Review kali datang dari brand yang sama Puteri review pada beberapa hari lepas. Tapi kali ini tentang mascara pulak iaitu Maybelline Volum' Express Magnum Mascara.
Menarik bukan? Packaging mascara ni warna kuning kemudian tulisan warna ungu..memang cun..hehe..Mungkin ramai yang tahu kalo dekat US, Maybelline de jugak keluarkan mascara yang sama cuma namanya yang berbeza iaitu Maybelline Colossal Volum' Express Mascara. Packaging kedua-dua mascara ni sama tapi formulanya Puteri tak pasti sama atau tidak sebab Puteri tak beli pun Maybelline Colossal tu cuma nampak di internet je la,maaf ye.
Masa Puteri beli mascara ni, agak rushing la jugak sebab keluar waktu lunch hour..Tau je la kalo lunch hour sejam je so nak cepat.huhu..Nak dipendekkan cerita Puteri terbeli warna brown,huhu..Puteri nak warna hitam..kat rumah baru perasan..tapi bila sapu mascara ni tak nampak pun brown sangat..ok la..nasib baik..hehe
Produk: Didatangkan dengan 2 warna iaitu hitam dan coklat. Mascara ini dikatakan mampu menebalkan bulu mata anda 10 kali ganda!!Wooaa..Memang hebat rahsia mascara ini adalah ia mempunyai kolagen formula dan berus magnum yang dapat menebalkan tiap helai bulu mata.
Close Up |
Kalau anda perhatikan gambar di atas, berus mascara ni melengkung sedikit (curve), mungkin tak nampak tapi realitinya kalau anda lihat sendiri memang nampak dia melengkung. Cara untuk gunakan mascara ini pun berbeza sedikit tapi sangat mudah.
Mula-mula sapukan mascara dari bahagian yang melengkung ke bawah.Sapu la beberapa lapisan, 2-3 kali mengikut citarasa anda.
Kemudian anda pusing kan mascara ni, dan guna bahagian yang melengkung ke atas macam gambar di atas.Sapu beberapa kali sehingga anda berpuas hati.hehe
Kebaikan:
- Kalis air @ waterproof. Kalau kena hujan pun takpe..haha
- Tahan lama @ long lasting. Formula mascara ni mampu mengekalkan bulu mata untuk waktu yang lama
- Menebalkan bulu mata sehingga 10 kali ganda
- Kurang bergumpal
- Harga berpatutan
Kekurangan:
- Walaupun mascara ni boleh memberus setiap helaian bulu mata, tapi susah sket nak berus bulu mata pada bahagian dalam mata.Faham ke? huhu..Tgk gmbr bawah ni mungkin anda akan lebih faham..hehe
- Perlu berhati-hati bila nak cuci mata, takut mata jadi macam panda..hehe..tapi mascara ni lebih mudah dicuci berbanding Volume Express Hypercul Cat Eye Mascara juga dari Maybelline
- Dari pengalaman Puteri, bila sapu mascara ni 2-3 bulu mata akan melekat antara satu sama lain jadi macam sehelai bulu mata .Memang cam tu eh..
Dari bawah |
Harga: Anda boleh dapatkan mascara ni pada harga RM35.90 di kaunter Maybelline sekarang.
Tahap: Puteri sangat berpuas hati dengan mascara ni jadi 5 bintang untuk mascara ni..yeaa..
Anda boleh tampil hebat dengan mascara ini tanpa bantuan bulu mata palsu..Selamat mencuba! ^_^
wat la review sal eyeliner maybelline lak...nk tau gak..hehehee
ReplyDeletehehe..ok..nanti puteri review sal eyeliner maybelline =)
ReplyDeletedear..utk bulu mata yg melekat 2 masa u sapu mascara 2 u ader wt sapuan zig zag x?sy pakai volume express..nk wrna hitam tpi terambik warna coklat
ReplyDeletehye..urm..de wat zig zag..tapi kadang2 masih jugak bergumpal..haha..Puteri pun sama tersilap pilih gak, nak g tukar tapi dah bukak mascara tu..huhu...
ReplyDelete