D.I.Y: Aspirin Mask

Salam dan Hi semua...

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua, Tahun ni tahun Rabbit kan, Puteri lahir tahun Arnab..hehe..Ada ke lahir tahun Arnab? Okay lah hari ini Puteri nak tunjuk cara buat masker yang Puteri pelajari di internet..Mesti de yang tahu tentang Aspirin Mask,tapi takpe Puteri nak kongsi pengalaman Puteri dengan anda semua tentang Aspirin Mask ni..

Antara sebab utama Puteri amalkan masker ni sebabnye ia mudah diamalkan, bahan mudah untuk dicari dan yang paling utama ianya berkesan untuk kulit anda.


Bahan-bahan
Nak tahu lebih lanjut..Jom baca! :)

Bahan-bahan untuk masker Aspirin:
  1. Madu lebah
  2. 3 biji tablet Aspirin
  3. Sedikit air
Madu lebah terpulang la anda nak pilih jenama apa ye, tak kisah pun, kalau aspirin Puteri selalu guna jenama Dispirin, anda boleh cari di Guardian kalau tak tahu anda boleh tanya pada pekerja kat situ, dorang mesti tau..

Peringatan: Kalau sesiapa yang alah pada ubat-ubatan, Puteri tak galakkan anda amalkan masker ni takut muka anda jadi macam kene sengat tebuan pulak..nanti Puteri pulak kene bertanggungjawab..huhu..Kalau nak tahu anda alah ke tak boleh cuba pada bawah dagu tengok de kesan pape tak kalau tak de boleh la pakai masker ni.


Macam gambar di atas.1 paket ni harga RM1.75 je. Kalau nak beli satu kotak pun boleh, tapi selalu Puteri beli 2-3 paket je.

Cara-cara:

1) Ambil 3 biji dispirin


2) Larutkan dengan sedikit air


3) Campurkan dengan sedikit madu dan gaulkan hingga sebati


4) Siap!!




Selepas itu boleh sapukan pada keseluruhan muka anda dan biarkan selama 15-20 minit. Kemudian basahkan tapak tangan dan gosok muka anda macam pakai scrub  dan bilas dengan air hingga bersih. Anda boleh akhiri dengan memakai penyegar dan pelembab sebelum tidur.

Puteri selalu amalkan masker aspirin ni 2 kali seminggu terutama pada hujung minggu dan bila terasa kulit macam kasar dan tak bermaya. Lepas pakai masker ni kulit terasa lembut,anjal dan segar.

Anda semua boleh la cuba ye..Tak susah pun sangat mudah. Kalau dah cuba, boleh la kongsi pengalaman anda dengan Puteri lak ye..Bye semua

~xoxo~  

10 comments:

  1. Hi Puteri..nice blog..suka bace entri puteri sbb best.anyway,dah lama singgah blog ni tp hari ni tetibe rasa mcm nak bagi komen..hehe..anyway,saya pernah jugak tgk review utk masker ni kat tmpt lain cuma nak tny something,lps guna masker ni berkali-kali,pernah x ada break outs ke apa?sbb actually nak try jugak cume takut je..thnx~

    ReplyDelete
  2. Hi Mia..thanks sbb suka baca blog Puteri ye..selama Puteri amalkan masker ni takde lagi breakout atau pape yng tak elok jadi pada kulit.kalau mia takut nak guna boleh test kat bwh dagu ke..tengok de alergik ke tak.hope tak la :)

    ReplyDelete
  3. salam puteri. nak tanya
    apa function guna aspirin tu yer?

    ReplyDelete
  4. salam Princess MOMOY..kalau nak tahu aspirin ni bagus utk kulit boleh buangkan sel-sel kulit mati dan bantu melicinkan kulit..cuba la :)

    ReplyDelete
  5. thanks puteri,hari tu mia dah cuba wat tapi x jadi..haha..mia tercampur banyak air mineral pulak..xpelah..nanti mia try buat lagi..rasenye mcm okay je...

    ReplyDelete
  6. Hi Mia..air tu letak sikit je..bagi die larut..pastu baru letak madu :)

    ReplyDelete
  7. Hai mia...jenama aspirin mask xda lain ka selain disprin? kat sni mcm xda plak jual...huhuhu..teringin juga nak pkai...

    ReplyDelete
  8. Azie: memang best sangat2 sampai sekarang Puteri amalkan :)

    ReplyDelete
  9. as'salam, madu tu ade jual kt mne..??

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri