Shop at SASA

Hai dan Salam Sayang Semua..

Lama sangat tak buat artikel baru.."Kemalasan" menguasai diri jadi tak dapat nak update blog selalu walaupun hari-hari tengok blog sendiri..hehe..Okay la..Kebiasaannya sebelum pergi ke Mall, Puteri akan pergi survey dulu tempat-tempat yang ada SALE.hehe..penting ye Puan-puan jadi kita dapat bandingkan sesuatu barang yang kita nak beli dengan tempat yang lain.

Sebagai contoh Puteri dah lama teringin nak beli Maybelline Pulse Perfection Mascara, akhirnya dapat jugak beli..huu..Puteri beli kat SASA. Jom tengok!


Its all about CORAL.. :)

Hi dan Salam semua..

Pe khabar? Harap semua sihat-sihat la hendaknya. Entri kali ini simple je. Puteri nak kongsi koleksi gincu Puteri yang berwarna Coral. Hah..mula macam tak perasan je cik Jah, lama-lama banyak pulak, lagi banyak dari warna Pink. Tapi Puteri takda la banyak pun lipstick. Siket je..


Pape pun jom layan..

Rembatan Kencang di Stage..

Hi dan Salam sayang semua..

Waa kelas gitu tajuk..Sebab taksub sangat dengan pasukan Malaysia. Bangga tau walaupun kalah pulak masa kat Taiwan 2-3. Tapi yang penting Malaysia dapat pergi pusingan ke2 menentang Singapura. Macam pengulas berita pulak..hehe..Ok2..Sebelum terlupa, Puteri akhirnya dapat beli kamera sendiri..Thumbs up for me..Beli Lumix FH2 PINK...Love it.. Masih tengah belajar nak guna kamera ni. Setakat ni ok la.

Orait jadi, entri untuk bulan Julai ni Puteri mulakan dengan Stage. Mungkin ramai yang tahu Stage tengah buat SALE untuk habiskan stok lama dorang.Ramai la yang menggila pergi Stage sampai Puteri pergi dah tak banyak produk yang tinggal. Tinggal beberapa je lagi.

Ni jela sempat Puteri rembat.

Maaf lame tak update blog..

Salam Sayang semua..

Pertama-tamanye Puteri nak mintak maaf sebab lama tak update blog.Mungkin sebab takde mood nak tulis artikel, sebab utama takde gambar ke2 sebab masa..haha..Tapi orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih kan.. Banyak sangat produk yang Puteri nak review dan tunjuk pada anda.

Terima kasih pada sokongan anda, yang follow Puteri, bagi email, komen blog dan Facebook Puteri, add Puteri kat Facebook sume..Terima kasih sangat-sangat..Love you guys! :)

Esok Puteri nak beli kamera...YAY! Sebab utama beli sebab nak amik gambar banyak-banyak tuk blog Puteri ni dan anda semua.Kalau boleh nak buat video jugak la..hehe

Tak sabar nak pergi beli besok..hehe..Jumpa lagi ye! :)

~XOXO~

I Want These Babies : Revlon CustomEyes Shadow and Liner Collection

Hi dan Selamat Malam semua...

Malam ni nak buat entri simple-simple je sebab penat kat opis keje duk menaip je, melayan email customer..hehe..Ok..ok...Kalau anda perasan pergi kat Watson atau Guardian, anda pernah nampak tak eyeshadow terbaru dari Revlon? Namanye Revlon CustomEyes Eyeshadow.. Macam kat bawah ni...

Credit to :www.beautyjunkiesunite.com

Kalau kat US rasa awal tahun pallete ni keluar dah tapi kat Malaysia baru nak keluar. Kat Malaysia ada 4 pallete yang dikeluarkan iaitu Naturally Glamorous, Party Pops, Rich Temptations dan Smoky Sexy.

Bezanya eyeshadow ni dengan yang lain, ada 5 warna, 4 untuk pembayang mata dan 1 lagi powder eyeliner. Setakat ni Puteri tak beli lagi eyeshadow ni, InsyaAllah besok nak cuba tengok dekat Watsons.hehe..

Oh sebelum terlupa, harga pallete ni adalah RM49. Jadi sesiapa yang dah beli atau nak beli boleh la kongsi pendapat anda kat bawah ni. Nak tahu jugak pandangan anda ye. :)

Lagi 1, mintak tolong anda vote gambar Puteri untuk "Etude House Anniversary Contest". Kalau menang nanti InsyaAllah Puteri akan buat giveaway bagi hadiah Etude House..Bestkan, jadi harap anda boleh tolong like gambar Puteri ye..hehe..

Ok, Jumpa lagi Ladies...

~XOXO~


Review: Hot Stuff From Maybelline : HyperSharp Lliner

Hai dan Salam semua..

Disebabkan dah lama tak buat review tentang produk kan, jadi kali ini Puteri nak buat review tentang "hot stuff" dari Maybelline. Sebab ape Puteri cakap "hot stuff" sebabnye produk ni antara produk terbaru yang dikeluarkan oleh Maybelline dan Puteri sangat-sangat suka produk ni. Kalau nak tahu Puteri baru guna dalam seminggu tapi baru pakai sekali Puteri terus jatuh cinta dengan new eyeliner dari Maybelline ni.



Nak tahu kenapa..Jom baca lagi

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri