Review: Lucidarling Fantastic Gradation Eyes

Hi dan Salam semua..

Disebabkan lama tak buat review tentang eyeshadow, jadi hari ni Puteri nak buat review tentang pembayang mata la ye. Kalau anda baca entri Puteri tentang Etude House Haul, mesti anda tau kan Puteri ada beli pembayang mata satu. Puteri dah lama lemming nak beli, sebabnya macam biasa , packagingnye yang eye catching! Casing die warna PINK dan ada bow..comel sangat! Ini dia LucidDarling Fantastic Gradation Eyes.


Nak tengok warna dia cantik ke tak, boleh baca lagi ye.. :)



Produk: Didatangkan dengan beberapa warna yang menarik, Puteri tertarik dengan warna dari #3 Caramel Sepia. Sebab warnanye lebih natural, terutama warna coklat dan pic.Pembayang mata ini mempunyai 4 warna yang shimmery. Selalunya pembayang mata ada 1 je kan aplikator, tapi quad ni ada 2  berus aplikator, yang Puteri suka adalah salah satunya ada berus macam eyeshadow brush. Jadi pada yang tak pernah ada eyeshadow brush boleh la cuba ye.Jarang tau quad nak bagi berus macam ni pastu de cermin besar lagi..yay!! :)


Kelebihan:
  • Pilihan warna yang menarik
  • Shimmery color yang menyerlahkan mata anda
  • Warna yang tahan lama
  • Mudah digunakan

  • Mempunyai instruction di belakang casing, jadi anda ada idea nak guna eyeshadow ni
  • Ada aplikator yang bagus
  • Cermin besar

Kekurangan:
  • Perlu cermat guna eyeshadow ni sebab shimmery takut nanti comot mata.


Harga: RM 42.90..Tapi Puteri beli RM30,ada SALE kat Etude House sekarang! :)


Tahap: 5 bintang.Wee~


Pada keseluruhannya, Puteri sangat suka eyeshadow quad ni. Walaupun shimmery, tapi boleh jugak digunakan waktu siang dan tidak keterlaluan. Sudah tentu Puteri akan beli warna yang lain jugak nanti.

Anda ada eyeshadow dari Etude House tak? boleh kongsi komen anda kat bawah ni ye..jangan malu-malu..

Ok ladies, stay tune for more! :)

~XOXO~

6 comments:

  1. hi Miss R..thanks you so much!!! :)

    ReplyDelete
  2. hey thanks for dropping by my blog! :)

    ReplyDelete
  3. hi miemiemie..no prob dear! :)

    ReplyDelete
  4. Hi saya juga dari Penang. Saya Nak cute n sexy eyes tapi Tak Ada jual d. Saya Nak try sweet eye cupcake. U beli Dari qb?

    ReplyDelete
  5. Hi Ally...Mungkin dorang dah discontinue Cute and Sexy eyes tu..i beli kt qb.tapi sekarang takde sale lagi kalau nak beli harga rm39.90. :)

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri