Review: Lipglass Sendayu Tinggi

Hye.. Selamat Hari Khamis dan Petang Semua...

Rasa macam lama sangat tak tulis entri padahal semalam tulis dah..hehe..Terima kasih pada semua yang sudi datang jenguk blog Puteri yang tak seberapa ni, disebabkan anda Puteri rasa seronok nak berblog, sementara ada kelapangan ni, Puteri nak tulis seberapa banyak entri yang boleh, nanti dah ada kerja lain mungkin la tak dapat tulis selalu..Apa-apa pun Terima kasih ye.

Jadi review kali ini adalah tentang produk dari Sendayu Tinggi, mungkin de yang pernah baca artikel Puteri sebelum ni tentang Sendayu Tinggi, pada yang tak baca lagi boleh klik disini, kalau anda nak baca la.hehe..Dah lama nak buat review tentang produk Sendayu Tinggi, sebab selalu nak tulis entri Puteri tak rancang pun, pikir secara spontan dan tulis terus. Semalam ada orang request suruh tulis review tentang produk Sendayu Tinggi dari Jowen Ann, jadi Puteri terus pikir nak buat entri ni.

Review kali ini adalah tentang Lipglass in Baby Pink dari Sendayu Tinggi.


Nak tahu pendapat Puteri tentang produk ini, Sila baca selanjutnya...

Vonvon's Interest Giveaway: Botani Giveaways From Nature In Box

Selamat Hari Rabu semua!!

Entri kali ini pun pasal Giveaway jugak..Blog yang anjurkan Giveaway ni adalah Blog Vonvon's Interest. Pada entri yang sebelum ni Puteri de cakapkan Puteri suka baca Beauty Blog, jadi Blog Vonvon's Interest ni pun antara blog yang Puteri wajib baca, banyak maklumat tentang mekap dan skincare boleh anda ketahui. Hari-hari ada je artikel baru kat blog beliau. :) Jadi kalau anda nak baca lebih banyak review, FOTD ke, skincare ke..Rajin2 la pergi ke blog beliau..Very Useful!!

Berbalik pada Botani Giveaway tu, anda akan dapat set Botani Skincare Sample. Bukan sorang je tapi 5 Pemenang Bertuah akan dipilih!!!Mungkin anda salah seorang dari pemenang tu. Tak rugi pun masuk, sesiapa pun boleh masuk tak kira ada blog ke tak..hehe

Syarat penyertaan secara ringkas:
  • Wajib jadi follower Vonvon's Interest
  • Kene "like" Page Nature in Box kat sini
  • Terbuka pada Malaysian Residant sahaja
  • Tarikh tutup penyertaan :28 November 2010(Ahad)
  • Pemenang akan dipilih guna random.org
  • Pemenang diumumkan pada 29 November 2010

Nak tahu lebih lanjut  dan nak tengok hadiah Giveaway ni, sila ke Blog Vonvon's Interest. Jangan lupa ye sertai!! :)

~xoxo~


Miss Jessying Birthday Giveaways (^__^)

Hye semua...

Entri kali bukan pasal review ye, takut anda bosan asyik baca pasal review ni Puteri cerita tentang lain pulak. Selain suka berblogging, Puteri suka tengok makeup tutorial dan baca beauty blog yang lain tak kira la dari dalam negara atau pun luar. Sangat seronok baca review mereka tentang setiap produk. Sebenarnya, bagus kita baca review tentang sesuatu produk, contoh anda teringin nak beli satu produk yang mahal tapi anda tak tahu hasil produk tu elok ke, harga, swatch jadi review dari orang lain sangat sangat membantu anda.

Jadi antara beauty blog yang Puteri suka baca adalah Blog Jessying. Blog beliau sangat aktif dan pelbagai entri seperti review, gaya solekan, jewelry dan macam-macam lagi. Sangat seronok baca.hehe.. Kalau nak banding ngan blog Puteri memang sangat berbeza, harap suatu hari nanti blog Puteri boleh jadi popular macam blog beliau.


Source:http://jessying.blogspot.com

Nak tahu lebih lanjut tentang Giveaway beliau sila baca lagi ye..

Review: In2It Liquid Eyeliner Waterproof

Selamat Hari Selasa semua..hehe

Sebelum Puteri buat review tentang produk untuk kali ini, Puteri nak ucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada My Dearest Best Friend, Wan Nor Amiera, yang selamat bertunang dengan pasangannye E..hehe..So so happy,walaupun kene meredah hujan, jem nak ke feri dekat 20 minit( sebab de marathon kat Penang bridge), kejar nek feri, cari bus tapi penuh then buat "mata kucing" macam citer Shrek kat pakcik bus tu seb bek die bagi nek bus,hehe..Sampai Sungai Petani tunggu Milah n Pati datang amik.. Sampai terus mekapkan Myra..Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar. :) First time makeup kan orang untuk bertunang. Thanks sebab bagi peluang untuk mekapkan.hehe

Ok lah review untuk kali ini adalah tentang My Ultimate Favorite Liquid Eyeliner yang Puteri guna sekarang dan akan guna sampai bila2 iaitu IN2IT Liquid Eyeliner Waterproof in All Black..

Liquid Eyeliner merupakan produk yang sangat-sangat wajib Puteri pakai kalau mekap. Kalau takde eyeliner rasa macam tak lengkap mekap.
Sila baca selanjutnya...

Review: Majolica Majorca Shadow Customize

Hai semua...

Hujung minggu baru-baru ni Puteri pergi berjalan-jalan cuci mata kat Queensbay..hehe..Kemudian singgah sekejap kat Watsons(store kegemaran Puteri). Sempat jugak la beli eyeshadow iaitu Majolica Majorca Shadow Customize.Dah lama nak beli baru sekarang berkesempatan..huhu sedeynye..Tapi takpe, teruskan membaca tentang eyeshadow ini.

My Second Makeup Contest: Princess Creation Looks

Hye semua...

Sebelum Puteri mula berceloteh untuk entri kali ni, Puteri nak ucapkan dulu "Selamat Hari Raya Qurban" pada semua pembaca blog dan juga kawan-kawan Puteri. Tahun ni sedey tak dapat balik beraya di kampung, sebab tak mau kembar beraya kat Penang sensorang, baik kan..haha..

Ok lah, entri kali ni Puteri nak cerita tentang contest makeup yang Puteri masuk. Ni yang kali kedua, mungkin ramai yang tahu, yang tak tahu tu meh Puteri bagitau,hehe.. Puteri de masuk contest makeup CPM Honey Nurhaliza: Gaya Contest Makeup Vouge. Keputusan nya tak tahu lagi macam mana.Hope boleh menang.

Peraduan mekap yang ke2 dianjurkan oleh suka@mekap. Puteri terjumpa link die kemudian kebetulan die de buat contest, jadi Puteri join la.

Gaya solekan pertaruhan Puteri adalah


Over ke? haha..Tolong judge saya dan teruskan membaca... :) 

Review: Elianto Ultra Smooth Blusher

Hye ladies...

Untuk entri kali ini, Puteri nak bercakap tentang blusher atau dalam bahasa melayu pemerah pipi. Sebelum ni Puteri tak pernah lagi buat entri tentang blusher, jadi entri ni adalah yang pertama. Produk pilihan Puteri adalah dari Elianto. Puteri tahu ramai yang suka pergi ke Elianto sebab harga yang murah, pelbagai produk pilihan dan menarik. Sesuai la pada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak untuk mekap dan juga kepada pelajar.

source: elianto.biz
Elianto atau dalam bahasa Itali bermaksud Bunga Matahari. Terdapat pelbagai jenis produk yang dijual antaranya eyeshadow, blusher, fake lashes, berus mekap, gincu, produk penjagaan muka, rambut dan banyak lagi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh pergi ke website Elianto.

Ini dia produk blusher dari Elianto iaitu Ultra Smooth Blusher.


Baca selanjutnya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini.

Review: Maybelline Stylish Smokes Eyeshadow Quad

Hye Semua...

Topik untuk hari ini adalah review untuk produk dari Maybelline iaitu Maybelline Stylish Smoke Eyeshadow Quad. Puteri ada buat tutorial guna quad ini pada entri yang lepas sila klik di sini: Natural Smokey Eye Look . Buat pengetahuan semua, produk ni tiada dijual di Malaysia, ia dijual di bahagian-bahagian US Puteri rasa, tapi kat Malaysia memang takde. Sangat rugi sebab produk ni memang best.


Kalau nak tahu macam mana Puteri dapatkan produk ni, teruskan membaca ye...

Tutorial: Natural Smokey Eye Look (My Favorite Look)

Salam semua.

Gaya solekan yang Puteri nak tunjukkan hari ni , merupakan gaya yang paling Puteri suka sebab simple, tak ambil masa yang lama dan hasil yang cantik.

Selain itu juga, gaya ini sesuai pada bila-bila masa tak kira pagi atau malam.


Sila baca seterusnya kalau nak tahu macam mana nak dapatkan gaya ni ye..

Makeup Tips from Barbie Doll

Hye Semua Pembaca blog..

Bagaimana hari anda hari ni? Harap berjalan lancar. Ok la, untuk hari ini Puteri akan ajar cara nak dapatkan efek mata besar dan bermaya. Senang je..Mungkin ada yang tahu..

Buat pengetahuan semua, Barbie Doll pun amalkan tips ni dalam kehidupan seharian mereka.hehe


Nak tahu bagaimana sila baca selanjutnya... 

My Tools Collection From Etude House

Hai..

Lame dah Puteri tak buat entri tentang Etude House. Jadi kali ini Puteri nak buat artikel tentang tools yang Puteri beli dari Etude House. Etude House de bermacam-macam produk kecantikan seperti BB Cream, eyeshadow, mascara, lipstick, mask, fake lashes dan lain-lain lagi. Selain dari beli eyeshadow, lipgloss dan lipstick, Puteri suka beli berus mekap dari Etude House.

Di bawah ni di antara alatan yang Puteri beli di Etude House, tak banyak pun..huhu..


Sebelum anda bak beli sesuatu berus, anda perlu pastikan kualiti dan paling penting fungsi bagi setiap berus, jangan main beli je.

Nak tahu harga dan fungsi setiap satu, sila baca selanjutnya...

Hasil Kerja Pertama Puteri Dengan Crochet

Hye semua..

Hari ni Puteri nak buat quicky update je..Jadi tak buat entri panjang-panjang..hehe.. Selain daripada mekap, Puteri suka jugak menjahit baju dan terbaru mengait atau Crochet.

Puteri rasa ramai jugak suke mengait, cuma tak didedahkan sangat kat internet.rasenye la..hehe

Mula-mula Puteri buat catterpillar, tapi disebabkan catterpillar tu agak besar jadi Puteri buat haiwan yang kecil sikit..

Tadaa...

Perkenalkan ini die , Mr Bee..hehe

Mr Bee with Flower

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri