I Want These Babies : Revlon CustomEyes Shadow and Liner Collection

Hi dan Selamat Malam semua...

Malam ni nak buat entri simple-simple je sebab penat kat opis keje duk menaip je, melayan email customer..hehe..Ok..ok...Kalau anda perasan pergi kat Watson atau Guardian, anda pernah nampak tak eyeshadow terbaru dari Revlon? Namanye Revlon CustomEyes Eyeshadow.. Macam kat bawah ni...

Credit to :www.beautyjunkiesunite.com

Kalau kat US rasa awal tahun pallete ni keluar dah tapi kat Malaysia baru nak keluar. Kat Malaysia ada 4 pallete yang dikeluarkan iaitu Naturally Glamorous, Party Pops, Rich Temptations dan Smoky Sexy.

Bezanya eyeshadow ni dengan yang lain, ada 5 warna, 4 untuk pembayang mata dan 1 lagi powder eyeliner. Setakat ni Puteri tak beli lagi eyeshadow ni, InsyaAllah besok nak cuba tengok dekat Watsons.hehe..

Oh sebelum terlupa, harga pallete ni adalah RM49. Jadi sesiapa yang dah beli atau nak beli boleh la kongsi pendapat anda kat bawah ni. Nak tahu jugak pandangan anda ye. :)

Lagi 1, mintak tolong anda vote gambar Puteri untuk "Etude House Anniversary Contest". Kalau menang nanti InsyaAllah Puteri akan buat giveaway bagi hadiah Etude House..Bestkan, jadi harap anda boleh tolong like gambar Puteri ye..hehe..

Ok, Jumpa lagi Ladies...

~XOXO~


Review: Hot Stuff From Maybelline : HyperSharp Lliner

Hai dan Salam semua..

Disebabkan dah lama tak buat review tentang produk kan, jadi kali ini Puteri nak buat review tentang "hot stuff" dari Maybelline. Sebab ape Puteri cakap "hot stuff" sebabnye produk ni antara produk terbaru yang dikeluarkan oleh Maybelline dan Puteri sangat-sangat suka produk ni. Kalau nak tahu Puteri baru guna dalam seminggu tapi baru pakai sekali Puteri terus jatuh cinta dengan new eyeliner dari Maybelline ni.



Nak tahu kenapa..Jom baca lagi

Ladies..Need your HELP!!

Hi dan Salam Sayang semua...

Rindunya nak buat entri..Sebenarnya Puteri nak buat macam-macam entri tapi asyik tertanguh je. Puteri nak berterima kasih pada semua yang selalu je datang jenguk Puteri. Terima kasih banyak-banyak, sebenarnya hari-hari Puteri tengok blog cuma takde masa nak tulis entri. Jadi buat permulaan, Puteri buat entri yang ringkas dahulu.

Bulan lepas Etude House ada buat contest untuk Ulang Tahun Yang Ke3. Jadi Puteri saja la join mana tau boleh masuk contest tu.

Alhamdulllah Puteri berjaya shortlisted. Hanya 20 orang je yang terpilih..Hehe


My Etude House Collection

Nak tengok gambar yang Puteri hantar.Jom tengok!

Ni lah gambarnye..TADAA.....


Puteri nak mintak tolong pada anda semua untuk "LIKE" gambar ni kat Facebook ETUDE HOUSE.

Sila "Like" gambar Puteri ramai-ramainye. Puteri hargai sangat jasa anda, dapat hadiah saguhati pun jadi lah.hehe.Jangan lupa Like Page "Etude House" dulu. Hadiah Utama dapat voucher bernilai RM1000.00..Banyak tu boleh beli hampir semua produk kat Etude House tu.hehe..

Sekarang ni Puteri tengok paling tinggi dekat 300++ undi kat gambar orang lain la. Gambar Puteri baru 27 je..Sob..sob..sedih..Harap anda boleh la tolong Puteri ye..Bagi undi naik sikit..Hehe..Boleh kan?



Tak susah pun kan cuma ambil masa 2-3 saat je..Harap anda dapat tolong Puteri like gambar tu ye..

Love you Ladies...See you in the next entry.. (^_^)

Stay Beautiful

~XOXO~
Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri