Golden Emerald Look

Hai semua...

Disebabkan hari ni Puteri ada banyak masa lapang, jadi Puteri postkan entry tentang solekan yang sangat mudah digayakan pada hujung minggu.Hanya menggunakan 2 warna sahaja, mata anda tetap nampak menarik.hehe

Golden Emerald Look
Nak tahu warna yang Puteri gunakan untuk mendapatkan gaya solekan ini, sila baca selanjutnya... ^___^



Puteri hanya gunakan Duo Eye Shadow dari Silkygirl no 10 -Golden Emerald.


Didatangkan dengan 19 warna yang berbeza dan menarik. Anda boleh menggunakan quad yang lain untuk mendapatkan hasil yang sama.Sangat mudah bukan??hehe


Untuk melengkapkan solekan mata ini, Puteri hanya mengunakan:



  • Maybelline Expertwear Eyeshadow in Natural Smoke (Gunakan warna highlight di tulang kening)
  • Rimmel Two Tones Eye Definer
  • Maybelline Anglefit Perfect Concealer in Natural Beige
  • In2It Black Eyeliner
  • Avon Uplifting Mascara in Black


Kepada pembaca yang baru belajar mekap, anda boleh la mencuba gaya solekan ini sebab mudah, hanya guna dua warna dan juga cepat.Tidak memerlukan waktu yang lama untuk menghasilkan solekan ini.

Hasil sepenuhnya.....
*


*


*


*


*
Tadaa.....




Selamat Mencuba dan Selamat Berhujung Minggu!!! (^___^)

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri