Review: Panasonic Eyelash Curler

Salam ladies..

Selamat Berpuasa ye Semua. Entri hari ini Puteri nak buat review pulak.lama sangat tak buat review kan. Kali ini special sket sebab Puteri akan buat review tentang tools yang Puteri guna untuk lentikkan bulu mata.

Selalunya kita gunakan kaedah konvensional untuk lentikkan bulu mata. Hah..kali ini nak lagi best guna eyelash curler dari Panasonic ni.Jom baca cara nak guna dan macam-macam lagi. :)


Menarik tak?

Memang menarik, tapi sebenarnya tak de la istimewa sangat pun lebih kurang je macam eyelash curler biasa tu.hehe

Kite tengok kotak dulu..


Haa..Pas tengok kotak, tengok isi die pulak.


 Comel penutup warna Pink.


Tanpa penutup macam ni la..


Ni la bahagian yang kita gunakan untuk lentikkan bulu mata.

Sebelum alat ni boleh digunakan pastikan ada bateri dulu ye, Wajib tau..


Pastikan bateri AA ye, yang len tak fit. Dah tengok belakang , tengok depan pulak. Cara-cara nak ON benda alah ni.. Senang je nampak 0 dan 1 kan. Kalau nak ON tolak je ke atas, nak OFF tolakkan ke bawah.


Dekat kepala die belah belakang tu ada macam indicator, masa sejuk warna "Purple"


Dah ON , tunggu dalam 2-3 minit, Tadaa...bertukar menjadi "Pink"


Bila dah warna Merah Jambu maksudnya ia dah panas jadi anda dah boleh guna eyelash curler ni. Eyelash curler ni sama fungsi macam pelurus rambut tu cumanya ia digunakan di bulu mata dan untuk melentikkannya. Hati-hati ye guna sebab panas, jangan excited nak pakai sampai cedera pulak.

Cara nak menggunakan senang je, kene pakai maskara dulu dan baru guna alat ni. Kalau tak pakai maskara tak berkesan la. Jadi mulakan dari pangkal bulu mata, biarkan beberapa saat dan naikkan sedikit tunggu beberapa saat sampai hujung bulu mata.

Contoh kat bawah ni:



Nak tengok hasilnya..Tengok kat bawah ni ..wink~(^__^)


My bare lashes


My lashes with mascara


Ni la hasilnya.. Yay...
Dah guna, jangan lupa OFF kan ye..Takut meletup pulak.haha.

Harga: RM 49 atau RM50 tapi Puteri beli RM47 je :)

Selalunya, Puteri guna pengepit bulu mata yang biasa dulu, kemudian guna maskara dan diakhiri dengan alat dari Panasonic ni. Tapi gambar kat atas ni Puteri guna maskara dan Panasonic eyelash curler sahaja.

Keseluruhannya, alat ini bagus, puas hati la guna dan berbaloi kalau anda jenis rajin.haha..sebab kadang-kadang nak cepat jadi tak sempat nak guna.

Jadi tepuk dada tanya la selera..cewaah..

Jadi itu sahaja untuk kali ini..Jumpa lagi ye..Selamat Berbuka semua!

~XOXO~




8 comments:

  1. Wah akak puteri dapat beli eyelash curler ni kat mane ye? dah lame Bella mencari sebenarnye~ :D

    ReplyDelete
  2. kat mana beli alat ni ya? dan berapa harga dia?

    ReplyDelete
  3. Hi Bella..Puteri beli kat CSH, kedai elektronik, kedai ni ada jual barang Panasonic.T bella try cari kat kedai yg ada jual barang Panasonic ye :)

    ReplyDelete
  4. Nisa: Beli kat CSH Queensbay..oh maaf lupe nak letak harga pulak..RM47 Puteri beli harga sebenar RM49. :)

    ReplyDelete
  5. akak pun ada electric eyelash curler tapi another brand. but, i prefer using the eyelash curler much more :)

    ReplyDelete
  6. wahhh..berapa lama tahan ni?maksud saya bulu mata kekal lentik.hihi

    ReplyDelete
  7. Miss Syukur:akak beli brand pe? tu la puteri pun sama,prefer eyelash curler yg biasa je :)

    ReplyDelete
  8. Yuyu: lama la jugk bila puteri guna alat ni..cuma cm leceh sket nak guna,yela kene tunggu benda ni panas dl br leh pakai..hehe

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri