Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog. (^________^)
Dan Selamat berPuasa kepada semua umat Islam…
Buat pengetahuan semua, nama saya Puteri Faridah. Saya berumur 23 tahun, senang saya bahasakan diri saya sebagai Puteri.
Tujuan Puteri membuat blog ni adalah hanya untuk memberi pandangan(review) tentang produk kosmetik yang Puteri miliki sekarang untuk dikongsikan dengan anda semua.
Kebanyakkan produk yang ada, Puteri beli dari farmasi terutama dari Watson atau pun Guardian. Selain itu, Puteri ada jugak beli barang mekap dari store kegemaran Puteri seperti Avon dan Etude House. Semua mekap yang puteri ade sekarang ni,Puteri beli guna duit Puteri sendiri masa belajar atau kerja tanpa ditaja oleh mana-mana pihak.
Jadinye, Puteri takde lagi barang mekap dari jenama yang terkenal contoh macam MAC ke, Shu Uemura ke, Dior ke Lancome ke mahupun Stage..huhu..sedih2..Sebab Puteri baru je habis belajar dan tengah cari kerja(no $$$..Aaaarggh..), jadi tak mampu la nak beli mekap dari jenama yang terkenal walaupun kadang-kadang teringin sangat nak beli.Mungkin bukan sekarang mungkin lain kali atau tidak..huhu. Jadi Puteri takde review untuk mekap dari jenama terkenal.
Tapi..Tapi..Puteri percaya walaupun mekap tu hanya dijual di farmasi dan tidak berharga beratus-ratus ringit tapi tak semestinya mekap tu tak berkualiti.Puteri rasa mekap dekat farmasi pun standing je dengan jenama yang mahal ,Cuma nye jenama mahal tu mungkin kandungan(ingredients) dalam mekap tu lebih atau dihasilkan dari bahan yang terbaik..sape tahu kan..
Jadi mekap dari farmasi pun contoh seperti Maybelline,Revlon,Loreal, SilkyGirl, In2It dan lain-lain pun sama hebat macam mekap yang mahal..
Puteri mula minat untuk bermekap sejak umur urrrm..lebih kurang dalam 20 tahun.Masa tu Puteri baru je masuk universiti, pegi kuliah paling kurang pakai eyeliner,mascara dan lipstick kalo rajin sket Puteri pkai la eyeshadow tapi comot la, main pakai je..haha..Sekarang nak masuk 23 tahun,kire dah 3 tahun la Puteri minat untuk bersolek..Teringin jugak nk pergi kelas mekap,tapi sampai hari ni tak pegi-pegi lagi..huhu
Untuk itu,Puteri akan tulis review tentang semua mekap yang Puteri ada dengan semua dan Puteri harap anda semua dapat bagi komen dan cadangan supaya Puteri dapat menambahbaikkan blog ni.
Terima Kasih..
P.S: Maaf untuk Intro yang panjang..hehe
No comments:
Post a Comment