Silkygirl Blockbuster Color Pallete

Silkygirl merupakan salah satu jenama kosmetik terkenal yang dijual di Malaysia terutama di Watsons dan Guardian. Kesemua produk Silkygirl sangat berpatutan dan target mereka mungkin lebih kepada golongan remaja dan wanita muda. Ade jugak orang cakap yang sebenarnya Silkygirl ni adalah company Wet n Wild, cuma dorang tukar nama pada Silkygirl.Puteri tak pasti lak pasal tu, yang pasti kali ni Puteri akan buat review untuk salah satu produk mereka iaitu Silkygirl Blockbuster Color Pallete.

03 Green Forest
Produk:
Silkygirl Blockbuster Color Pallete mempunyai 6 jenis pembayang mata iaitu Bare Classics, Simply Pastel, Green Forest, Urban Mood, Smoky Charm dan Violet Crush. Puteri beli Green Forest sebab tertarik dengan warne soft brown pada pallete ini. Pallete yang lain Puteri tak pasti, tapi semua nampak cantik jugak. Puteri sangat sangat suke eyeshadow ni sebab bila pakai, rasa smooth je walaupun eyeshadow ni shimmery tapi eyeshadow ni tak mudah berdebu, sebab selalu kebanyakkan shimmery eyeshadow suka berdebu, bawah mata selalu nampak berkilau. Puteri suke guna jari bila pakai pallete ni sebab tekstur sangat lembut dan senang untuk disapu.hehe

Kelebihan:
  • Mempunyai 4 kombinasi yang menarik
  • Pingmentasi yang bagus
  • Kesemua warna adalah shimmery tapi sangat lembut dan tidak berdebu
  • Harga yang berpatutan
  • Tahan lama walaupun tanpa Eye Primer
  • Berat Pembayang mata ni adalah 6g.Jadi setiap satu warna = 1.5g. Banyak tu..
  • Ada instruction kt belakang pallete, sesuai untuk orang yang baru belajar mekap


Kekurangan:
  • Tiada cermin pada quad ini. Tapi Puteri tak kisah pun de cermin ke tak sebab selalu tak guna pun cermin yang de pada quad.
  • Aplicator yang disediakan Puteri tak gunakan, Puteri lebih suka guna jari atau berus.

Harga: Setiap pallete berharga RM22.90. Tapi selalu Watsons dan Guardian buat SALE,anda boleh dapat harga yang lebih murah dari harga asal.

Tahap: 5 bintang untuk produk ini. Puteri pasti akan beli produk ini lagi, mungkin warna yang lain pulak.hehe

Green Forest Look


Untuk yang baru nak belajar mekap tu, Puteri cadangkan anda beli eyeshadow dari Silkygirl ini yang berpatutan dan mudah digunakan.

12 comments:

  1. hi nk tnya kalo make up guna eye shadow shimer cmni blh apply wak2 siang x?

    ReplyDelete
  2. Hye Norhafiza, thanks sebab sudi singgah ye..Ikut pengalaman Puteri Silkygirl Blockbuster eyeshadow ni sangat sesuai dipakai pada bila-bila masa tak kira siang atau malam, sebab shimmery die tak over sangat la.Jadi bila2 pun boleh pakai..cuba la ye! :)

    ReplyDelete
  3. oh tq 4 the info...i like ur blog very much..

    ReplyDelete
  4. your welcome and thanks for your support!! :)

    ReplyDelete
  5. nice info!! jen pun ada satu set blockbuster pallete ni. jen punya violet crush sbb suke ungu. :D

    ReplyDelete
  6. hye Jen...Mesti cantikkan ungu...hehe..Puteri baru ada 1 je.mungkin akan pergi beli warna yang lain jugak.hehe

    ReplyDelete
  7. I love Silkygirl Blockbuster Palette! They are so pigmented!<3 Btw, I'm a new follower! =D



    Shie,
    http://Shiestuff.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Hye Shie...Thanks for stopping by.. :) i love silkygirl products! :)

    ReplyDelete
  9. hye,,bagi mata sepet sesuai color eyeshadoe apa ek?

    ReplyDelete
  10. Hi Mat..pemilihan eyeshadow ni terpulang pada individu suka warna cool or warm..sesuai je..yg penting kalau nak bg mata sepet lagi besar boleh la pakai eyeliner..memang sgt2 membantu.. :)

    ReplyDelete
  11. Hi xBadoMx..Beli sikit2,jadi makin banyak la pastu..hehe

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri