Review: Maybelline Stylish Smokes Eyeshadow Quad

Hye Semua...

Topik untuk hari ini adalah review untuk produk dari Maybelline iaitu Maybelline Stylish Smoke Eyeshadow Quad. Puteri ada buat tutorial guna quad ini pada entri yang lepas sila klik di sini: Natural Smokey Eye Look . Buat pengetahuan semua, produk ni tiada dijual di Malaysia, ia dijual di bahagian-bahagian US Puteri rasa, tapi kat Malaysia memang takde. Sangat rugi sebab produk ni memang best.


Kalau nak tahu macam mana Puteri dapatkan produk ni, teruskan membaca ye...


Puteri rasa Maybelline keluarkan mekap dorang ikut region, kat US lain kat Asia. Mungkin la, kene tanya Maybelline Malaysia kalau nak tahu..haha..

Produk: Ok la, berbalik pada quad ni, ianya didatangkan dengan beberapa pilihan warna yang menarik jadi Puteri cuma beli 2 je sebab nak cuba iaitu Natural Smokes dan Emerald Smokes. Puteri sangat2 suka Natural Smokes, sebab boleh dipakai bila2 masa tak kira malam atau siang dan senang nak dipadan dengan baju apa2 pun.



Setiap quad mempunyai 4 warna dan mempunyai 2 aplicator dan tidak mempunyai cermin. Setiap quad juga mempunyai kemasan yang berbeza, maksudnya di sini ada quad jenis shimmery, dan ada yang matte dan shimmery. Walaupun ia nya shimmery tapi tak seover kalau dibandingkan dengan quad dari Jepun atau Korea.

Natural Smokes

Emerald Smokes
Kelebihan:
  • Terdapat pelbagai pilihan warna
  • Pigmentasi yang bagus
  • Versatile quad
  • Mudah digunakan dan tidak mengambil masa yang lama
  • Warna tahan lama
  • Mempunyai instruction dibelakang quad, sesuai untuk yang baru belajar mekap
  • Harga berpatutan
  •  Berat quad = 4.8g

Kekurangan:
  • Tidak dijual di Malaysia
  • Tekstur eyeshadow yang berbeza
  • 2 aplicator tu tak perlu letak dalam quad tu pun tak pe.

All shimmery
2 matte + 2 shimmery
Harga:  $5.50 @ Kalau ditukar ngan duit Malaysia + tax + shippment jadi dalam lebih kurang RM30

Tahap: 4 bintang

Walaupun agak mahal dan kene tunggu lama sebab Puteri ada beli barang NYX dan ELF tapi memang berbaloi la Puteri beli..hehe.


Eyeshadow: Natural Smokes
Kalau anda nak beli jugak quad ni, jangan la risau ye. Meh Puteri bagitau kat mana nak beli, Puteri beli dengan Rowena, anda boleh pergi kat website die: MalaysianBeautyStore dan beli mekap yang anda tak boleh beli kat Malaysia, macam2 ada ikut spree yang die buat, service bagus dan harga pun ok.

Kalau anda ada sebarang pertanyaan, jangan malu-malu komen kat bawah ye.Terima Kasih..

~xoxo~

8 comments:

  1. haha..sabar je la.. (blushing) (^^,)

    ReplyDelete
  2. sy sll tgk quads ni kat Youtube. mcm nk cube jugak! =D klu awk xnak, jual kat sy je la..haha..(gurau je)
    anyway, nice product review ^^
    check out my blog too.

    ashchroniclesletsfly.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. merah muka tu..xyah pakai blusher dah...hehe

    ReplyDelete
  4. haha..suke tengok gambar profile en edy yang baru..hehe.. (^^,)

    ReplyDelete
  5. yg ni ada lagi ke di Malaysia? I cari ni tapi tak jumpa. :(

    ReplyDelete
  6. Hi Josarine...dear yang ni memang tak jual kat malaysia. Puteri beli online..huhu

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri