Review: Silkygirl Funky Eyelights Pencil

Salam kepada semua.

Disebabkan minggu ni agak rajin, jadi Puteri buat entri baru tiap-tiap hari..hehe.. Ok la. Untuk kali ini Puteri akan buat review tentang Silkygirl Funky Eyelights Pencil. Puteri rasa ramai kot ada pencil ni kan..Tapi takpe boleh teruskan membaca untuk tahu pandangan Puteri tentang Pencil yang sangat funky ni..hee


Sila baca lagi....
Puteri baru ada 2 je pensil ni. Memang best..Kalau anda nak mata anda lebih stand out dan ada shimmery. Pensil ini adalah jawapan nya. Tak perlu susah2 nak guna eyeshadow. Gariskan sahaja pensil ni dan mata anda akan lebih nampak menarik.

Dua warna yang Puteri adalah Frosty Silver 08 dan Sky Blue 03. Memang sangat berbaloi beli dan tak rugi langsung.


Produk: Kalau nak tahu Funky Eyelights Pencil ni mempunyai 10 warna yang menarik : 01 Olive Green, 02 Ocean Blue, 03 Sky Blue, 04 Pure Purple, 05 Candy Pink, 06 Metallic Bronze, 07 Solid Gold, 08 Frosty Silver, 09 Lime Green, 10 Cool Blue.


Kalau boleh Puteri nak beli semua. Sebab ape nama die de Funky, sebabnye pencil ni bukan sahaja ada warna yang menarik tapi de shimmery dan pearly pada warnanya.

Cantik!!
Puteri suka gunakan Frosty Silver untuk highlights kan pada anak mata sebelah dalam, dan Sky Blue untuk gariskan pada bawah mata..Memang Cun.. (^___^)
Selain digariskan pada bawah mata, anda juga boleh jadikan pensil ni sebagai eyeshadow base pada mata, kemudian baru sapu eyeshadow. Warnanya akan lebih menyerlah dan kekal.

Kelebihan:
  • Terdapat 10 warna yang menarik
  • Warna sangat shimmery
  • Berat 1.2g
  • Sangat berbaloi, harga berpatutan
  • Sangat-sangat tahan lama
  • Mudah ditanggalkan, guna minyak zaitun atau makeup remover
Experiment dengan air
Sebab pe Puteri cakap sangat-sangat tahan lama, sebab Puteri basuh dengan air kemudian gosok dengan tangan, warna dia masih kekal macam gambar di atas. Kalau tak percaya anda boleh cuba sendiri. Tapi apa yang bagusnya kalau cuci dengan makeup remover atau minyak zaitun senang sangat nak hilang..hehe :)

Kekurangan:
  • Hati-hati bila mengasah pensil ini, jangan asah panjang sangat. Puteri penah patahkan sekali pensil ni..huhu (T____T)
Harga: RM15.90 untuk pensil yang funky ni.

Tahap: 5 bintang...hehe

Ini gaya mekap yang Puteri hasilkan menggunakan 2 Funky Eyelights Pencil.



Jadi, kepada semua boleh beli Funky Eyelights Pencil ni dan cuba gaya solekan yang anda suka. Pape komen sila tinggalkan dibawah..

Selamat Mencuba dan berhari minggu.

3 comments:

  1. eyeliner jnis mane yg xperlu asah?

    ReplyDelete
  2. Hye Anonymous, kalau nak cari eyeliner yang tak payah asah cari la eyeliner jenis "twisted".macam avon dan revlon..Puteri de wat review tentang avon glimmerstick eyeliner yang tak perlu diasah. :)

    ReplyDelete
  3. huhu . .ritu tringin gak zieya na beli eyeliner ni . .tp ta pandai na pakai,trs ta jd . .huhu . .kali ni cnfirm na beli lah . .

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri