Maybelline Clear Smooth Minerals Healthy Natural Luminious Blush

Hye Semua...

Maaf lama tak update blog, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..
Hari ini Puteri akan review tentang blusher atau pemerah pipi. Blusher yang mengambil tempat kali ini adalah dari Maybelline. Mungkin ramai yang pernah tengok blusher ni kan kat Watsons atau Guardian.

Jadi ini dia, Maybelline Clear Smooth Minerals Healthy Natural Luminious Blush. Panjang betul namanya.


Jom baca selanjutnya.

Antara sebab utama Puteri nak beli blusher ni adalah, Puteri tak pernah lagi ada blusher yang jenis cam serbuk atau powder ni,hehe.. Kemudian, ianya juga adalah mineral cosmetic, Puteri tak pernah ada lagi mineral cosmetics, jadi buat permulaan Puteri beli mineral blusher dari Maybelline ini.


Produk kosmetik yang berasaskan mineral adalah elok untuk semua jenis kulit termasuk la kulit yang berminyak atau sensitif. Selain itu ianya juga tahan lama berbanding produk biasa walaupun harganya sedikit mahal.


Produk: Terdapat beberapa pilihan warna yang sesuai untuk semua golongan dan usia. Semua warnanya adalah seperti warna peach dan pink, jadi sangat sesuai sesiapa sahaja. Puteri 2 warna iaitu N01 Original Rose dan C01 Gentle Pink .



Kelebihan:
  • Terdiri dari bahan minerals
  • Tahan lama(4-5 jam)
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Warna yang menarik dan pipi nampak natural dan lebih glow..
  • Didatangkan dengan kabuki brush yang comel
  • Bebas minyak dan haruman
  • Tidak menyumbatkan liang roma
  • Packaging yang menarik
  • Berat = 4g
Kekurangan:
  • Kabuki brush agak kasar, tapi bila lama-lama basuh berus akan jadi lebih lembut
  • Agak remeh untuk digunakan bagi yang nak cepat keluar rumah 
  • Tidak sesuai dibawa semasa travel, takut tumpah
Harga: RM36.90 setiap satu

Tahap: 4 Bintang.

Puteri sangat suka hasil dari pemerah pipi ini kerana nampak lebih semula jadi dan juga dapat mengelakkan liang roma tersumbat. Pada yang nak cuba, boleh la test kat Watsons dan Guardian dulu sebelum membeli ye. :) 

Bye,,

~xoxo~

15 comments:

  1. sekarang ade lg ke kat Watson or Guardian..lame xnampak..dlu tgk teringin gak..tp cam agak mahal time tuh..ehehe..
    aini @ lowyat.net ade bukak spree utk allcosmeticswholesale and kat ruangan Maybelline ade mineral blush ni for $2.99 and $3.99! ^^ Sy beli satu..=) Can't wait to try it. (sy beli Fresh Plum, klu xsilap.)

    ReplyDelete
  2. rasa cam ada lagi..hehe..tak pasti jugak..yeke..de sale ye, kalau 3-4 dollar.murah la tu..hehe..thanks for the info! :)

    ReplyDelete
  3. hehe..laki pun guna maybelline jugak ke?hehe

    ReplyDelete
  4. murah je..ingatkan maybelline ni jenis product yg ratus2 kalau nak beli

    ReplyDelete
  5. Seri pun tak pernah cuba yang serbuk. agaknya lagi jimat guna yang serbuk atau macam bedak padat?

    ReplyDelete
  6. ley tahan lame tak fid??? nak try la..hhehehe..

    ReplyDelete
  7. Seri: hye there...kalo jenis serbuk pun jimat jugak tapi kadang2 tertumpah sket, tak macam yang padat tu tak kan tumpah..hehe..nak senang guna yang blusher jenis padat..

    cma: hye cma..hehe..boleh tahan la dlm 4-5jam, pastu die akan pudar sikit.. :)

    ReplyDelete
  8. edy: Produk Maybelline berkualiti dan harga pun berbaloi...ehehe

    ReplyDelete
  9. pernh bca kt 1 blog ni dia kater blusher ni kalo pakai byk mane pn ttp nmpk natural...so nk try la

    ReplyDelete
  10. hye pinky comot..betul tu..selalu puteri guna sikit je, tapi warnanya tetap cantik dan natural :)

    ReplyDelete
  11. skrg produk ini dah x der la kt watsons..nk cari kat mana ya...

    ReplyDelete
  12. hye anonymous...Puteri tak sure jugak dorng dah stop jual blusher ni.selalu kat watsons ada jual,kalau takde mungkin boleh tgk kt guardian atau sasa :)

    ReplyDelete
  13. tk jumpe dh kt watson dn guardian.. ingatkn dh dpt dh blusher yg sesuai utk kulit mukaku yg berminyak ini. jenuh dh carik blusher..

    betul-betul dh tk jual ke? ade sesapa yg bole confem?

    tq.

    ReplyDelete
  14. Hi Sal.adyza..Puteri rasa dah EOL(End Of Life) la produk ni..

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri