Maybelline Volum' Express Hypercul Cat Eyes Mascara

Untuk hari ini, Puteri akan review tentang Maybelline Volum' Express Hypercul Cat Eyes Mascara.Huh panjang sungguh nama mascara ni. Mascara dari Maybelline ni sangat unik kerana ia berbeza dari mascara yang selalu Puteri ada. Kali pertama Puteri pandang mascara ni, memang dah jatuh hati dah.hehe..sebab warna die pink dan hitam,nampak kiut sgt, kemudian ada macam belang harimau kat penutup die..memang unik.

Volum Express Hypercurl Cat Eyes Mascara
Produk: Kalau nak dapatkan mata bulu mata macam harimau, boleh la cube gune mascara ni..haha..memang berbeza kalo dibandingkan dengan mascara yang lain.Nak tahu kenapa? Sila lihat gambar dibawah


Macam sikat kan? hehe..Selalu kita sikat rambut, kali ni kita boleh sikat bulu mata pulak..

Warna






Kelebihan:
  • Produk ini dikatakan mampu bertahan selama 18 jam
  • Waterproof atau kalis air
  • Lentikan 75 darjah
  • Mudah digunakan, hanya memerlukan beberapa lapisan mascara tanpa eyelash curler
  • Dapat melentikkan setiap bulu mata kerana ia berbentuk "sikat"
  • Dapat "menyikat" setiap helai bulu mata..hehe
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai bulu mata yang pendek
  • Kalau bulu mata panjang dan lebat...Waa..memang cantik pakai mascara ni..
Kekurangan:

  • Jika anda rasa nak "dera" bulu mata anda hari tu, boleh la menggunakan mascara ini kerana kebanyakkan waterproof mascara mempunyai formula yang kuat berbanding non-waterproof mascara. Jadi anda perlu mengambil masa untuk mencuci mata anda dan berhati-hati. Guna makeup remover atau minyak zaitun untuk menanggalkan mascara ini. Kalau tidak jadi macam mata panda (O_o)

  • Kadangkala, bulu mata mudah bergumpal atau melekat. Bagi mereka yang suka bulu mata nampak semula jadi, mascara ini mungkin tidak sesuai untuk anda.
Harga: RM 33.90. Boleh didapati di Watsons atau Guardian. Puteri beli mascara ni less than RM30. Tunggu waktu promosi, boleh jimat.hehe

Tahap: 4.5 bintang untuk produk ini..weeeaa.. (^^,)

Puteri pasti akan beli lagi mascara ini pada masa akan datang..hehe

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri