Review: Heroin Make Quick Eyeliner

Hi ladies... :)

Lame tak buat entri kat blog ni, kene tunggu hari minggu baru dapat buat entri,bukan tak mau tapi hari biasa macam takde masa pulak nk buat entri. Puteri ni kalau tulis entri agak lama jugak sebab tak mau tinggal apa-apa info, pastu nak edit gambar lagi.Jeles tengok orang lain boleh update blog tiap hari..

Ok..Hari ni nak sembang pasal eyeliner.Puteri ni memang suka pakai eyeliner.Keluar rumah sekurang-kurangnya mesti nak pakai eyeliner. Jadi Puteri suka beli eyeliner.Eyeliner terbaru yang Puteri beli adalah dari Heroin Make Quick Liner. Eyeliner ni memang pelik sikit..


Nak tahu kenapa,kena la baca lagi ye..hehe

Produk: Produk dari Jepun ni tak dinafikan mempunyai packaging yang menarik. sangat-sangat comel. Sebab utama Puteri beli penggaris mata ni pun sebab packaging dia la, ada gambar anime yang comel kemudian mata berkaca-kaca macam puppy eye, dia macam suruh anda beli. Kalau anda tengok lama-lama mesti rasa nak terbeli jugak macam Puteri, betul..haha.. (^__^)padahal tak rancang pun nak beli eyeliner ni.Sanggup tu beli walaupun harga agak mahal la bagi Puteri.


Didatangkan dengan dua warna brown dan black.Macam biasa Puteri akan pilih warna hitam sebab rasa warna hitam lagi sesuai dengan Puteri.Eyeliner ni nak guna anda kene pusingkan dahulu,pusing sikit je kemudian gariskan sahaja pada mata anda.Beza eyeliner ni berbanding yang lain adalah ia nya sangat halus. Ada blending tip jugak untuk smudge garisan yang anda gariskan pada mata.


Kelebihan:
  • Packaging yang kawaii..suke sangat..macam Marie Antoinette muka anime tu
  • Automatic pencil liner
  • Senang digunakan
  • Anda boleh dapat garisan yang sangat halus dan hitam..yay :)
  • Tahan lama dan kalis air
  • Tidak terlalu mencomotkan mata anda, lama kelamaan warna akan pudar sahaja
  • Mudah ditanggalkan
  • Ada instruction yang ditulis dalam bahasa inggeris,senang sikit nak paham.
Kekurangan:
  • Eyeliner ni sangat pendek 0.1g je :(
  • 
    Panjang ni je!! :(
  • Masa mula-mula guna sakit jugak mata sebab hujung eyeliner ni agak tajam.tapi bila 2 3 kali guna baru la okay sikit
  • Harga agak mahal bagi Puteri, kalau orang lain tak tau la
  • Blending tip pada hujung pencil liner ni tak banyak membantu


Harga: Harga lebih kurang RM30 ++ macam tu, tak ingat sebab Puteri beli lebih kurang RM26.Ada less 10%.

Tahap: 3 Bintang

Ada baik dan ada buruknya eyeliner ni.Kalau yang suka sangat pakai eyeliner boleh la cuba ye.Tapi bagi Puteri eyeliner ni cam takde beza pun dengan eyeliner yang lain.
Ok semua..nak buat review lain pulak ni..hehe..Jumpa lagi ye! (^__^)

~XOXO~

2 comments:

  1. 1st time dtg jengah sni..best la review u ni..cam nk grab car key n drive to d mall je skrg..tp jauh la pulak..anyway...tx dear...

    ReplyDelete
  2. hi saya budak baru belajar...thanks for your support..hehe :)

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri