Review: Zilan Vital Beauty Case For Eye & Cheek

Salam dan salam sejahtera semua..

Pertama-tama sekali Puteri nak mintak maaf sebab lame tak tulis blog bukan tak mau tulis dah tapi internet kat rumah tetibe tak boleh guna, dekat 2 minggu dah.huhu..sangat-sangat sedih, pastu tak de masa nak troubleshoot pasal masalah ni sebab dah kerja hari minggu je la free. Ni pun Puteri online kat opis kakak, maaf ye pada yang hantar email, komen kat chat box lambat reply mesej anda semua.Harap masalah ni akan selesai secepat mungkin.huhu

Okay la..Produk yang Puteri nak cerita hari ini adalah tentang Zilan Vital Beauty Case For Eye & Cheek.Kalau anda nak tahu produk ni hanya dijual di Cosway, sape yang selalu pergi beli barang kat Cosway mesti pernah tahu pasal jenama Zilan Vital ni.


Cantikkan casing dia, de bunga-bunga semua..hehe..macam biasa baca lagi kalau nak tahu tentang produk ni.

Produk: Didatangkan dengan 20 pilihan warna pembayang mata dan pemerah pipi. Sangat menarik sebab warna eyeshadow ni terdiri dari warna cold dan warm..haha..Puteri rasa la..


De macam-macam warna de taupe, brown,silver, torquise, peach, gold, pink dan lain-lain lagi, blusher pulak warna pink dan peach memang cantik bila pakai. Selain itu set ini ada jugak blusher brush dan double ended aplicator jadi pada sesiapa yang takde brush tu jangan risau ye..hehe


Kelebihan:
  • Terdapat 20 warna pembayang mata yang kebanyakkannya shimmery, matte pun ada jugak.
  • 2 pemerah pipi, sangat cantik bila pakai,tak tipu..tekstur nya mudah dipakai bila dilayangkan pada pipi anda yang gebu tu..hehe
  • Blusher brush dan aplikator yang berguna dan tak lupa juga cermin yang besar

  • Sangat sesuai untuk dibawa semasa anda travel
  • Harga yang berpatutan
  • Tahan lama
  • Mudah digunakan guna jari lagi mudah untuk sapukan pada kelopak mata..
  • Sesuai untuk pada yang baru belajar mekap
  • Boleh digunakan tak kira siang atau malam..Yay!! :)

swatches 1
swatches 2


Kekurangan:
  • Bila anda baurkan atau blend warna eyeshadow ni ia akan mudah nak hilang..haha..maksudnya bila anda taruk warna kedua warna pertama tu macam terjejas sikit bila kita blend jadi anda kene sapu balik warna pertama tu.
  • Masa mula-mula dapat set ni sangat-sangat susah nak bukak, ase nak tercabut kuku, tapi ada cara yang betul nak bukak rupanya..huhu 
  • Mungkin tidak tahan lama pada anda yang mempunyai kelopak mata yang berminyak.huhu
  • Ada sesetengah warna yang agak sukar nak melekat pada mata..
  •  Hanya dijual di Cosway sahaja dan kalau tak salah Limited Edition kot..huhu

Swatches 3
Swatches 4
Harga : RM39.90..Serius sangat-sangat berbaloi anda beli set ni but beware dengan kekurangan yang Puteri cakapkan tadi.


Ingredients.Berbeza bagi setiap warna..

Tahap: 3 Bintang untuk set ini.. :)

Walaupun set ni mempunyai kekurangannya tapi Puteri tetap rasa puas hati dengan set ni, takde produk yang sempurna kan. Pada yang nak beli anda boleh try usha kat Cosway, pada yang nak save budget atau student ke Puteri rasa set ni sangat sesuai untuk anda.. :)


Gaya solekan dari set ini

p/s: Pada yang follow dan promote blog Puteri, thanks ye sebab support blog Puteri..Mungkin ambil masa nak tulis blog lepas ni, Puteri mungkin akan renovate blog Puteri ni..hehe..Nak tengok macam mana?..Stay tune ok :)..Sorry semua and take care!! :)

~x0x0~

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri