Avon True Color Eyeshadow Quad

Hye semua...Review pertama Puteri dari Avon adalah True Color Eyeshadow Quad. Pembayang mata ni didatangkan dengan 4 warna yang menarik dan bersesuaian dengan citarasa wanita iaitu Sandy Corals, Fresh Cut Greens, Purple Haze dan Romantic. Setiap Eyeshadow Quad ini adalah seberat 5.6g, agak banyak dan boleh tahan lama dan dijual dengan harga RM35.OO. Tapi Avon selalu buat promosi, kadang-kadang harga jatuh banyak dan murah..sebab time Puteri beli dulu harga dalam RM20 lbey je..hehe

L-R: Romantic, Fresh Cut Greens, Sandy Coral & Purple Haze

Gambar dari depan

Romantic

Purple Haze

Sandy Coral
Fresh Cut Greens
Produk: Sekali pandang produk ni macam Chanel punya eyeshadow, Puteri takde la eyeshadow dari Chanel tengok kat blog lain la. Quad ni menarik la bagi Puteri untuk dibeli, harga pun tak la mahal sangat, berbaloi la kate org. Puteri beli Romantic dan Fresh Cut Greens yang lagi 2 tu kakak kembar Puteri yang beli.hehe..so jimat sikit duit.

Kelebihan:
  • Kombinasi warna bagi setiap Quad cantik, dan sesuai dengan wanita asia.
  • Warna dan pigmentasi yang bagus
  • Warna bagi setiap quad berbeza tp kebanyakkannye jenis matte. Ada sebahagian warna yang shimmery tapi tidak terlampau nampak kire sesuai la walaupun digunakan pada waktu siang.
  • Mempunyai cermin, dan aplicator yang disertakan juga bagus.
  • Mekap juga tahan lama(long lasting)
  • Kalau nak pergi kerja, mengajar ke anda boleh gune Fresh Cut Greens dan Sandy Coral kerana warnanye yang agak natural dan tidak keterlaluan. Untuk hujung minggu, apa kata anda guna kan pembayang mata Romantic supaya mata anda nampak lebih funky dan menarik. Untuk waktu malam, boleh guna Purple Haze dengan gaya smokey eyes mesti nampak lebih menawan. Tapi anda boleh guna semua quad ni pada bile2 masa mengikut kesesuaian, citarasa anda sendiri.

Kekurangan:
  • Eyeshadow jenis matte mudah berdebu atau powdery, jadi kadang- kadang cermin dalam quad ni berdebu dengan eyeshadow.
  • Ada 1-2 warna yang tidak nmpk bile sapu di mata,mungkin sebab warna kulit Puteri gelap sket kot
  • Warna pilihan tak banyak ade 4 je..

Harga: RM35.00 (Bergantung kepada Kempen, selalu harga dijual agak murah berbanding harga asal).


Bintang: 4.5 bintang untuk produk ini..(^____^)

Hah..Pe lagi, pergi la ke butik Avon atau berjumpa dengan dealer Avon sekarang untuk dapatkan quad ni, nak tunggu promotion pun bagus jugak..hehe..Ape pendapat anda pulak tentang pembayang mata ni..Tinggalkan komen anda kat bawah ni ye.

1 comment:

  1. Fatin ada satu yg mcm nie akak ..
    yg Fatin punya Sandy Coral ..
    Fatin beli dgn harga RM15 je :)
    tp rsa cm mmbazir plak sbb x tawu nk apply mcm mna ..
    akak buat la tutorial utk apply Eyeshadow bole x ? :(

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri