Review: Avon Smooth Minerals Mascara (My Ultimate Favourite Mascara!)

Hai Ladies..

Berjumpa lagi untuk edisi kali ini. Review seterusnya adalah tentang maskara. Puteri nak cerita tentang maskara kegemaran Puteri. Tiap hari akan pakai.


Dalam banyak-banyak maskara yang Puteri ada, yang ini menjadi Pujaan Hati ku..waah..gitu..Nak tahu kenapa..Jom baca!


Disebabkan Puteri ni jenis bermekap kalau pergi bekerja, jadi maskara wajib Puteri pakai. Antara ciri-ciri maskara ni yang Puteri suka dan yang utama adalah sangat mudah ditanggalkan! Serius tak perlu pakai make up remover pun. Yela nak solat, takkan nak pakai maskara kalis air pulak, lain la kalau period..hehe.. Maskara kalis air ni, terang-terang kalis air, tentu ambil masa nak tanggalkan dan ikut pengalaman Puteri, even tanggal pun nanti mata anda akan jadi mata panda (0_O) . Nanti terkejut teamate anda tetiba balik solat, mata jadi cam panda dah.hehe


Jadi untuk mengelakkan sindrom mata Panda, Puteri highly recommended this mascara! Maskara ini didatangkan dengan 2 warna iaitu Brown Black dan Black. Kebiasaan Puteri pilih Black, sebab lagi sesuai dengan Puteri.


Berusnya yang seperti Jarum pasir ni bukan sahaja memudahkan pemakaian maskara ini, tapi bulu mata akan menjadi lebih lentik dan tebal. Bukan itu sahaja formulanya dari bahan mineral dapat melindungi bulu mata anda dari sebarang bahan kimia.

Kelebihan:
  • Mudah digunakan , hanya beberapa coat anda akan dapat bulu mata yang melentik dan tebal
  • Mudah ditanggalkan, dengan air je dah bersih

    Remove guna air je..
  • Harga berpatutan
  • Tahan lama
  • Berus yang berbentuk jarum pasir memudahkan pemakaian maskara pada setiap helai bulu mata atas dan bawah
  • Formula dari bahan mineral


Sebelum



Selepas
Kekurangan:
  • Hanya terdapat di Avon sahaja
  • Formulanya agak wet, jadi anda kene berhati-hati semasa memakai maskara ini


Harga: RM25.90, baru-baru ni Puteri beli harga RM17.90, tolak 10% jadi harga RM16.10 je.. :)

Keseluruhan: Sangat-sangat suka maskara ni! Sudah tentu Puteri akan beli lagi.

Apa maskara kegemaran anda pulak?

~XOXO~

6 comments:

  1. huwa, puteri xde eye bag ea, pakai ape ya? teringin nak tahu..

    ReplyDelete
  2. yela..cantik mata puteri..

    ReplyDelete
  3. Hi Mia..tiap2 malam akan pkai cream mata safi rania, tapi yang penting kene cover eyebag dengan concealer, kalau tak pakai memang akan nmpk..huhu

    ReplyDelete
  4. Hi Anonymous..thanks for the compliement..hehe (^__^)

    ReplyDelete
  5. cuba try pakai produk Victoria's Secret pulak..

    boleh dapat free kalau join Contest mudah Perfumes Farm. Cuma perlu buat satu entry bergambar sahaja..

    ReplyDelete
  6. Hi Perfumes Farm..produk Victora's Secret tak pernah cuba lagi..InsyaAllah t puteri join..hehe

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri