel Puteri sebelum ni tentang Sendayu Tinggi, pada yang tak baca lagi boleh klik disini, kalau anda nak baca la.hehe..Dah lama nak buat review tentang produk Sendayu Tinggi, sebab selalu nak tulis entri Puteri tak rancang pun, pikir secara spontan dan tulis terus. Semalam ada orang request suruh tulis review tentang produk Sendayu Tinggi dari Jowen Ann, jadi Puteri terus pikir nak buat entri ni.

Review kali ini adalah tentang Lipglass in Baby Pink dari Sendayu Tinggi.


Nak tahu pendapat Puteri tentang produk ini, Sila baca selanjutnya...


Buat pengetahuan semua, Puteri sangat sangat sangat SUKA produk ni, masa mula-mula beli tu Puteri takut jugak la tak sesuai dengan Puteri, bila balik rumah dan cuba sendiri terus Puteri jatuh cinta dengan lipglass ni..heehee..

Produk: Lipglass ini didatangkan dengan 5 pilihan warna yang berbeza iaitu Crystal Glow(LG01), Baby Pink (LG02), Honey (LG03), Apricot(LG04), Grape Shine(LG05). Semua warna pilihan sangat menarik. Lipglass dari ST ini sangat berbeza dari lipgloss, selalu Puteri pakai lipgloss rasa sangat melekit tapi lipglass ni rasa tak melekit macam lipgloss.. (^___^). Hanya pakai sedikit bibir anda akan nampak menyerlah!!



Mesti ada nak tahukan lipglass ni tahan lama ke tak. Mengikut pengalaman Puteri, lipglass ni tahan lebih kurang 1-2jam je, tapi kalau dah start makan atau minum tu memang tak payah tunggu sampai 1-2jam pun, hilang terus.Mana-mana lipgloss same je tak kan tahan lama sangatkan. Tapi Puteri tak kisah pun, lepas makan pakai la semula tak susah pun..hehe

Kelebihan:
  • Datang dengan 5 warna yang menarik
  • Sangat creamy dan tidak melekit
  • Bau seperti bau Candy..(Tiap kali nak guna, Puteri akan bau dulu,hehe,,sebab sangat menyelerakan)
  • Dijamin HALAL dan buatan Malaysia
  • Harga yang sangat berpatutan
  • Setiap satu lipglass seberat 8gram
  • Sangat mudah digunakan
  • Sangat Universal
  • Packaging yang bagus (Bila anda pegang lipglass ni akan dapat tahu produk ini sangat berkualiti tinggi)
  • De sparkels yang dapat menyerlahkan bibir anda
Kekurangan:
  • Tidak boleh berdikari(Haha..kelakarnya ayat, maksudnya disini pada pengalaman Puteri, Puteri kene pakai lipstick dulu tak sesuai pakai lipglass ni terus, kalau orang lain tu Puteri tak tau la pulak)
  • Berhati-hati semasa memicit lipglass ni, takut kalau picit terlalu banyak nanti tak cantik dan takut bleeding(terlebih dari garisan bibir)..huhu
Harga: RM23.00, Berbaloi kan?? kalau anda ada membership ST harga dapat lebih lagi murah sedikit.

Tahap: 5 Bintang, tapi nak bagi 10 bintang la...Yeaaa....

Sebelum terlupa, maksud Universal di atas adalah, anda boleh kenakan lipstick warna merah ke, pink ke atau nude color, hasilnya sangat-sangat menarik. Lipglass ini akan menyerlahkan warna lipstick anda. Pada sesiapa yang nak belajar pakai lipgloss ke lipglass ke,Puteri cadangkan anda beli lipglass ni, sangat best..hehe



Selalunya, Puteri suka pakai lipstick kegemaran Puteri iaitu Revlon Super Lustrous Lipstick in Pink in The Afternoon (klik di sini)  kemudian lapisi dengan lipglass in Baby Pink ni. Seperti gambar di atas. :)



Revlon Super Lustrous Lipstick in Pink in The Afternoon

Pe yang boleh Puteri katakan disini, Puteri sangat berpuas hati dengan lipglass dari Sendayu Tinggi ni, dan boleh dikatakan tiap kali keluar Puteri akan pakai lipglass ni. :) Puteri mungkin akan beli warna yang lain pulak rasa macam nak beli Crystal Glow pulak..hehe..Anda pulak bagaimana??

Pada sesiapa yang teringin nak lipglass ni  tapi tak tau nak dapatkan kat mana boleh suh Puteri belikan lipglass ni atau produk Sendayu Tinggi yang lain boleh emailkan pada Puteri ye.Puteri bukan la nak untung pun hanya nak bantu anda yang susah nak dapatkan produk Sendayu Tinggi ni..hehe

Sebelum Puteri membebel lebih banyak, baik Puteri stop kat sini dulu.Papepun tinggalkan komen anda di bawah dan kalau nak Puteri review produk lain boleh bagitau ye, jangan malu2..Jumpa lagi!

~xoxo~

7 comments:

  1. hehe..takde la biase2 je..btw tahniah sebab dapat masuk majalah Remaja..Popular la nnt..hehe

    ReplyDelete
  2. kiut kaler nih..tapi kosmetik ST ni susah la nak carik. kena pegi butik dia baru ada. keep posting reviews on local products. akak suke :)

    ReplyDelete
  3. haha..nak masuk jugak ke?:p


    PESANAN PENAJA :

    Undi blog "THE BEAUTY IN UGLY" untuk Blog Personal Lelaki Pilihan (nombor 9 dari atas) kat sini
    -------> http://bpm-undi.blogspot.com/

    (guna semua browser yg ada..hehe)

    ReplyDelete
  4. hye miss syukur..tul tu, suke gak produk tempatan ni tapi setakat ni Puteri suka Sendayu Tinggi je yang lain tak pernah cuba lagi..hehe

    ReplyDelete
  5. Wah..bgus2..lepas ni syira leh try..syira guna ST jugak hehe..

    ReplyDelete
  6. Hi Syirasara..tapi kat sini ST nye kedai dah tutup..huhu

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri