Review: Elianto Ultra Smooth Blusher

Hye ladies...

Untuk entri kali ini, Puteri nak bercakap tentang blusher atau dalam bahasa melayu pemerah pipi. Sebelum ni Puteri tak pernah lagi buat entri tentang blusher, jadi entri ni adalah yang pertama. Produk pilihan Puteri adalah dari Elianto. Puteri tahu ramai yang suka pergi ke Elianto sebab harga yang murah, pelbagai produk pilihan dan menarik. Sesuai la pada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak untuk mekap dan juga kepada pelajar.

source: elianto.biz
Elianto atau dalam bahasa Itali bermaksud Bunga Matahari. Terdapat pelbagai jenis produk yang dijual antaranya eyeshadow, blusher, fake lashes, berus mekap, gincu, produk penjagaan muka, rambut dan banyak lagi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh pergi ke website Elianto.

Ini dia produk blusher dari Elianto iaitu Ultra Smooth Blusher.


Baca selanjutnya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini.

Jadi masa Puteri belajar dulu, selalu jugak singgah Elianto, tengok barang-barang diorang.  Masa Puteri mula-mula belajar mekap, Puteri beli berus dekat Elianto sebab nak beli berus kat tempat lain agak mahal maklum la tengah belajar, takde duit sendiri lagi dan tak pandai mekap. Tapi sekarang Puteri masih lagi guna berus mereka, nanti Puteri review tentang berus Elianto. 

Produk: Ultra Smooth Blusher ini didatangkan dengan 5 warna iaitu Soft Pink, Dolly Pink, Dusty Pink, Nude Pink dan Berry Pink.

Puteri pergi dengan kembar Puteri masa beli blusher ni, die beli 1, Puteri beli 1, Puteri beli Dusty Pink, kakak beli Berry Pink. Kalau tak silap, Elianto de buat Sale jadi kami bayar half price je.hehe

Berry Pink
Dusty Pink
Dusty Pink warna dia lebih light berbanding Berry Pink. Guna la berus untuk pemerah pipi, lebih bersih dan warna lebih sekata. Puteri suka guna Skunk Brush dari Etude House untuk sapukan blusher ni. (^^,)

Kelebihan:
  • Warna yang menarik
  • Mudah disapu menggunakan blush brush.
  • Warna dan tekstur yang baik, hanya sapukan sedikit, pipi anda akan nampak lebih cantik dan berseri
  • Tahan lama (4-5 jam pun masih ada lagi, kemudian ia akan pudar sedikit demi sedikit, bergantung pada jenis kulit jugak)
  • Harga berpatutan
  • Tidak menyebabkan jerawat (mengikut pengalaman Puteri)
  • Berat = 10g
Kekurangan:
  • Tidak mempunyai casing @ bekas sebab blusher ni adalah refill.
  • Tidak mempunyai berus, anda perlu beli berus pemerah pipi
  • Packaging tidak menarik
Walaupun blusher ni jenis refill, anda boleh beli casing untuk blusher ni, kat Elianto ada jual jugak. Jadi jangan risau ye.hehe

Harga: RM12 (Baru check ngan Elianto..hehe)

Tahap: 4 bintang..Yeaa..

Pada sesiapa yang baru nak belajar mekap dan yang masih student lagi, Puteri sangat sarankan anda beli blusher dari Elianto ni. Sebab harga yang berpatutan untuk poket anda dan kualiti nye yang bagus.

Pada sesiapa ada produk Elianto, boleh la share pendapat anda sekali.Tinggalkan komen kat bawah ni ye.. (^___^)

~xoxo~

16 comments:

  1. make up untuk lelaki takde??ada ke lelaki pakai make up??

    ReplyDelete
  2. ada laki pakai mekap..macam concelear dengan shading.dorang mekap still nampak laki la bukan macam perempuan,sekarang ada jenama terkenal yang keluarkan barang mekap khas untuk laki je..nak try?hehe

    ReplyDelete
  3. hi there..dulu akak pun ada pakai dusty pink tu terkenang...betul cakap puteri, jenama elianto ni mmg sesuai kalau mula nak berjinak dengan mekap:)

    ReplyDelete
  4. hye kak...betul2 suke sangat.Elianto de bagitau pas ni dorang tak carry dah blusher ni..huhu.tak tau sebab pe..

    ReplyDelete
  5. ada make up khas untuk lelaki??biar betol??

    selamat hari raya AIDILADHA...:)

    ReplyDelete
  6. betul..cayelah..hehe

    Selamat Hari Raya jugak..hadiah dah sampai..hehe..thanks!! :)

    ReplyDelete
  7. cepat betul sampai...pecah tak??takut kat pejabat pos tu men campak2 je...

    jgn lupa amek gambar lepas tu tepek kat blog ni..makeup lawa2..hehe..:p

    ReplyDelete
  8. tak pecah..ok sume..hehe

    t puteri tangkap n tempek kat blog ni..dun worry..thanks eh :)

    ReplyDelete
  9. saya pun suka barang elianto..until now masih guna lagi sebab puas hati dengan produk die. saya suka sangat press powder die dan mascara jugk~

    ReplyDelete
  10. hi dhiera..bagus la tu.puteri pun suka produk elianto jugak.
    murah dan berpatutan :)

    ReplyDelete
  11. Hai Puteri87, saya pun guna produk elianto. dah byk koleksi sy. sy suka pakai BB Cream. Tp ramai kata produk luar ngara ni x halal. apa pendapat puteri?? dan satu lg diorang kata yg suka makeup ni semua fake!! Sy x suka btl orng ckp cmtu.

    ReplyDelete
  12. Hai Sarahharun 17...Puteri suka jugak pakai BB Cream..Setakat ni Puteri beli bb cream dkt etude house, oslee..Puteri pun tak berani nak kata halal ke tak tapi nak selamat cuba beli produk yang kita yakin macam bio essence pun ada jual bb cream jugak.bagus jgk..

    Puteri pun tak suka org ckp yang orang bermekap ni fake..Bagi Puteri senang je, tak pyh dgr ckp org sgt, bukan dorng yg belikn mekap or mekap kn kita kan..hehe..so as long as kita hepi tu lagi penting..Puteri pikir macam tu je..Pergi kerja pun Puteri mekap tapi tak la over sgt,,bese2 je :)

    ReplyDelete
  13. even kita pakai mekap, tyme nak amik air semayang kita still buang mekap n then basuh muka utk amik air smyg. so x de masalah pun nak smyg.
    sy pun x suka dgn org2 yg suka mengata bila kita pakai mekap n menghias diri.... ada satu entry tu, "perempuan perasan cantik" mmg sy x suka langsung dgn ayat2 yg ditulis...
    fitrah perempuan mmg suka melawa...
    kita rasa hepy bila dapat melawa, sekurang2nya kita dapat hepy dgn usaha kita sendiri, betulkan?? huhu

    ReplyDelete
  14. Hi Anonymous..sokong sangat2..tak paham nape org benci ngat org pkai mekap ni..mekap tuk keyakinan diri bukn nk menunjuk2 kn..biar la org nk kate pe..janji kte happy kan..hehe :)

    ReplyDelete
  15. sya bru brjinak dgn produk elianto..so far bedak dan lip gloss nya ok ja

    ReplyDelete
  16. wahh. saya baru je beli liquid foundation brush and eyeshadow jenis matte kat ELIANTO. memang puas ati. first time saya pergi elianto. lpas ni nak bli eyeshadow dia byk2. mmg best dan sgt pigmented :))

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri