Hye..
Kali ini Puteri buat review tentang eyeliner, lama dah nak buat review tentang eyeliner baru sekarang dapat buat.. Terdapat pelbagai jenis eyeliner di pasaran yang selalu kita tahu seperti gel liner, liquid liner dan pencil liner. Puteri ada beberapa eyeliner jugak, yang biasa Puteri guna adalah jenis liquid dan juga jenis pensil. Tiap kali mekap Puteri akan gunakan dua-dua sekali.
Kebanyakkan gadis walaupun jarang mekap, mereka pasti akan mengenakan eyeliner pada mata mereka terutamanya warna hitam kerana warna hitam dapat menyerlahkan mata putih kita, jadi mata nampak lebih besar dan galak. Yeaa... :)
Jadi, mari Puteri perkenalkan jenama pensil liner yang menjadi kegemaran Puteri iaitu Avon Glimmersticks Eye Liner in Blackest Black.
Produk: Avon Glimmersticks ini terdapat 2 jenis warna iaitu Blackest Black dan Cosmic Brown. Berat setiap satu glimmersticks ini adalah 0.28g.
Pusingkan sedikit, dan gariskan pada garisan mata anda |
Perbezaan utama eyeliner ini berbanding yang lain adalah, anda hanya perlu pusing @ twist kan sahaja sebelum gunakan eyeliner ni, tak perlu diasah, sangat mudah. Selain itu anda juga dapat gunakan sampai habis.
Kebaikan:
- Warna tahan lama sepanjang hari
- Kurang comot @ smudge berbanding pencil liner
- Warna hitam yang kuat
- Mudah digunakan
- Harga berpatutan
- Tidak perlu diasah
- Sesuai untuk yang baru berjinak-jinak untuk belajar mekap
- Mudah ditanggal menggunakan minyak zaitun atau makeup remover
Kekurangan:
- Mudah patah sekiranya dibuka @ twist terlalu banyak
- Perlu menggariskan beberapa kali sebelum mendapat warna yang diinginkan
Harga: RM15.90. Macam biasa Avon memang selalu buat promosi berdasarkan campaign mereka setiap bulan. Harga eyeliner ni boleh jatuh sampai RM10 sebatang, kalau anda ahli Avon hanya bayar RM9, memang sangat berpatutan.hehe
Tahap: 4 Bintang. Puteri akan beli eyeliner ni sampai bila-bila..hehe
Apa eyeliner kegemaran anda pulak?
Bye-bye Semua... :)
eh...same la...suke gak pkai eyeliner ni...sgt thn lme... =)
ReplyDeletehehe..suke pakai eyeliner ni berbanding pensil liner biasa..
ReplyDeletemana boleh saya beli Avon? :) Guardian atau Watsons ada tak?
ReplyDeletehye meipingg...Avon takde jual dekat Guardian or Watsons...Kene beli kat butik Avon atau dealer Avon..hehe :)
ReplyDeleteoh, boleh recommend satu online dealer? :) nak beli! > <
ReplyDeletehehe...ada online dealer http://avonpardise.blogspot.com . cuba la tengok, dia ada jual produk avon yang lain..hehe..harap dapat membantu :)
ReplyDeleteurmmm. eyeliner ni cam cepat smear jugak. sebab mate i cepat berair kot... huuuuuuuuu
ReplyDeleteeyeliner ni mmg senang digunakan, ttp bg org yg mempunyai kelopak mata yg berminyak, selepas 7-8jam pengunaan warna itam eyeliner tu akn melekat pd kelopak mata, dan mata akan jd mcm mata panda sikit, myb sesuai dgn org yg kulit kering.
ReplyDeleteHi Ohh ddy..yeke..macam lid puteri tak brminyk sgt jd tak pernah pulak jd cmtu..huhu
ReplyDeleteHi Anonymous...Puteri setuju dngn pendapat tu..mungkin tuk lid yg berminyk tu tk brape sesuai kot eyeliner ni..
ReplyDelete