Review: Silkygirl Funky Eyelights Pencil

Salam kepada semua.

Disebabkan minggu ni agak rajin, jadi Puteri buat entri baru tiap-tiap hari..hehe.. Ok la. Untuk kali ini Puteri akan buat review tentang Silkygirl Funky Eyelights Pencil. Puteri rasa ramai kot ada pencil ni kan..Tapi takpe boleh teruskan membaca untuk tahu pandangan Puteri tentang Pencil yang sangat funky ni..hee


Sila baca lagi....

Maybelline Diomand Collection And Other Offers At Watsons

Selamat petang semua...

Kalau nak tahu Puteri ni memang giler pergi watsons. Tiap kali pergi shopping complex mesti WAJIB singgah kat Watsons walaupun tak beli pape pun..haha..Kadang-kadang tu just pergi tengok bahagian mekap kemudian keluar..haha..rasa kelakar pun ada.

Baru-baru ni Puteri de download katalog Watsons di Website Watson

Nak tahu offer yang Puteri suka, sila baca selanjutnya..

Contest Mortar Board: The Beauty In Ugly

Hye...

Entri kali ini masih tentang contest jugak, kira siri ke-2 la untuk contest yang sama. Anda boleh klik di sini: Contest Mortar Board: The Beauty In Ugly.


Hadiah-hadiah cun menanti anda, tunggu apa lagi..

Puteri dapat ilham malam tadi sebelum tidur,,haha.terus tulih..

Jadi en. edy ini ucapannya.

" Tiada ucapan yang terindah selain daripada sekalung tahniah diatas kejayaan mu mengharungi segala cabaran dan dugaan sehingga berjaya menggengam segulung ijazah. Semoga hari Konvokesyen menjadi detik terindah dalam hidup mu."
(30 patah perkataan)

Disebabkan Puteri tak banyak follower lagi, Jadi Puteri tag sorang je

Yang lain jangan lupa masuk ye :)

CONTEST MORTAR BOARD: The Beauty In Ugly

Hye..Selamat Malam Semua..

Entri Puteri petang ini memang sangat-sangat berbeza dengan kebiasaanya.Selalu Puteri bercerita tentang mekap je kali ni Puteri nak tunjuk gambar konvo Puteri pada akhir bulan Mac 2010. Nak kate baru tak la baru lama la jugak.

Puteri masuk CONTEST MORTAR BOARD: The Beauty In Ugly. Pada kengkawan lain yang nak masuk tu. Jom la masuk sempat lagi contest ni tamat pada 31/10/2010. Klik pada link berkenaan ye.



Nak tahu gambar konvo yang menjadi pertaruhan Puteri...Jeng..Jeng.Jeng...Sila baca selanjutnya..

Review: Avon Glimmersticks Eye Liner

Hye..

Kali ini Puteri buat review tentang eyeliner, lama dah nak buat review tentang eyeliner baru sekarang dapat buat.. Terdapat pelbagai jenis eyeliner di pasaran yang selalu kita tahu seperti gel liner, liquid liner dan pencil liner. Puteri ada beberapa eyeliner jugak, yang biasa Puteri guna adalah jenis liquid dan juga jenis pensil. Tiap kali mekap Puteri akan gunakan dua-dua sekali.

Kebanyakkan gadis walaupun jarang mekap, mereka pasti akan mengenakan eyeliner pada mata mereka terutamanya warna hitam kerana warna hitam dapat menyerlahkan mata putih kita, jadi mata nampak lebih besar dan galak. Yeaa... :)

Jadi, mari Puteri perkenalkan jenama pensil liner yang menjadi kegemaran Puteri iaitu Avon Glimmersticks Eye Liner in Blackest Black.


Contest "Gaya Makeup Vogue"

Hye semua !!

Entri kali ini agak berbeza dari kebiasaannya.Selalu Puteri buat review tentang produk mekap atau gaya solekan tapi hari ini entri Puteri adalah tentang contest makeup yang Puteri masuk dekat blog CPM HONEY NURHALIZA.

Buat pengetahuan semua, ini kali pertama Puteri masuk contest mekap..hehe.. jadi super excited.. Sebab ini contest mekap pertama Puteri, Puteri masuk peraduan ni sebab utama adalah Puteri nak orang judge mekap Puteri ni. Puteri tak pernah pergi kelas mekap atau orang lain ajarkan Puteri mekap. Puteri belajar mekap sendiri je, jadi masih tak pandai sangat, sikit-sikit je.Tapi Puteri sangat suka mekap.

Tema untuk contest ini adalah "Gaya Makeup Vogue"

Gaya solekan yang menjadi pertaruhan puteri:

Harap berjaya la..hehe..Kalau nak tahu dengan lebih lanjut tentang gaya solekan ini. Sila teruskan membaca, Puteri akan tunjukkan satu persatu cara Puteri dapatkan gaya solekan ni dan produk yang Puteri gunakan. (^^,)


Review: Maybelline Anglefit Perfect Concealer


Concealer atau dalam bahasa melayu dipanggil penyamar noda merupakan salah satu produk yang wajib bg Puteri dan wajib juga untuk anda miliki. Sudah tentu la anda tak mahu noda-noda di muka anda dilihat oleh orang lain kan.Mungkin ada yang tak kisah, tapi pada yang kisah tu cuba-cuba la pakai penyamar noda memang berbeza dan membantu muka anda nampak lebih smooth lagi.

Puteri tak penah tukar concealer lain lagi, setakat ni Puteri pakai Maybelline Anglefit Perfect Concealer ..hehe.

  Puteri guna concealer memang lama dah, dan dikira concealer ni macam kawan baik dah, Puteri mesti akan pakai concealer dulu sebelum mula mekap. Yela muka Puteri banyak bekas-bekas jerawat tak macam muka orang lain..huhu..sedey (T____T)

Sendayu Tinggi

Hai...
Hari Jumaat merupakan hari yang paling menggembirakan bagi Puteri, mane tak nye orang tersayang hadiahkan mekap sebagai hadiah hari jadi Puteri hujung bulan ni..Thanks Mr.Faizal..hehe (^___^)

Jadi Puteri pun cakap la nak pergi Sendayu Tinggi dan die pun bagi green light, pe lagi..hehe..Lama dah Puteri teringin nak pergi ke Butik Sendayu Tinggi sejak tengok ST iklankan produk mereka dekat majalah Wanita. Kalau nak dibandingkan dengan beberapa tahun lepas, tahun ini produk kosmetik Puan Rozita ni lebih banyak dan esklusif. Kalau tak percaya anda boleh berkunjung sendiri ke butik mereka.

Tak banyak pun Puteri beli, ada 3 je dari Sendayu Tinngi, 1 lagi dari Avon. Tu pun dah dekat seratus lebih.huhu

Sendayu Tinggi dan Avon

Bagi mereka yang berada di Penang, terutamanya yang duduk kat pulau anda boleh pergi ke butik Sendayu Tinggi dekat Jalan Tengah area Giant Bayan Baru.

Review: Professional Eyebrow Pencil

Hai Semua,

Selalu Puteri buat review tentang eyeshadow, maskara dan lipstik. Hari ini Puteri nak wat review produk yang Puteri gunakan untuk bahagian kening pulak. Masa mula-mula Puteri belajar mekap, bahagian kening ni Puteri tak sentuh langsung, hanya mekap bahagian mata, pipi, dengan bibir sahaja. Mungkin ramai yang jugak yang macam tu. Mungkin ada yang beranggapan yang bahagian kening ni tak penting langsung.

Tapi bila dah lama, Puteri rasa bahagian kening kita tak patut biarkan macam tu sahaja. Bahagian kening sama penting dengan bahagian yang lain. Sekarang, kalau Puteri tak sempat nak mekap sangat, kening memang  WAJIB Puteri kemaskan, kemudian pakai eyeliner, maskara dan gincu. Bahagian kening tu memang tak tinggal la. 

Jadi produk yang Puteri gunakan untuk bahagian ini adalah Rimmel Professional Eyebrow Pencil in Dark Brown(001).


Review: Revlon Super Lustrous Lipstick in Pink In The Afternoon

Hi Ladies...

Bagaimana hari anda hari ini,,harap semuanya ok..hehe..Kali ini Puteri akan buat review tentang my ultimate favorite lipstick iaitu Super Lustrous Lipstick in Pink In The Afternoon dari Revlon. Revlon mengeluarkan beberapa jenis lipstik, dan lipstik Pink In The Afternoon adalah lipstik kegemaran Puteri. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca ye..hehe


Look: Gorgeous Pink with Maybelline Wine Pink

Hi Selamat Malam semua...

Hari ini puteri akan post gaya solekan bewarna merah jambu.Sangat sweet dan simple..Puteri hanya menggunakan Eyeshadow Wine Pink dari Maybelline..


Nak tahu eyeshadow dan produk lain yang Puteri gunakan.Teruskan membaca..PEACE... (^^,)
Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri