Hye semua !!
Entri kali ini agak berbeza dari kebiasaannya.Selalu Puteri buat review tentang produk mekap atau gaya solekan tapi hari ini entri Puteri adalah tentang contest makeup yang Puteri masuk dekat blog CPM HONEY NURHALIZA.
Buat pengetahuan semua, ini kali pertama Puteri masuk contest mekap..hehe.. jadi super excited.. Sebab ini contest mekap pertama Puteri, Puteri masuk peraduan ni sebab utama adalah Puteri nak orang judge mekap Puteri ni. Puteri tak pernah pergi kelas mekap atau orang lain ajarkan Puteri mekap. Puteri belajar mekap sendiri je, jadi masih tak pandai sangat, sikit-sikit je.Tapi Puteri sangat suka mekap.
Tema untuk contest ini adalah "Gaya Makeup Vogue"
Gaya solekan yang menjadi pertaruhan puteri:
Harap berjaya la..hehe..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang gaya solekan ini. Sila teruskan membaca, Puteri akan tunjukkan satu persatu cara Puteri dapatkan gaya solekan ni dan produk yang Puteri gunakan. (^^,)
Bila CPM Honey Nurhaliza tulis perkataan Vogue, dalam fikiran Puteri terpikir terus gaya solekan mata ni, sebab bagi Puteri vogue tu menyerlah dan berbeza dari yang lain..hehe..Puteri jarang gunakan eyeshadow yang berwarna biru, jadi sekali sekala pakai nampak la berbeza sedikit dari biasa. Jadi sebab tu lah Puteri banyak gunakan warna yang lebih kebiruan untuk solekan kali ini..hehe
Sebelum Puteri tunjukkan cara-cara untuk mendapatkan gaya solekan ni, Puteri bagitau dulu bahan-bahan yang Puteri gunakan..haha..macam nak memasak pulak.
Muka
Long Wearing Matte Foundation in Light
Maybelline Anglefit Perfect Concealer in Natural Beige
Avon Dual Powder Foundation SPF20 in Golden Beige
Clear Smooth Minerals in Original Rose
Mata
Rimmel Professional Eyebrow Pencil in Dark Brown
88 Eyeshadow Pallete
88 Eyeshadow Pallete
Etude House Eye Primer
Avon Pensil Eyeliner in Black Noir
Etude House Dual Change Liquidliner
Silkygirl Funky Eyelights Pencil in Sky Blue
Avon Uplifting mascara in Black
The Faceshop Eyelashes
Bibir
Etude House Magic Tint Balm
Avon Lipliner in Baby Pink
Rimmel lipstick in Nude Delight
Sendayu Tinggi Lipglass in Baby Pink
Jadi cara-cara untuk mendapatkan gaya solekan ni adalah seperti berikut:
1) Macam biasa sebelum memulakan mekap, pastikan muka anda bersih. Gunakan penyegar, pelembab dan juga krim mata. Biarkan beberapa minit sebelum ke langkah seterusnya.
2) Puteri sapukan krim foundation dari Sendayu Tinggi..Diikuti dengan concealer pada bahagian parut jerawat, mata dan hidung dan disudahi dengan bedak.
2) Puteri sapukan krim foundation dari Sendayu Tinggi..Diikuti dengan concealer pada bahagian parut jerawat, mata dan hidung dan disudahi dengan bedak.
3) Untuk bahagian mata pulak, sapukan eye primer supaya solekan mata jadi kekal lebih lama dan lukiskan kening agar nampak lebih teratur
4) Mulakan solekan mata dengan warna beige pada bawah tulang kening
5) Seterusnya warna hijau pucuk pisang pada bahagian anak mata.
5) Seterusnya warna hijau pucuk pisang pada bahagian anak mata.
6) Kemudian sapukan pula warna torquise pada bahagian tengah mata
7) Kemudian Puteri sapukan warna biru laut pada hujung anak mata
8) Jangan lupa sapukan sedikit warna ungu betul-betul pada hujung anak mata.Sedikit sahaja, dan pastikan kesemua warna diblend supaya tak nampak kasar.Gunakan kan blending brush ye.
9) Untuk bahagian bawah mata, gariskan pensil mata warna biru, Puteri gunakan
10)Paling penting, gariskan juga eyeliner pensil berwarna hitam seperti dibawah. Buat cat eye sikit menggunakan liquid eyeliner.hehe
11) Sapukan maskara kegemaran anda
12) Nak lebih "vogue", boleh kenakan fake lashes.
13) Siap pada bahagian mata, sudahi solekan dengan blusher, dan juga lipstik. Disebabkan solekan mata agak "berat" jadi Puteri gunakan blusher warna Peach. Untuk bibir, Puteri kenakan lipbalm dulu, kemudian Lipliner dari Avon Baby Pink, Rimmel Lipstick in Nude Delight 007, dan lipglass kegemaran Puteri dari Sendayu Tinggi in Baby Pink.
Gambar Sebelum dan Selepas....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Sebelum terlupa slogannya berbunyi: Saya suka membaca Cpm Honey Nurhaliza kerana ianya sarat dengan informasi dan tips yang berguna untuk semua lapisan umur terutamanya tentang solekan wajah yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dapat membantu Puteri menambahkan ilmu tentang solekan..I loike..hehe..Hidup Cpm Honey Nurhaliza(^___^)
~Masa untuk berposing~
Pada yang lain nak masuk contest ni boleh click pada link di atas atau pada sidebar blog Puteri..Contest tutup pada 15 November..masih ada banyak masa lagi..Pada peserta yang lain, Semoga Berjaya Puteri ucapkan..hehe..
Jumpa lagi :)
taboleh cm faah ke fid
ReplyDeletehehe,
haha..ni fid la..
ReplyDeletei like your eye shadow style :)
ReplyDeleteHye DyaClarey..
ReplyDeleteThanks..hehe :)
fuh...cantek sgt.
ReplyDeletehaha..bese je..over sket..haha
ReplyDeletevoguela, bukan vouge
ReplyDeleteoooo..hehe..kesalahan tatabahasa..thanks :)
ReplyDeletesuke review yg ni . .
ReplyDeletekale r die lawa . .:)
hehe..thank you so much!! :)
ReplyDeletecantik.........colour cam burung kakak tua..hehe
ReplyDeleteHi Anonymous..thanks..hehe :)
ReplyDelete