Tutorial: Maybelline Hyper Diamonds GN-1

Hi dan Salam semua..

Selamat bercuti dan selamat bekerja pada yang bekerja pada hari ini terutama pada my twins sister.Sian kene kerja hari ini.Ok lah, rasa lama betul tak buat makeup tutorial.Puteri tak la pandai mekap pun tapi tak salah kan kongsi dengan anda semua. Hari tu, ada org request suruh Puteri buat mekap untuk prom..maaf tak ingat sape yang mintak.

Prom tu pe ye?haha..Pada Puteri macam pergi dinner  jugak la kan, dinner company ke, atau nak sambut Ulang Tahun Perkahwinan ke contohnye la.Selalu dinner bukan selalu kan, setahun mungkin sekali atau 2..Dan yang pasti semua mesti nak nampak cantikkan malam tu. Untuk makan malam, pilih lah eyeshadow yang shimmery .Cewaah macam teori sains je. Sebabnya malam kan banyak lampu-lampu, jadi bila shimmery eyeshadow ni reflect dengan cahaya lampu.Hasilnya VOILA..memang cantik!


Inilah hasilnya..Nak tahu eyeshadow yang Puteri guna dan produk yang Puteri gunakan,teruskan membaca ye!


Sebelum Puteri mulakan tutorial ni, nak mintak maaf dulu kualiti sesetengah gambar mungkin kurang jelas sedikit..I'M SORRY..

Produk yang Puteri gunakan adalah seperti dibawah.


Etude House BB Magic Cream
Maybelline Hyper Diamonds in GN-1
Maybelline Clear Smooth BB Silk Shine Free 2 Way Cake Powder in Honey
Etude House Marble Marble #3 Rose Marble Peach
Stage Prime Time Eye Perfecting Base in Almond
Rimmel Professional Eye Brow in Hazel
Maybelline 2-In-1 Impact Shadow Liner in Black
Loreal Super Liner in Noir/Black
Etude House Suprise Essence Concealer
Avon Smooth Minerals Mascara in Black

Produk yang utama adalah Maybelline Hyper Diamonds GN-1
 
Cara-cara:

1)Macam biasa pakai concealer,powder. Jangan lupa pakai eye primer..Penting ye, supaya eyeshadow tu tak la mencomotkan mata anda dan juga solekan mata anda jadi lebih tahan lama.


Lagi 1 perkara yang penting adalah kemaskan kening anda, Puteri tak pernah cukur kening atau cabutkan bulu kening tapi jangan risau kemaskan sahaja dengan berus kening dan gunakan brow pencil yang warnanya lebih light dari kening anda untuk bentukkan kening anda.

2) Sapukan warna paling light sekali pada tulang kening anda.


3) Sapukan warna ke2 pada bahagian tengah kelopak mata kemudian blend ye.


4) Warna ke3 yang agak gelap sedikit pada hujung mata.Jangan lupa baurkan ketiga-tiga warna sehingga sekata



5) Untuk bawah mata pulak,bahagian depan anak mata,sapu warna yang light dulu diikuti dengan warna gelap pada tengah hingga hujung anak mata.


6) Untuk menyerlahkan mata anda sapukan warna yang berwarna keemasan pada bahagian tengah kelopak mata macam kat bawah ni



7) Bahagian paling Puteri suka adalah eyeliner, sangat penting ye untuk bentukkan anak mata kita.Nampak lebih terbentuk dan cantik.Pilih warna hitam. :)


8) Akhiri dengan maskara, kalau sape yang suka pakai faux lashes boleh pakai ye.Tak nak pun takpe :)


Final Look!!


Jangan lupa sapukan pemerah pipi dan juga gincu kegemaran anda! Makin chubby kan,Puteri tau, sebab makin kuat makan sekarang.Tsk3..Tak susah pun kan nak dapatkan hasilnya, harap anda dapat cuba nanti. Boleh kongsi pendapat atau komen anda dibawah ni..Puteri sangat-sangat hepi baca komen anda :)

8 comments:

  1. Slm..yg faux lashes tu puteri gune ape?hehe..lagi satu puteti selalu curl lashes x?

    ReplyDelete
  2. Salam...Faux lashes yang Puteri guna tu tak tau la brand pe,beli kt internet. curl lashes tu memang wajib sebelum pakai mascara!hehe

    ReplyDelete
  3. curl lashes 2 pe putri..mcm pelentik bulu mata je...nak tau gak..sbb blu mata faz sgt2 stright...

    ReplyDelete
  4. Hi Faz..Curl lashes tu pelentik bulu mata.alat utk melentikkan bulu mata.memang sangat berkesan utk lentikkn lagi bulu mata.cuba la beli ye! :)

    ReplyDelete
  5. yg mcm gunting 2 ke??

    ReplyDelete
  6. Eyelash curler tu macam pengepit..boleh try google tgk gambar die..hehe :)

    ReplyDelete
  7. saya pun suka makeup jugakkkkkk :p hehee

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri