Review: Etude House Peach Water Gloss

Hye semua...

Haa..lamenye tak tulis blog.Puteri bukan malas nak tulis entri tapi buat masa sekarang Puteri ketiadaan kamera jadi macam susah sikit nak buat entri baru. Gambar yang ada sekarang ni pun gambar yang lama sebelum takde kamera..huhu..sedey..sob..sob (T___T). Tapi takpe ada kamera nanti,Puteri akan update blog Puteri selalu ye.hehe

Jadi oleh sebab itu review kali ini pun tentang produk ETUDE HOUSE..hehe..Bukan pilih kasih tapi gambar produk Etude House je Puteri sempat ambil sebelum kamera tu takde. Ok la..Produk kali ini adalah Etude House Peach Water Gloss



Produk: Didatangkan dengan 5 warna pastel yang sangat cantik iaitu #1 Watermelon Water, #2 Strawberry Milk, #3 Plum Water, #4 Apricot Water, dan #5 Peach Milk.

Hah cuba teka Puteri beli warna pe..Hehe..


Stawberry Milk..Yummy..hehe..Puteri suka pakai lipgloss ni lepas pakai lipstick, warna bibir akan lebih menyerlah sebab ada shimmery pada gloss ni dan yang paling menarik bau nya sangat menyelerakan..haha..bau peach!!.

Kelebihan:
  • Terdapat 5 warna pastel yang comel
  • Tekstur yang creamy dan shimmery
  • Bau Peach! :)
  • Aplicator yang berbentuk seperti hati ini memudahkan pemakaian lipgloss ini pada bibir anda
  • Packaging yang cute
  • Ada instruction dalam bahasa inggeris..Yay..
  • Dihasilkan di Korea
  • Harga berpatutan
Kekurangan:
  • Bibir akan rasa sticky bila pakai lipgloss ni, jadi Puteri pakai sikit je lipgloss ni
  • Sesiapa bibir kering, Puteri nasihatkan anda pakai lipbalm dulu sebelum pakai lipgloss ni supaya bibir tak rasa kering nanti.
  • Tidak sesuai untuk pakai lipgloss ni sahaja tanpa gincu, ikut pengalaman Puteri bibir Puteri tak sesuai pakai lipgloss ni kalau tak pakai gincu nampak tak sihat je muka nanti hehe
  • Sape kulit cerah sesuai la pakai lipgloss ni sahaja tanpa gincu
Harga: Urm..maaf Puteri dah lame beli lipgloss ni, tak ingat berapa harga tapi dalam RM22 kalau tak salah . Nanti Puteri dah confirm harga Puteri bagitau balik ye



Tahap: 3.5 Bintang untuk lipgloss ini..hehe

Kalau de sesiapa yang suka pakai lipgloss boleh la cuba lipgloss dari Etude House ni.

Jumpa lagi :)

~xoxo~


2 comments:

  1. love the colour!
    wa salu singgah etude tp hanya beli bb cream je.
    teringin nak try their lipgloss after read your review :)

    ReplyDelete
  2. hi dear..bagus tak bb cream tu?puteri tak pernah cuba lagi bb cream etude house..:)

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri