Rembatan Kencang di Stage..

Hi dan Salam sayang semua..

Waa kelas gitu tajuk..Sebab taksub sangat dengan pasukan Malaysia. Bangga tau walaupun kalah pulak masa kat Taiwan 2-3. Tapi yang penting Malaysia dapat pergi pusingan ke2 menentang Singapura. Macam pengulas berita pulak..hehe..Ok2..Sebelum terlupa, Puteri akhirnya dapat beli kamera sendiri..Thumbs up for me..Beli Lumix FH2 PINK...Love it.. Masih tengah belajar nak guna kamera ni. Setakat ni ok la.

Orait jadi, entri untuk bulan Julai ni Puteri mulakan dengan Stage. Mungkin ramai yang tahu Stage tengah buat SALE untuk habiskan stok lama dorang.Ramai la yang menggila pergi Stage sampai Puteri pergi dah tak banyak produk yang tinggal. Tinggal beberapa je lagi.

Ni jela sempat Puteri rembat.


Puteri ingat Stage tak buat SALE dah lepas 14 June tu. Tapi tak lama lepas tu kawan Puteri kat Dell Miss Iryani bagitau ada sale.Thanks dear..Terus semangat nak pergi..hehe..Puteri pergi dengan Miss Shuhada, dia nak cari Lipgloss tapi banyak warna dah habis terus  die tak jadi beli.

Untuk lipstick, Puteri pilih 2 warna iaitu Passion Punch #19 dan Precocious Plum #26.



Kemudian pilih concealer, cepat-cepat je MUA tu suruh beli warna Ginger # 07. Beli 2 RM20. Tapi warna dia macam kekuningan sikit dari kulit Puteri, hope ok la pakai nanti. Sebab haritu beli warna sand, sesuai lagi dengan kulit Puteri.


Lepas tu beli pembayang mata pulak, sama jugak harga RM20 untuk 2. Jadi 1 RM10 je.hehe

Sebelum sempat nak bayar, terbeli eyebrow liner pulak 2 RM12 je.Rasa rugi pulak tak beli.



Warna pensil kening ni ialah Sesame #02. Sekarang Puteri macam giler jugak dengan eyebrow liner. Jadi beli la.

Kali ni macam tak best sangat sebab banyak barang tanya je dah abis. Hampir semua nak la habis, macam blusher,eye primer,lipgloss, mascara, lipstick dah nak habis. Tapi dekat seratus jugak melayang.huhu


RM92
Terdengar bunyi duit sebelum keluar tu..hehe..Jadi sesiapa yang teringin nak merasa barangan Stage ni pergi la serbu cepat ye.T lambat-lambat habis semua barang.

Jadi kalau ada yang nak kongsi pendapat tentang barang Stage ni, pe produk yang anda suka dari Stage boleh la kongsi dengan Puteri ye kat bawah ni :)

Jumpa lagi..

~XOXO~

8 comments:

  1. ader sale g erk?dlu sy bli mser bln may sale..smpt gak rembat per yg kak puteri bli..huhu..tpi xderk la sale 2 rm20 cm niey..

    ReplyDelete
  2. Hi SHazz..Sale ni lagi murah sampai hujung bulan ogos nanti tau..boleh la pergi lagi :)

    ReplyDelete
  3. td tgk mcm ade two for RM12..0__0 tp sy xmasuk pulak kedai sbb takot bei lebih2 krg

    ReplyDelete
  4. Hi Aisyah..cuba la pergi lagi..rugi tak beli..huhu

    ReplyDelete
  5. kalau tgh sale i pn xlepaskan peluang rembat! stage ni pun member yg introduce, klaw x, i pn bute mekap :)

    puteri ada wat tutorial mekap? i suggest so.. ;p

    ReplyDelete
  6. Shahniefa: Rugi tak rembat dear..hehe..Lama tak buat tutorial mekap..InsyaAllah t Puteri buat ye.. :)

    ReplyDelete
  7. barang stage ni ada kat mana?? kat queensbay ke??

    ReplyDelete
  8. Hi Anonymous..Stage ada kat queensbay..tapi dah pindah tempat len tapi still dlm qb.. :)

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri