Hai semua...
Hujung minggu baru-baru ni Puteri pergi berjalan-jalan cuci mata kat Queensbay..hehe..Kemudian singgah sekejap kat Watsons(store kegemaran Puteri). Sempat jugak la beli eyeshadow iaitu Majolica Majorca Shadow Customize.Dah lama nak beli baru sekarang berkesempatan..huhu sedeynye..Tapi takpe, teruskan membaca tentang eyeshadow ini.
Majolica Majorca merupakan jenama mekap yang tidak asing lagi di Malaysia terutamanya di Watsons. Rangkaian mekap popular dari Jepun ini adalah di bawah syarikat Shiseido. Antara produk yang menjadi kegemaran ramai adalah maskara,eyeshadow,blusher dan lipgloss.Ramai yang suka dengan produk Majolica Majorca ni disebabkan kualiti produk dan juga packagingnye yang unik dan menarik.hehe.
Puteri beli 2 sahaja untuk cuba,nak beli banyak-banyak pun tak mampu buat masa sekarang..huhu..Puteri tak tau nak pilih yang mane satu,pilih punya pilih Puteri ambil 2 warna iaitu GR162 dan GD822.
Produk: Pembayang mata dari Majolica Majorca ini didatangkan lebih kurang 16-12 warna(Puteri tak berapa pasti sebab tak kira hari tu ada berapa..maaf ye). Setiap satu beratnya 1g.Kesemua pembayang mata adalah shimmery. Sebab gadis-gadis di Jepun sangat suka guna eyeshadow shimmerry berbanding matte. Kesemua warna pembayang mata ini sangat la cantik dan mempunyai pigmentasi yang tinggi sampai Puteri pun tak tahu nak pilih yang mana.hehe
Untuk menggunakan pembayang mata ini anda perlu tarik penutup pembayang mata ini.Sangat menarik dan berbeza dengan jenama yang lain..
Kelebihan:
- Mempunyai 16-12 pilihan warna yang cantik
- Packaging yang menarik
- Pigment yang bagus dan tidak berdebu (high pigmentation but not dusty)
- Tahan lama (long lasting)
- Anda boleh gunakan jari anda untuk sapukan pembayang mata ini
- Sangat sesuai dipakai pada siang hari mahupun malam
- Sesuai digunakan pada sesiapa yang baru nak belajar mekap atau menggunakan shimmery eyeshadow sebab pembayang mata ini sangat mudah dipakai tanpa perlu risau mata anda comot.hehe
- Walaupun pembayang mata ini didatangkan dari Jepun, tapi mereka lekatkan sticker untuk alih bahasa dari bahasa Jepun ke Inggeris, jadi anda tidak mempunyai masalah untuk membaca instruction pada packaging eyeshadow ini.
- Harga agak berpatutan
Kekurangan
- Pembayang mata dari Majolica Majorca hanya mempunyai kod warna, tiada nama.Jadi susah sikit nak hafal.hehe..contoh GD822.
- Tidak sesuai untuk dibawa semasa pergi ke tempat lain. Sebab penutupnya yang mudah sangat terbuka jadi kene berhati-hati semasa menyimpannya.Tapi jangan risau anda mempunyai cara lain untuk menyimpan eyeshadow ini.
- Caranya..Hanya perlu menggunakan jarum yang bersaiz besar dan cucuk pada lubang di belakang bekas pembayang mata ini dan tolak sehingga ia tertanggal.Seperti di bawah
- Kemudian anda boleh simpan pembayang mata ini di tempat yang lain yang lebih mudah untuk disimpan dan dibawa kemana sahaja.Sangat mudah bukan?hehe
Harga: Harga bagi satu Shadow Customize ini adalah berharga RM20.90.
Tahap: Sudah semestinya 5 bintang untuk produk dari Majolica Majorca sebab packaging yang unik,warna yang sangat berpigmentasi dan mudah digunakan tanpa mencomotkan mata anda.
Close Up |
Puteri sangat-sangat suka pembayang mata ini dan sangat berbaloi untuk dibeli. Puteri pasti akan beli pembayang mata ini untuk warna yang lain pulak,mungkin semua warna.hehe. Anda suka warna yang mana?? Tinggalkan komen anda dibawah jangan malu-malu ye..bye (^^,)
it's not pigmentasi honey.. pigmentasi tu cela cela di wajah.. it's pigment..
ReplyDeleteanyway, majolica majorca ni sangat cantikkk..
oooo..hehe..salah term..thanks sebab btl kan..hehe..betul2 rasa cam nk beli semua..
ReplyDeleteMajolica Majorca ni cntik..tapi satu pun dah mahal juga harganya. x sesuai utk repurches. tapi bagi yg x kisah,ok je kot.hehe
ReplyDeletemekapx2 semua ni x mrosakkanmuka ka..
ReplyDeletekemarin saya ada pergi watson so tngok ada jenama majolica majorca ni nak beli krim die tpi tkut mrosakkan muka tau tak sesuai...