Lipstik dan wanita memang tidak dapat dipisahkan lagi, bak kata pepatah melayu "Bagai aur dengan tebing". Betapa akrabnya wanita dengan lipstik memang tidak dapat dinafikan lagi. Walaupun kebanyakkan wanita jarang mengenakan solekan di mata tetapi lipstik sudah menjadi kewajipan mereka sebelum keluar dari rumah. Jadi hari ini, Puteri akan review tentang lipstik yang baru Puteri beli minggu lepas.hehe
Baru-baru ini Avon ada melancarkan lipstik terbaru mereka iaitu Avon Ultra Color Rich Mega Impact.
Produk: Terdapat 8 jenis warna Avon Ultra Color Rich Mega Impact iaitu Charged Cherry, Pink Pop,Powerful Plum, Divine Wine, Briliant Berry, Fuschia Fun, Really Rosy dan Rockin Red.
Puteri beli 1 lipstik ni yang berwarna Briliant Berry.hehe.Puteri cadangkan kenakan solekan yang lebih natural untuk pakai lipstik ni. Kalau solekan mata terlampau berat macam Smokey Eye ke nanti wajah nampak tak seimbang dan takut muka terlalu over pulak.hehe
Kebaikan:
- Mempunyai SPF15. Bagus sebab cuaca di Malaysia ni selalu panas, jadi kita kene lindungi bibir kita dari panas terik
- Bau gincu ni sangat best. Bau macam cherry..hehe
- Ada glitter pada gincu yang dapat menyerlahkan bibir
- Kesemua koleksi warna gincu bibir ini adalah warna-warna yang terang
- Tahan lama
- Harga berpatutan
- Tidak melekit
- Bentuk lipstik ni yang bersegi-segi bukan sahaja menarik malah senang untuk dipakai.Tak perlu pakai lipliner pun takpe.hehe
Kekurangan:
Kandungan lipstik kurang berbanding lipsitk lain (3g), selalu lipstik 4g..hehe
Kesemua warna adalah warna yang terang takde yang natural, jadi sape yang tak suke pakai warna yang terang, lipstik ini bukan untuk anda.huhu
Kene berhati-hati bila pakai lipstik ni, jangan buka lipstik ni sampai habis, sebabnya lipstik ni macam tak kukuh sikit.Hanya buka sikit dan sapukan pada bibir anda.
Harga: Harga untuk gincu yang sangat glamor ini sangat berpatutan pada harga RM27.90.Kalau anda ahli avon dapat less 10% lagi, jadi dalam RM25.10 je.
Tahap: 5 bintang untuk lipstik yang sangat menawan ini..hehe.Puteri pasti pasti pasti akan dapatkan lipstik ini lagi untuk warna yang lain pulak..
putri pakai nampak cntik sgt...
ReplyDeletesy pon de kaler nh tpi bila pakai nmpak merah makngah lak...hehehe
putri de pakai paper kat bibir b4 pakai lipstik 2 ke??
anyway nice blog (^_^)
hye dear...Puteri kalau nk pakai lipstik ni mekap kene simple je,tak bley mekap berat2..selalu puteri pakai lipbalm sebelum pakai lipstik so tak kering sangat bibir.. :)
ReplyDelete