Shop at SASA

Hai dan Salam Sayang Semua..

Lama sangat tak buat artikel baru.."Kemalasan" menguasai diri jadi tak dapat nak update blog selalu walaupun hari-hari tengok blog sendiri..hehe..Okay la..Kebiasaannya sebelum pergi ke Mall, Puteri akan pergi survey dulu tempat-tempat yang ada SALE.hehe..penting ye Puan-puan jadi kita dapat bandingkan sesuatu barang yang kita nak beli dengan tempat yang lain.

Sebagai contoh Puteri dah lama teringin nak beli Maybelline Pulse Perfection Mascara, akhirnya dapat jugak beli..huu..Puteri beli kat SASA. Jom tengok!


Beli 3 produk je kat SASA, tak banyak pun.hehe. Selalu setiap 2 minggu Puteri akan beli mekap baru.Macam membazirkan, tapi nak buat macam mane, tak tahan tengok barang mekap kat shelve tu, macam melambai2 suruh beli.Haha..

Pertama yang Puteri cari Maybelline Pulse Perfection, dah lama tau nak beli sebab harga yang mahal bagi Puteri, terpaksa hold dulu sampai la tau SASA ada buat less 50% maskara ni, pe lagi beli la,rugi tak beli.huu



Keistimewaan utama maskara ni berbanding maskara lain adalah , maskara ni boleh bergetar sendiri semasa kita pakaikan pada bulu mata sebab ada motor pada kepala maskara ni, jadi tekan je suis tu ye masa pakai.


Anda akan dapat hasil yang berbeza kalau nak dibandingkan dengan maskara yang biasa.


Macam ni la berusnye..Jom tengok hasilnya pulak. :)


Balik-balik terus je guna sebab excited.hehe. Nampak bulu mata lebih panjang.ngee


Memang puas hati, Puteri bayar RM29.90 je harga sebenar RM59.90.Yay! :)


Seterusnya, pembayang mata pulak, kali ini dari KATE , KATE Brown Collection, de yang cakap ni Limited Edition. Puteri pilih warna BR-3, kalau tak salah ada 4 warna.



Kate Brown Collection ni ada jual di SASA je, tengok dekat Watson memang takde. Istimewa nya pallete ni sebabnya ada 2 warna untuk eyebrow dan 3 warna lagi untuk pembayang mata.


Mula-mula cam tak mau beli sebab, ada eyebrow color tu.haha..tapi pikir2, tak pernah ada lagi eyebrow pallete sebab guna pencil je, jadi beli jugak. Cantik jugak warna dia, tak sabar nak guna. :)


Time nak bayar, Sales Girl tu suggest Puteri beli Lennox Firm Up Collagen ni. Puteri ni cepat sikit terpengaruh.huhu.Jadi beli sampai 6 kotak. Harga sebenar RM18, tapi Puteri bayar RM2 satu, rasa cam rugi pulak tak beli.


Setiap pembelian RM20/RM30 tak ingat la, tapi anda boleh beli collagen ni 3 kotak, jadi asingkan bil dapat beli 6 kotak, cuma bayar RM12 je kalau ikut harga sebenar RM108 kalau 6 kotak.

Balik je, terus google tentang collagen ni, rupenye baru-baru ni , Kementerian Kesihatan Malaysia banned produk ni sebab mengandungi bahan terlarang dalam collagen ni. Rasa cam nak buang je masa tu, then google lagi , nasib baik la batch collagen yang Puteri beli ni bebas dari bahan terlarang tu.Yay! :)


Tengok dah checked kat situ bebas dari bahan terlarang, hope ok la. :) Dah minum 1 botol sedap jugak rasa cam jus buah-buahan. Collagen ni bagus untuk kulit, kurangkan masalah di muka. Leh caya ke?hehe..boleh kot.

Jadi itu sahaja untuk kali ini, oh ya sebelum terlupa, Puteri nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua ye..Semoga kita dapat memperbanyakkan ibadat kita pada bulan ini.

Jumpa lagi semua.. (^__^)

~XOXO~


14 comments:

  1. selalu jadi cmtu kan..dah beli baru nak google

    ReplyDelete
  2. rindu kat post2 makeup awak..XD smlm ade cek gak..haha..hari ni tros ade entry.. ^^ wow, nice stuff! At first ingtkn palette revlon yg awk nk beli tu.

    ReplyDelete
  3. Salhah: tu r..puteri ni tak tahan godaan sket..hehe

    ReplyDelete
  4. Aisyah..thanks dear sebab sudi jenguk blog Puteri..kdg2 stress ngan kerja then terus mls nk type..tapi nak cuba perbnykkn entri bulan ni..hehe..t Puteri review product revlon tu :)

    ReplyDelete
  5. hi puteri..fyna ni..nak bagtau minat kita sama..fyna pon suka makeup jugak! ehehhe..memang kalau membeli makeup tu xkan stop kan..i love your reviw bdw..anyway if free jenguk blog fyna sama ye..=)

    ReplyDelete
  6. Hi Fyna..thanks dear sudi jenguk blog puteri yg tak seberapa ni..so happy..betul2..makeupholic la kita..hehe..blog fyna sgt best..Puteri follow fyna dh..ngee :)

    ReplyDelete
  7. Salhah..tak pernah la guna..dear penah guna tak? :)

    ReplyDelete
  8. tak pernah.baru order yg dri jepun punye.next week kot baru sampai.nanti dah sampai sy review.XD

    ReplyDelete
  9. Salhah: Waa...dari Jepun tu..kalau ok bgtau Puteri ye..macam best je tengok org pakai..hehe

    ReplyDelete
  10. Hi puteri,sy Mia. Saya cari mascara yg puteri beli tu. Rupanya kat Sasa je ke. Saya cari kat Guardian.hehe

    ReplyDelete
  11. Hi Mia..Yang promotion tu ada kt sasa je.Guardian ngan watson ada jugak jual tapi mahal la.. :)

    ReplyDelete
  12. sasa ni kat mana?? dlm queensbay ke??
    sy selalu gak g queensbay

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri