Makeup Tips from Barbie Doll

Hye Semua Pembaca blog..

Bagaimana hari anda hari ni? Harap berjalan lancar. Ok la, untuk hari ini Puteri akan ajar cara nak dapatkan efek mata besar dan bermaya. Senang je..Mungkin ada yang tahu..

Buat pengetahuan semua, Barbie Doll pun amalkan tips ni dalam kehidupan seharian mereka.hehe


Nak tahu bagaimana sila baca selanjutnya... 

Tips ini sangat sesuai bagi semua. Sesiapa yang tak suka mekap atau mungkin nak cepat pergi kerja boleh la cuba tips ni. Sangat mudah, simple dan tak memerlukan banyak masa.


Mata tanpa sebarang mekap
 Mungkin ada di antara anda suka tidur lewat macam Puteri, pagi esok mata sembab sebab tak cukup tidur. Kemudian tak sempat nak bermekap untuk pergi kerja.

Sebenarnya memakai pembayang mata atau eye liner berwarna hitam akan memburukkan lagi keadaan mata anda kerana ia akan menyerlahkan lagi mata anda yang sembab, nampak mata lebih berat dan tak bermaya.

Selain dari memakai concealer pada bahagian mata yang sembab, cuba tambah  lagi dengan White Eye Liner.

Mari Puteri tunjukkan cara-caranya:
  • Pertama, macam biasa kemaskan kening, sapukan concealer dan bedak pada mata
  • Kemudian gariskan eyeliner berwarna putih pada garisan bawah anak mata.
  • Selepas itu, gariskan eyeliner berwarna hitam pada bahagian atas mata dan juga maskara
Siap!
Kalau anda nak jadi mata lebih besar leh la pakai contact lens. (^^,) Itu sahaja, senangkan tak perlukan banyak masa.

Perbezaan Eye Liner Hitam dan Putih

Eyeliner hitam dan eyeliner putih memberi efek yang berbeza pada mata.
  • Eyeliner Hitam: Mata lebih galak dan dalam
  • Eyeliner Putih: Mata lebih besar dan bermaya
Kalau kebiasaan selalu pakai eyeliner hitam, pe kata cuba pakai eyeliner putih pulak, kalau anda tak suka putih anda boleh guna eyeliner warna peach atau krim.

Puteri cadangkan anda beli dari Rimmel Extreme Definition Two-Tone Eye Definer warna putih dan hitam.


Harga RM18.90. Nanti Puteri akan buat review tentang eyeliner ni.

Harap anda boleh cuba tips dari ini. Jangan lupa tinggalkan komen anda di bawah. Jumpa lagi!!

3 comments:

  1. mcm mana puteri kmaskan kening eh?? nmpk cntik la.. saya puny bulu kening pun serabut.. huhu..

    ReplyDelete
  2. Hi dear..Puteri guna kan rimmel eyebrow pencil. senang sangat sebb die ada berus kat hjng tu, boleh kemaskn dl ngan berus tu then gariskan kening pastu kemaskn lagi bg nmpk cantik :)

    ReplyDelete
  3. salam..dekat mane saye boleh beli eyeliner tu??

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri