My Second Makeup Contest: Princess Creation Looks

Hye semua...

Sebelum Puteri mula berceloteh untuk entri kali ni, Puteri nak ucapkan dulu "Selamat Hari Raya Qurban" pada semua pembaca blog dan juga kawan-kawan Puteri. Tahun ni sedey tak dapat balik beraya di kampung, sebab tak mau kembar beraya kat Penang sensorang, baik kan..haha..

Ok lah, entri kali ni Puteri nak cerita tentang contest makeup yang Puteri masuk. Ni yang kali kedua, mungkin ramai yang tahu, yang tak tahu tu meh Puteri bagitau,hehe.. Puteri de masuk contest makeup CPM Honey Nurhaliza: Gaya Contest Makeup Vouge. Keputusan nya tak tahu lagi macam mana.Hope boleh menang.

Peraduan mekap yang ke2 dianjurkan oleh suka@mekap. Puteri terjumpa link die kemudian kebetulan die de buat contest, jadi Puteri join la.

Gaya solekan pertaruhan Puteri adalah


Over ke? haha..Tolong judge saya dan teruskan membaca... :) 

Pada mulanya Puteri tak mau buat entri pasal ni sebab takut orang kate Puteri ni giler mekap ke pe ke..haha..suke je berfikiran negative..haish..Tapi kembar suruh tulis jugak entri untuk contest ni jadi Puteri buat jugak demi menghormati kakak..haha

Info Contest
Tema: Princess Creation.
Tempoh Masa: 1nov-30nov 2010
Penganjur: Suka@mekap
Pengadilan: 50% vote/ Like dari orang ramai dan 50% dari penganjur
Hadiah: 2 makeup pallete untuk 2 pemenang
Nota dari penganjur: buat mekap yang kreatif.

Sebelum Puteri buat mekap ni, Puteri fikir nak buat Cleopatra kemudian Snow White la.Hampir2 nak pergi Tesco beli epal merah tuk Snow White..haha..Kemudian tanya pendapat Uncle G (Google) dan geledah buku RAPI kemudian Puteri terfikir nak buat gaya mekap ni: Jungle Princess Creation. :)

Sebenarnya idea ni datang secara tiba2 jugak, Puteri main conteng je..Tapi tak tau ok ke tak..anda rasa ok ke?

Sebelah Kanan
Sebelah Kiri

Lama jugak la mekap, sampai lupa nak tangkap gambar mekap yang Puteri gunakan. Untuk solekan ni Puteri gunakan warna hijau, bronze dan gold sebab fikir pasal hutan. hehe..ukiran sebelah mata tu macam ranting pokok Puteri buat..haha..


Separuh
Antara produk yang Puteri gunakan adalah 88 eyeshadow Pallete, Silkygirl Duo Eyeshadow(Golden Emerald), Majolica Majorca Shadow Customize.

Pada anda yang nak masuk contest ni boleh lagi, contest ni akan berakhir 30nov ni. Pergi ke facebook dan search : suka@mekap. Like page tu dan hantarkan gambar anda dan suruh orang vote atau like gambar anda banyak2.hehe

Bad lighting :(

Puteri harap dapat menang contest ni supaya Puteri dapat buat lebih banyak tutorial mekap untuk anda atau pun buat giveaways..hehe..tapi tak tau lagi sebab tak menang.

Disebabkan contest ni 50% = vote dan 50% = judges, jadi kene ada orang vote gambar anda.Pada mereka yang nak tolong Puteri menang contest ni, boleh la undi Puteri, senang je tak susah pun 5-6 saat je. Cuma like Page Suka@mekap dan gambar Puteri.
dan


Harap anda dapat tolong vote ye kalau anda suka, kalau tak suka takpe tak pakse, tapi tak salah kalau tolong vote kan.

Terover
Waa siap de daun lagi,nasib baik tak jumpa ranting, kayu balak ke..kalau tak dah letak sama.hehe.. Pada yang rasa macam makeup ni over, maaf la Puteri hanya ikut tema tuan rumah dan cuba berkreatif, kalau keluar tak mekap camni pun hanya untuk contest je.hehe

Puteri harap anda tinggalkan komen, pendapat, kutukan dan sebagainya tentang gaya solekan yang Puteri hasilkan ni.Harap anda suka.. :)

~xoxo~

8 comments:

  1. hye syara...Thanks for stopping by and the comment..hehe :)

    ReplyDelete
  2. cantik solekan ratu hutan ni..huhu

    ReplyDelete
  3. haha..yeke..mekacih en edy..hehe :)

    ReplyDelete
  4. tp a few part tu kene kasi sharp sikit...

    ReplyDelete
  5. hehe..betul tu..kene g practice lagi..hehe

    ReplyDelete
  6. ok apa make up cam tu.at least u brani gak.i like!!!

    ReplyDelete
  7. hye hasniza..thanks dear!!hehe :)

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri