Review: 88 Eyeshadow Pallete

Hi dan Salam semua...

Sebelum Puteri buat review untuk hari ini, Puteri nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang memenangi Piala Suzuki AFF selepas menunggu selama 14 tahun..hehe..Tahniah2x..( ^__^)

Review untuk kali ini, Puteri rasa kebanyakkan wanita mempunyai 88 eyeshadow pallete.


Nak tahu pe yang Puteri suka dan tak suka tentang pembayang mata ni. Teruskan membaca ya.

Terus terang, pertama kali beli pembayang mata ni, Puteri sangat teruja dan seronok, yela dapat beli eyeshadow sekali dapat 88 warna, macam nak mewarna pulak. hehe...Ton warna dari warna neutral ke warna yang gelap. Puteri beli eyeshadow ni secara online tak ingat penjualnya siapa, sebab Puteri beli dah lama jugak.


Agak menyedihkan sedikit masa mula-mula terima, 1 dari 88 warna eyeshadow ni pecah..huhu(T__T).Mungkin bungkusan ni bertindih dengan bungkusan yang lain. Nasib baik 1 warna je yang pecah kalau semua pecah abis la. Tapi penjual tu bungkus dengan kertas surat khabar je, patut bungkus la dengan bubble tu jadi boleh elakkan dari eyeshadow ni rosak almaklum la posmen bukan hantar 1 bungkusan kita ni je, banyak lagi,.Tapi Puteri masih seronok sebab dapat pallete ni..heehee


Produk: Buat pengetahuan semua, pembayang mata ni tidak mempunyai brand cuma ada ingredients sahaja pada kotak dan sticker 88 pada pallete tu. Ada 1 cermin dan 2 aplikator, tapi Puteri tak guna pun aplikator tu. Setiap 1 warna hanya lah sebesar duit 5 sen, tapi memang berbaloi beli sebab walaupun kecil tapi susah jugak nak habiskan 1 pallete ni rasa cam tak boleh habis je..hehe :)


Kelebihan:
  • Terdapat 88 warna
  • Mempunyai warna yang shimmery dan matte
  • Sesuai untuk digunakan pada bila-bila masa
  • Anda akan menjadi lebih kreatif sebab terdapat banyak pilihan warna untuk dicuba
  • Sesuai untuk mereka yang ingin berjimat dan baru belajar mekap
  • Boleh menghasilkan pelbagai jenis solekan mata 
  • Mempunyai 1 cermin dan 2 aplikator
  • Harga berpatutan
  • Mudah dibaurkan @ blend
Kekurangan:
  • Aplikator yang diberi tidak berkualiti, dan tidak boleh diletakkan semula pada tempat letak aplikator tu
  • Bagi anda yang mempunyai kelopak mata yang berminyak mungkin eyeshadow ini tidak boleh tahan lama pada mata anda
  • Bila pakai eyeshadow ni, anda perlu sapukan semula warna pembayang mata ni 2-3 kali sebab ianya mudah hilang bila kita baurkan dengan warna yang lain
  • Puteri sarankan anda pakai eye primer supaya pembayang mata tahan lama
  • Ada sesetengah warna yang terlalu chalky atau berdebu
Harga: RM55

Maaf..gambar tidak jelas sangat..huhu
Gambar di atas contoh solekan yang Puteri hasilkan guna eyeshadow palette ni. Dalam gambar mungkin tak jelas sangat tapi realitinya memang cantik! hehe

Tahap: 3 bintang

Pada keseluruhannya, Puteri berpuas hati dengan eyeshadow ni walaupun terdapat beberapa kekurangan. Harga sangat-sangat berbaloi, dengan harga RM55 anda boleh dapat 88 warna, Jadi kepada sesiapa yang nak belajar mekap boleh la cuba beli pallete ni. Puteri rasa ramai orang jual pallete ni secara online.

Pada sesiapa yang ada pallete ni, boleh la kongsi pendapat anda dengan Puteri ye. :) Jumpa lagi.

~xoxo~

6 comments:

  1. hai puteri,
    sya pun ada beli make up pallete mcm ni.tp ada eyeshadow,shading,blusher dan klu tk silap ada eye liner skali.ok lah.harga pun murah.dlm 1 case smua kita bleh dpt.tk payah nk beli asing2.harga dia cuma RM78.puas hati.

    ReplyDelete
  2. Hye Hasniza...
    Puteri ada jugak tengok pallete macam tu..hehe..best jugak ada blusher semua senang kan nak guna..thanks sebab kongsi eh.. :)

    ReplyDelete
  3. mmg kecil je saiz setiap eyeshadow ni. Tapi warna pelbagai. Tgk makeup artis pakai mcm cantik juga. Dekat uptown saya tgk lagi cantik..ada 2 tingkat. Tapi takut nak beli

    ReplyDelete
  4. Hi Anonymous..memang berbaloi beli terutama pd makeup beginer :)

    ReplyDelete
  5. Palette ni mmg sensitif..lembut. saya punye warna hitam pecah. nasib yang lin ok. kebanyakkan diorang pakai alkohol tuk pulihkan eyeshadow yg pecah. tapi kat malaysia x tau mana jual.

    ReplyDelete
  6. Hi Anonymous..baru tau de cara utk fix eyeshadow yg pecah tu eh..tak tau lak..tp bgs la pallete ni tak pyh pening2 nk cari warna..haha

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri