Sendayu Tinggi

Hai...
Hari Jumaat merupakan hari yang paling menggembirakan bagi Puteri, mane tak nye orang tersayang hadiahkan mekap sebagai hadiah hari jadi Puteri hujung bulan ni..Thanks Mr.Faizal..hehe (^___^)

Jadi Puteri pun cakap la nak pergi Sendayu Tinggi dan die pun bagi green light, pe lagi..hehe..Lama dah Puteri teringin nak pergi ke Butik Sendayu Tinggi sejak tengok ST iklankan produk mereka dekat majalah Wanita. Kalau nak dibandingkan dengan beberapa tahun lepas, tahun ini produk kosmetik Puan Rozita ni lebih banyak dan esklusif. Kalau tak percaya anda boleh berkunjung sendiri ke butik mereka.

Tak banyak pun Puteri beli, ada 3 je dari Sendayu Tinngi, 1 lagi dari Avon. Tu pun dah dekat seratus lebih.huhu

Sendayu Tinggi dan Avon

Bagi mereka yang berada di Penang, terutamanya yang duduk kat pulau anda boleh pergi ke butik Sendayu Tinggi dekat Jalan Tengah area Giant Bayan Baru.

Memang excited nak pergi ke sana..hehe.Antara sebab Puteri nak pergi ke sana sebab Puteri nak dapatkan lipglass dan nak cari foundation yang boleh samarkan parut pada muka. Selain itu, Puteri pun nak la sokong usahawan melayu  yang berjaya macam Puan Rozita, bangga rasanya dapat beli barangan yang dikeluarkan orang melayu dan yang penting halal.


Dari luar memang nampak menarik stokis ni, Puteri bukak la pintu stokis tu tapi takleh bukak,tak kan dorang tutup kot baru pukul 4petang, rupanya dorang pasang security system pada pintu tu. haha..rasa nak tergelak pun ada. Masa Puteri pergi tu de sorang je pelanggan, seronok la tak ramai senang nak tengok barang.

Masuk je terus kakitangan ST tegur tanya nak apa, ada 3 orang pekerja masa tu, Puteri terus la cakap nak buat membership ST, kakak tu bagi borang untuk diisi dan bayar RM25 untuk keahlian seumur hidup. Tapi dalam tempoh 6 bulan anda perlu aktif beli barang kat Sendayu Tinggi.Kalau dalam masa 6 bulan tu anda tak beli apa-apa, dorang akan terminate anda dari membership ST.huhu

Sendayu Tinggi Membership Card
Apa yang istimewanya membership ni, anda bukan sahaja boleh dapat less 5%-15%, malah dapat kumpul points, points tu anda boleh tukar kepada barang-barang elektrik atau yang lain. Kad ni juga boleh digunakan oleh ahli keluarga yang lain. Nak tahu lebih lanjut sila tekan link ini: http://membership.sendayutinggi.com Selain dapat membership card, anda juga akan dapat barang seperti berikut:

1) Beg Mekap

2)Voucher. Voucher ni jangka hayatnya setahun bermula dari tarikh anda jadi membership.

Buku Voucher


3) Katalog Sendayu Tinggi
Buku Katalog


4)Sticker kereta Membership Sendayu Tinggi. Maaf Puteri terlupa nak amik gambar sticker tu.

Lepas tu pergi la belek-belek barang mekap dorang. Sangat menarik..hehe..rasa nak beli satu stokis tu. Tapi untuk permulaan Puteri beli 3 barang je, nak tau jugak kualiti produk ni kan, harap takde masalah.

Barangan Sendayu Tinggi dan Avon

Antara barangan Puteri dapatkan adalah Lipglass, Cheek Color dan Long Wearing Matte Foundation SPF 15. Sebab Puteri ada membership card jadi dapat less 5%.

1) Lipglass : RM23.00, Harga membership: RM21.90

2) Cheek Color : RM29.90, Harga membership: RM28.40


3) Long Wearing Matte Foundation SPF 15 : Harga RM49.00, Harga membership RM 47.50


Lepas keluar dari butik Sendayu Tinggi, singgah pulak kat Butik Avon betul-betul sebelah Sendayu Tinggi. Puteri beli 1 barang je iaitu Avon Eye Artist Eye Shadow in Naturally Natural. Dah lama Puteri nak beli eyeshadow ni sebab menarik. Puteri beli Rma 14.00 je, kalau harga asal dia RM35. Memang berbaloi la Puteri beli.hehe


Kesimpulan yang Puteri dapat buatkan disini, barangan Sendayu Tinggi sangat menarik untuk dicuba dan Puteri berpuas hati dengan layanan dan penarangan yang diberi oleh kakitangan ST sebab dorang takde nk paksa pelanggan beli barangan dorang, Puteri suka macam tu.hehe..Tak sabar nak cuba barangan ST yang Puteri beli ni, harap bagus seperti yang digambarkan dan tak mendatangkan kemudaratan pada muka Puteri. Pape pun nanti Puteri akan buat review tentang produk ST dan Avon yang Puteri beli ni.

Jumpa lagi. (^^,)

7 comments:

  1. ok tak pakai make up sendayu tinggi?

    ReplyDelete
  2. hye feera..maaf lambat respons ye...mekap sendayu tinggi yang puteri ada 3 jenis je..tak banyk...cuma puteri tak bape suke sket dienye long wearing foundation wt muka cm brminyk sket.tp overall ok la. :)

    ReplyDelete
  3. salam,branch yang kat jalan tengah dah pindah ka..bab minggu lepas adik saya p dah tak dak..pindak kat mana

    ReplyDelete
  4. salam dear..ooo..mgkn la dh pindah or dh tutup..tak sangka lak dh tutup..maaf la..sbb puteri penah g sekali je..tu pun time dorg mule2 bukak..

    ReplyDelete
  5. salam...baru ni saya nampak outlet baru kat bukit jambul...mungkin pindah dr jln tengah kot...

    ReplyDelete
  6. kat bukit jambul di mana? dlm shopping mall kew?

    ReplyDelete
  7. dulu memang kat area giant bayan baru but sekarang ni dah pindah kat area bukit jambul berhampiran dgn perodua.. kalau area seberang jaya, dkt area sunway carnival mall...

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri