Review: Etude House Dear Darling Glossy Lips

Hai..Hai...

Selalu Puteri review tentang eyeshadow je kan, jadi hari ini Puteri nak review pulak tentang 2 lipstik dari Etude House. Packaging 2 lippies ni sangat-sangat comel atau KAWAII...Comel sangat..hehe. Comel kan?? Tgk je terus nak beli. Lipstik yang Puteri beli ni adalah Dear Darling Glossy Lips.


Produk: Lipstik ni didatangkan dengan beberapa warna, Puteri beli 2 je sebab nak tengok dulu lipstik ni cam mane. Kira ni lipstik Puteri yang pertama beli dari Etude house. Urm Puteri sangat suka lipstik ni sebab die de glitter, jadi bila pakai waktu malam nampak "outstanding" walaupun hanya pakai lipstik ni sahaja.hehe..nanti anda boleh tengok gambar di bawah ni tengok hasilnya.

2 warna yang Puteri pilih adalah PK 001 dan PK 002 (Fancy Pink). PK 001, Puteri tak sure warna dia ape sebab kotak lipstik tu hilang..huhu..Pada bawah lipstik tu de label, tapi tulisan dalam bahasa Korea. Kalau Puteri pandai cakap Korea boleh la translate tulisan tu..hehe.. Tapi kat kotak tu de dorang tampal dalam bahasa inggeris senang sikit nak baca.


Jadi anda boleh baca kat kotak ni tentang lipstik ni. Lipstik ni dihasilkan di Korea. Selalu barang mekap dihasilkan di China je kan.


Ini dia 2 lipstik yang Puteri beli tu, yang PK 002 ni lebih pada warna Pink dan PK 001 ni macam warna Merah Hati. Kalau anda lihat gambar dibawah yang warna Pink tu mungkin tak jelas sangat dalam gambar tapi realitinya sangat cantik dan Pink.

Kebaikan:
  • Lipstik ini "glossy" dan "glitter", sesuai untuk waktu malam tapi kalau pakai waktu siang pun cantik jugak.
  • Tidak melekit walaupun lipstik ni ber"glossy".
  • Bau lipstik ni macam bau cherry!! suka sangat
  • Berat 4.3g, banyak tu selalu lipstik berat 4.0g atau 3.0g je
  • Packaging yang menarik
  • Warna yang pelbagai
  • Sangat berpigmentasi
  • Tak perlu pakai lipgloss bila pakai lipstik ni..weee~~

Kekurangan:
  • Kalau boleh label bawah lipstik tu pun translate la jugak, supaya org mudah paham.hehe
  • Disebabkan lipstik ni sangat berpigmentasi, anda hanya perlu oleskan sedikit sahaja kalau tak nak over sangat sebab warna lipstik ni yang terang.
  • Berbanding lipstik jenis matte, anda perlu berhati-hati sikit pakai lipstik ni bukan ape, takut nanti pakai terlebih dari garisan bibir nampak comot pulak kan.



Harga: Satu lipstik ini berharga RM32. Jadi kalau anda baru nak cuba lipstik ni, anda tunggu la waktu promosi, boleh cuba beli satu kalau anda tak suka takde la rugi sangatkan.

Tahap: 5 Bintang untuk lipstik yang comel dari Etude House ini..hehe

Kalau anda suka lipstik yang terang dan ada "glitter",lipstik ini pastinya untuk anda!! (^___^)


3 comments:

  1. Cantik la, suka lipstik yg glossy~
    Nak beli la, hee.. :)

    ReplyDelete
  2. hi Myzaluna..sila la beli..hehe..sekarang Etude House de buat sales :)

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri