Review: Sendayu Tinggi Cheek Color

Hye dan Salam Semua..

Kali ini Puteri akan bercerita tentang produk Sendayu Tinggi. Sebab agak ramai jugak yang nak tahu tentang produk Sendayu Tinggi ni kan. Jadi Puteri nak review tentang Sendayu Tinggi Color Cheek.

Nak tahu macam mana..Haa..macam kat bawah ni..


Nak tahu selanjutnya, teruskan membaca ya :)

Puteri tak banyak blusher sebab Puteri suka kumpul eyeshadow berbanding blusher.hehe.
Sebab kebanyakan blusher bagi Puteri warna lebih kurang je, tak lari jauh pun warna dia. Jadi Puteri tak beli blusher selalu sebab yang ada sekarang ni pun tak habis lagi. Tapi kalau pembayang mata, mesti nak beli walaupun dah macam-macam warna ada.Pilih kasih pulak.hehe. Berbalik pada topik kita semula ye.



Produk: Cheek Color ini hanya terdapat 2 warna sahaja iaitu Pink 01 dan Peach 02. Setiap 1 pemerah pipi ini seberat 10gram.

Kelebihan:
  • Warna peach yang sesuai dengan kulit muka. Cute je bila pakai..hehe
  • Tahan lama. Urm lebih kurang 4-5 jam pastu warna pemerah pipi tu akan pudar
  • Harga berpatutan
Kekurangan:
  • Puteri sangat kecewa dengan packaging cheek color ni. Pertama susah sangat nak buka sampai rosak kuku. (T__T) Lepas dapat bukak Puteri takut nak tutup, baru-baru ni Puteri cuba la buka dan tutup semula blusher ni berulang kali, ok la sikit.huhu

  • Tiada label pada blusher ni, cuma ada logo Sendayu Tinggi je kat bahagian depan blusher ni.Kat belakang semuanya kosong. Kan senang kalau ada label tulis Cheek Color ni warna apa, jadi kalau kita nak guna takde la nak kene bukak dulu baru tahu warna apa sebab casing blusher ni hitam jadi kita tak nampak warna nya.
  • Pilihan warna yang terhad.
  • Sangat susah untuk bermain dengan Cheek color ni. Maksud Puteri selalunya kalau blusher, kalau anda sapu guna jari terus dapat tengok warna blusher tu. Tapi Cheek color ni, tonyoh banyak kali pun susah giler nak dapatkan produk ni pada tangan.Contoh macam kat bawah ni..

  • Jadi nasihat Puteri amat sarankan anda guna blusher brush atau kabuki brush dari Maybelline ni.

Harga: RM29.90. Kalau ada membership Sendayu Tinggi dapat murah lagi sikit. :)

Tahap: 2 bintang dari Puteri.huhu

Suka diingatkan di sini, review yang Puteri buat ni adalah ikut pengalaman Puteri sendiri sebab produk ni dibeli sendiri bukan ditaja ye. Kalau de yang tak suka ke Puteri wat review ni, Puteri mintak maaf siap-siap eh. Mungkin pasni pihak ST boleh baiki lagi produk mereka, hehe. Puteri suka sangat Lipglass Sendayu Tinggi kalau sape-sape tak pernah baca lagi review yang Puteri tulis boleh klik di sini.

Itu sahaja untuk kali ini.Jumpa lagi ye! :)

~xoxo~

2 comments:

  1. puteri banyak guna barang sendayu tinngi ek? akak pun nak cuba jugak sebab kat tempat akak ada butik mekap sendayu tinggi. ingat nak cube eyeliner dia.thanks for the review.

    ReplyDelete
  2. hi miss syukur.Puteri tak banyak pun produk sendayu tinggi ada 3 jenis je.ok jugak la produk st ni.hehe..puteri pun ingt nak cuba liquid liner die cam best, kalau akak beli, t buat la review,puteri pun nk tau jugak cmne.hehe

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri