Maybelline Diomand Collection And Other Offers At Watsons

Selamat petang semua...

Kalau nak tahu Puteri ni memang giler pergi watsons. Tiap kali pergi shopping complex mesti WAJIB singgah kat Watsons walaupun tak beli pape pun..haha..Kadang-kadang tu just pergi tengok bahagian mekap kemudian keluar..haha..rasa kelakar pun ada.

Baru-baru ni Puteri de download katalog Watsons di Website Watson

Nak tahu offer yang Puteri suka, sila baca selanjutnya..


Antara produk utama yang sangat-sangat Puteri nak sekarang adalah eyeshadow terbaru dari Maybelline iaitu Maybelline Hyper Diomand Eyeshadow. First time Puteri nampak kat SASA Sunway Carnival, tak lama lepas tu baru dilancarkan kat Watsons..Yeaa..so happy..

Tapi sekarang Puteri terpaksa buat catuan...huhu..tak boleh beli mekap untuk beberapa bulan atas sebab yang tidak dapat dielakkan..sangat-sangat sedey.. (T____T). Tapi tak pe.

Sila klik pada gambar untuk lebih jelas
Puteri nak kongsi dengan anda tentang eyeshadow dari Maybelline ni. Didatangkan dengan 5 warna seperti green, brown, blue, grey, dan purple. Eyeshadow ini memang super duper shine. Puteri pernah swatches kat Watsons hari tu, warnanya sangat cantik dan glitter lebih banyak berbanding Maybelline Diamond Glow Eyeshadow, swatches kat tangan cantik tapi kalau pakai kat mata Puteri tak pasti hasilnya bagaimana, kene beli dulu baru tahu macam mana. Pe yang menariknya pembayang mata ni mempunyai 5 warna yang berbeza dan menarik, di belakang quad ini disertakan cara-cara untuk gunakan eyeshadow ini, sudah tentu anda boleh pelbagaikan gaya solekan anda dengan quad ni.hehe

Gambar Ehsan www.watsons.com.my
Mungkin disebabkan kita berada di Asia jadi Maybelline suka keluarkan shimmery eyeshadow berbanding matte. Anda boleh dapatkan eyeshadow ini di Watsons sekarang pada harga RM35.80. :).

Antara promosi lain untuk produk Maybelline:

Sila klik pada gambar untuk lebih jelas
Promosi untuk Revlon :)

Sila klik pada gambar untuk lebih jelas
Promosi barangan mekap dari UK :)

Sila klik pada gambar untuk lebih jelas
Promosi mekap dari Asia :)

Sila klik pada gambar untuk lebih jelas

Menarik bukan? Banyak lagi promosi-promosi yang lain, anda boleh pergi download kat website yang Puteri letakkan di atas. Promosi ini dibuka dari 20 oct- 17 nov untuk West Malaysia dan 27 oct-24nov untuk East Malaysia.

Antara barangan yang Puteri nak sangat beli dari campaign ni adalah:

~MY WISHLIST~
Maybelline Hyper Diamonds in GR-1 & BR-1
Rimmel Lasting Finish Lipstick in Fairy Airy & Pink Blush
Revlon Photoready Makeup Foundation
Revlon Super Lustrous Lipgloss
Rimmel Forever Shape Mascara
Maybelline Perfect Concealer
Silkygirl Funky Eyelights Pencil

Ape lagi cepat-cepat la serbu Watsons yang berdekatan anda sekarang..Peace!! (^^,)

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri