Maybelline Volum' Express Hypercul Cat Eyes Mascara

Untuk hari ini, Puteri akan review tentang Maybelline Volum' Express Hypercul Cat Eyes Mascara.Huh panjang sungguh nama mascara ni. Mascara dari Maybelline ni sangat unik kerana ia berbeza dari mascara yang selalu Puteri ada. Kali pertama Puteri pandang mascara ni, memang dah jatuh hati dah.hehe..sebab warna die pink dan hitam,nampak kiut sgt, kemudian ada macam belang harimau kat penutup die..memang unik.

Volum Express Hypercurl Cat Eyes Mascara

Etude House Magic Tint Balm

Kalau pergi jalan- jalan di Queensbay Mall, store ni menjadi destinasi wajib Puteri pergi.Hehe..Sebab utama kedai ni menjadi tarikan Puteri adalah kerana store ni warna PINK!! Sales girl kat situ pun kiut dan baik.Store yang Puteri maksudkan adalah ETUDE HOUSE..Etude House adalah kedai yang menjual barang kosmetik dari Korea. Ia mempunyai pelbagai jenis barangan kosmetik terutamanya BB Cream, pembayang mata, lipstik, blusher, berus dan macam-macam lagi..

Produk pilihan Puteri dari Etude House untuk hari ini adalah Magic Tint Balm.

Avon True Color Eyeshadow Quad

Hye semua...Review pertama Puteri dari Avon adalah True Color Eyeshadow Quad. Pembayang mata ni didatangkan dengan 4 warna yang menarik dan bersesuaian dengan citarasa wanita iaitu Sandy Corals, Fresh Cut Greens, Purple Haze dan Romantic. Setiap Eyeshadow Quad ini adalah seberat 5.6g, agak banyak dan boleh tahan lama dan dijual dengan harga RM35.OO. Tapi Avon selalu buat promosi, kadang-kadang harga jatuh banyak dan murah..sebab time Puteri beli dulu harga dalam RM20 lbey je..hehe

L-R: Romantic, Fresh Cut Greens, Sandy Coral & Purple Haze

Avon


Avon merupakan sebuah francis terkenal di Malaysia yang menjual barangan untuk wanita terutamanya kosmetik, skincare, minyak wangi, produk kesihatan, pakaian dalaman wanita, barangan dapur dan lain-lain. Avon juga ada menjual minyak wangi untuk lelaki juga tapi tak banyak kerana fokus mereka lebih kepada wanita. Puteri percaya ramai di luar sana yang pakai barangan dari Avon dan tak ketinggalan jugak Puteri.

Puteri tiap kali pergi Avon, mesti ade je pelanggan yang datang g ke butik Avon. Beli bukan satu dua barang je,dekat berkotak jugak la dorang beli sebab kebanyakkan yang datang beli adalah dealer Avon. Bagus la berniaga kecil-kecilan kat rumah sekurang-kurangnya ade pendapatan sampingan duduk kat rumah.

Puteri selalu pergi Avon sebab nak beli barang mekap, minyak wangi atau bra dan Puteri sangat berpuas hati ngan barangan Avon sebab berkualiti..Mekap dari Avon juga adalah salah satu kosmetik yang terawal Puteri beli mase mula-mula mekap dulu..hehe

Jadi untuk itu teruskan membaca, untuk permulaan, Puteri akan buat review tentang mekap dari Avon. (^^,)

Selamat Datang semua....

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog. (^________^)

Dan Selamat berPuasa kepada semua umat Islam…

Buat pengetahuan semua, nama saya Puteri Faridah. Saya berumur 23 tahun, senang saya bahasakan diri saya sebagai Puteri.

Tujuan Puteri membuat blog ni adalah hanya untuk memberi pandangan(review) tentang produk kosmetik yang Puteri miliki sekarang untuk dikongsikan dengan anda semua.

Kebanyakkan produk yang ada, Puteri beli dari farmasi terutama dari Watson atau pun Guardian. Selain itu, Puteri ada jugak beli barang mekap dari store kegemaran Puteri seperti Avon dan Etude House. Semua mekap yang puteri ade sekarang ni,Puteri beli guna duit Puteri sendiri masa belajar atau kerja tanpa ditaja oleh mana-mana pihak.

Jadinye, Puteri takde lagi barang mekap dari jenama yang terkenal contoh macam MAC ke, Shu Uemura ke, Dior ke Lancome ke mahupun Stage..huhu..sedih2..Sebab Puteri baru je habis belajar dan tengah cari kerja(no $$$..Aaaarggh..), jadi tak mampu la nak beli mekap dari jenama yang terkenal walaupun kadang-kadang teringin sangat nak beli.Mungkin bukan sekarang mungkin lain kali atau tidak..huhu. Jadi Puteri takde review untuk mekap dari jenama terkenal.

Tapi..Tapi..Puteri percaya walaupun mekap tu hanya dijual di farmasi dan tidak berharga beratus-ratus ringit tapi tak semestinya mekap tu tak berkualiti.Puteri rasa mekap dekat farmasi pun standing je dengan jenama yang mahal ,Cuma nye jenama mahal tu mungkin kandungan(ingredients) dalam mekap tu lebih atau dihasilkan dari bahan yang terbaik..sape tahu kan..

Jadi mekap dari farmasi pun contoh seperti Maybelline,Revlon,Loreal, SilkyGirl, In2It dan lain-lain pun sama hebat macam mekap yang mahal..

Puteri mula minat untuk bermekap sejak umur urrrm..lebih kurang dalam 20 tahun.Masa tu Puteri baru je masuk universiti, pegi kuliah paling kurang pakai eyeliner,mascara dan lipstick kalo rajin sket Puteri pkai la eyeshadow tapi comot la, main pakai je..haha..Sekarang nak masuk 23 tahun,kire dah 3 tahun la Puteri minat untuk bersolek..Teringin jugak nk pergi kelas mekap,tapi sampai hari ni tak pegi-pegi lagi..huhu

Untuk itu,Puteri akan tulis review tentang semua mekap yang Puteri ada dengan semua dan Puteri harap anda semua dapat bagi komen dan cadangan supaya Puteri dapat menambahbaikkan blog ni.

Terima Kasih..

P.S: Maaf untuk Intro yang panjang..hehe

Still under construction

This is a new blog and still under construction.. (^^,)
Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri