Review: Revlon Super Lustrous Lipstick in Pink In The Afternoon

Hi Ladies...

Bagaimana hari anda hari ini,,harap semuanya ok..hehe..Kali ini Puteri akan buat review tentang my ultimate favorite lipstick iaitu Super Lustrous Lipstick in Pink In The Afternoon dari Revlon. Revlon mengeluarkan beberapa jenis lipstik, dan lipstik Pink In The Afternoon adalah lipstik kegemaran Puteri. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca ye..hehe


Produk:
Kalau semua nak tahu Puteri suka sangat lipstik ini kerana:
  1. Warna PINK nya yang menarik 
  2. Lipstik ini jenis creme
  3. Sesuai dipakai walaupun solekan anda jenis Smokey Eye atau Natural sebab warnanya yang lembut dan tak over.hehe
Super Lustrous lipstik ini mempunyai pelbagai warna sampai Puteri pun pening nak pilih yang mane satu..hehe.. Puteri beli lipstik ni masa Watsons ada buat promotion,jadi murah sikit Puteri beli 2 lipstik: Pink In The Afternoon(Creme) dan Blushing Mauve(Pearl).

Mempunyai finishing atau kemasan yang berbeza pada setiap lipstik ini, jadi anda boleh pilih warna dan juga finishing yang anda suka. Kalau anda suka lipstik yang jenis matte, Puteri cadangkan anda pilih jenis Creme dan kalau yang suka ada shimmery anda boleh pilih jenis Pearl. Jadi pilih mengikut kegemaran anda.


My Favorite
Tepuk dada tanya la selera. (^__^) 


Kelebihan:
  • Didatangkan dengan beberapa jenis dan warna yang menarik
  • Tahan lama.(tapi kalau anda makan atau minum,mesti la warna lipstik tu akan hilang,hanya oleskan semula lipstik, jangan malas ye)
  • Tiada bau. Ada sesetengah lipstik mempunyai bau macam Rimmel lipstik, mungkin ada yang suka ada yang tak suka.Pada yang tak suka ada bau, lipstik ni sesuai untuk anda.
  • Harga berpatutan
  • Penutup atas lipstik yang lutsinar, mudah untuk lihat warna lipstik, jadi anda tak perlu la nak belek kat bawah lipstik tu..hehe


Kekurangan:
  • Bagi Puteri lipstik ni agak kering/dry sedikit, jadi kalau bibir anda jenis kering Puteri cadangkan pakai lipbalm dulu, kemudian baru sapukan lipstik ini.

Harga: Harga lipstik ini di pasaran adalah RM30. Mungkin ada rasa mahal, mungkin ada rasa tak mahal, tapi lipstik ini sangat berbaloi untuk dibeli.hehe



Tahap: Sudah semestinya 5 BINTANG untuk lipstik dari Revlon ini..Yeaaa..


Kalau rajin anda boleh pakai Lipbalm dan Lipliner jugak. Lipbalm yang selalu Puteri gunakan adalah Magic Tint Balm dari Etude House, Lipliner dari Avon Ultra Luxury Lip Liner in Baby Pink.

Puteri pasti akan beli lagi lipstik ini terutamanya Pink in The Afternoon. Sila la cuba lipstik ini ye,memang tak rugi.
Bye2~~

8 comments:

  1. oh cantik warna. but my lips kinda dark. susah nak pakai light colours macam ni. huhu

    ReplyDelete
  2. Hye NN..Thanks sebab singgah..
    Bibir puteri pun takde la cerah sgt,sebab kebanyakkan bibir malay girl tak la cerah kan cam gelap2 sikit.tapi bila pakai lipstik ni memang nampak wane pink die sesuai la dengan warna bibir puteri. Puteri rasa lipstik ni pun sesuai ngan bibir nn.Try la pegi ke watsons dan cube kat sane.hope sesuai ngan nn. ataupun pakai lipliner kt garisan bibir kemudian ratakan pada bibir then pakai lipstik ni..hehe.harap dapat membantu =)

    ReplyDelete
  3. macammana kita nak tau warna lipstik tu sesuai ke tidak dgn kita?dia depends on wrna kulit gk ke?

    ReplyDelete
  4. yup..Puteri takde la pandai sangat nak pilih lipstick tapi kalau kulit macam gadis melayu sesuai la pakai warna macam plum, coral, pink pilih yang lebih gelap jangan pilih yang pink pucat.hehe

    ReplyDelete
  5. skrg sy guna lipstik lips plumper jenama ZA..suke sgt lipstik tu!!

    ReplyDelete
  6. Hi Anonymous..tak pernah cuba lagi lipstik ZA..hehe :)

    ReplyDelete
  7. Nk tanya..lipstik za tu halal x...?cantek la warna2 die

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri