Review: Professional Eyebrow Pencil

Hai Semua,

Selalu Puteri buat review tentang eyeshadow, maskara dan lipstik. Hari ini Puteri nak wat review produk yang Puteri gunakan untuk bahagian kening pulak. Masa mula-mula Puteri belajar mekap, bahagian kening ni Puteri tak sentuh langsung, hanya mekap bahagian mata, pipi, dengan bibir sahaja. Mungkin ramai yang jugak yang macam tu. Mungkin ada yang beranggapan yang bahagian kening ni tak penting langsung.

Tapi bila dah lama, Puteri rasa bahagian kening kita tak patut biarkan macam tu sahaja. Bahagian kening sama penting dengan bahagian yang lain. Sekarang, kalau Puteri tak sempat nak mekap sangat, kening memang  WAJIB Puteri kemaskan, kemudian pakai eyeliner, maskara dan gincu. Bahagian kening tu memang tak tinggal la. 

Jadi produk yang Puteri gunakan untuk bahagian ini adalah Rimmel Professional Eyebrow Pencil in Dark Brown(001).


Produk: Eyebrow pencil dari Rimmel ini didatangkan dengan 2 warna iaitu Dark Brown(001) dan Hazel (002). Hazel warnanya lebih light dari Dark Brown. Puteri suka pensil kening ini sebab, pada bahagian penutup dia ada berus. Jadi bila kita lukis kening, jangan la anda terus tinggalkan macam tu sahaja, guna berus untuk kemaskan kening tu, jadi tak nampak la garisan pensil tu.


Kelebihan:
  • Warna pensil kening sesuai untuk semua golongan
  • Tahan lama, walaupun lebih dari 8 jam. Pernah seharian Puteri pakai mekap, kening Puteri tetap kemas bila gunakan pensil kening Rimmel ni
  • Kandungannya yang agak creamy, senang untuk digariskan dan diberus.
  • Mudah digunakan dan berus pada penutup pensil ini sangat-sangat la berguna


Kekurangan
  • Perlu diasah menggunakan sharpener. Ada sesetengah pensil kening tak memerlukan anda mengasah seperti Avon Brow Definer. Anda hanya perlu twist kan sahaja, dan gunakan.
Buat pengetahuan semua, Puteri tak pernah pun cukur kening.Bulu kening Puteri agak nipis jadi kalau tak kemaskan bulu kening tu nampak tak cantik dan terabai je..sian bulu kening tu, dia pun nak dirias jugak.hehe


Bulu kening tanpa dilukis
Setelah dilukis


Setelah dimekap
Untuk memilih warna pensil kening yang sesuai untuk anda, Puteri cadangkan pilih warna Brown, elakkan guna warna hitam, sebab pensil kening yang berwarna hitam akan membuatkan wajah anda nampak lebih garang dan matang.

Harga: Anda boleh dapatkan Professional Rimmel Eyebrow Liner pada harga Rm14.90 di Watsons.

Tahap: 5 bintang untuk produk ini

Puteri harap anda pun dapat la belajar kemaskan kening dengan pensil kening ini, mungkin ambil masa sedikit, tapi lama-lama nanti pandai la..hehe




Selamat Malam semua =)

5 comments:

  1. mcmana kalo bulu kening tebal dn berterabur ek?rasa mcm serabut jek.. hiks..

    ReplyDelete
  2. Dear..Kening Puteri pun tak la teratur..tak pernah trim pun kening, so gune berus pada hujung pensil tu bagi kemas dulu , then garis dgn pensel tu dan kemaskan lg skali dgn berus tu..siap!!hehe :)

    ReplyDelete
  3. i like that product too!

    http://kmrainaa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. puteri tutorial plizzzz!! nak blaja cara kemaskan bulu kening..

    ReplyDelete
  5. Hi kamar ainaa..love it too.hehe

    Hi Anonymous..Insyaallah t puteri buat ye :)

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri