Kalau pergi jalan- jalan di Queensbay Mall, store ni menjadi destinasi wajib Puteri pergi.Hehe..Sebab utama kedai ni menjadi tarikan Puteri adalah kerana store ni warna PINK!! Sales girl kat situ pun kiut dan baik.Store yang Puteri maksudkan adalah ETUDE HOUSE..Etude House adalah kedai yang menjual barang kosmetik dari Korea. Ia mempunyai pelbagai jenis barangan kosmetik terutamanya BB Cream, pembayang mata, lipstik, blusher, berus dan macam-macam lagi..
Produk pilihan Puteri dari Etude House untuk hari ini adalah Magic Tint Balm.
Puteri pasti ramai gadis di luar sana yang tak suka pakai lipstik. Jadi produk ini patut menjadi pilihan anda. Dari dibiarkan bibir anda kering dan kusam baiklah pakai balm ni dari tak pakai pape..Sebab cuaca kat Malaysia ni panas, jadi bibir mudah kering.huhu..
Anda mungkin nampak atau tak nampak perbezaan pada gambar di atas...tapi realitinya memang nampak ketara warnanya berbanding dalam gambar.
Produk: Magic Tint Balm ini didatangkan dengan beberapa warna yang cantik. Balm yang Puteri beli ni nama die Magic Red. Berat balm ni 10g, memang berbaloi beli sebab tahan lama.
Kelebihan:
- Kalau anda nak bibir merah semulajadi macam Snow White, anda patut ada Balm ini
- Bau balm ni pun sedap, macam cherry
- Balm ni ada vitamin E yang membantu mengekalkan kelembapan untuk bibir yang kering dan menjadikan bibir lebih sihat
- Bagi yang pakai lipstik, anda boleh guna balm ni dahulu kemudian baru sapukan lipstik kegemaran anda, jadi bibir tak la kering sangat dan bibir pun nampak lebih cantik
Kekurangan:
- Puteri tak nampak sebarang kekurangan Balm ni, cume nya anda kene guna jari atau berus untuk pakai balm ni. Kalau gunakan jari, pastikan jari anda bersih ya..
Harga: RM18.90 (Kalau tak salah Puteri la, Puteri beli bawah dari RM10 sebab masa tu Etude House tengah buat SALE...)
Tahap: Puteri bagi 5 Bintang untuk produk yang comel ini.
Kalau anda pergi ke Etude House, anda boleh la beli Magic Tint Balm ni. Pasti tak rugi... =)
No comments:
Post a Comment