Tutorial: Royal Blue Smokey Eye Looks

Hye semua...

Bertemu lagi untuk kali ini, entri kali ini agak istimewa sebab Puteri akan tunjukkan tutorial mekap. Bukan la istimewa pun cuma berbeza untuk entri yang selalu Puteri buat. Lama tak buat tutorial untuk mekap.Bukan tak nak buat tutorial banyak-banyak cuma ambil masa sedikit kalau nak buat tutorial ni.hehe

Tutorial mekap kali ini sangat sesuai untuk acara malam atau pun anda nak pergi dinner ke atau kemana sahaja pada waktu malam.


Nak tahu selanjutnya...Sila baca lagi ye :)

Kalau anda baca entri Puteri yang lepas, Puteri ada review tentang eyeshadow dari Etude House iaitu Cute & Sexy Eyes pallete, kalau anda belum baca anda boleh klik di sini.

Sebelum Puteri terangkan langkah-langkah untuk dapatkan gaya smokey eye ni, Puteri nak tunjukkan produk yang Puteri gunakan. Tak banyak pun sikit je.hehe


Kalau anda takda Cute & Sexy Eyeshadow pallete (#6 Smokey) dari Etude House ni pun takpe, anda boleh guna eyeshadow yang anda ada seakan warna dibawah. :)


1) Mula-mula macam biasa bersihkan muka anda, pakai penyegar, pelembab, eye cream, foundation, concealer dan powder pada keseluruhan muka. Puteri hanya tumpukan pada bahagian mata je ye.

Jangan lupa, lukiskan kening anda dengan eyebrow pencil.Puteri gunakan Rimmel Professional Eyebrow Pencil in Hazel.


2) Gunakan Silkygirl Funky Eyelights Pencil in Sky Blue lukiskan pada kelopak mata anda seperti gambar dibawah, dan ratakan gunakan jari ye. (Anda boleh skip step ni kalau anda tak mahu, tujuan Puteri gunakan Eyelights Pencil ni adalah untuk menyerlahkan lagi warna pembayang mata biru yang kita akan sapu nanti.



3) Sapukan warna highlights iaitu warna putih pada tulang kening dan juga di hadapan anak mata sedikit


4) Seterusnya sapukan warna kelabu pada hadapan kelopak mata sampai tengah je okay...


5) Kemudian, sapukan warna utama iaitu biru dari bahagian tengah anak mata sehingga hujung kelopak mata


6) Baurkan atau blend warna menggunakan blending brush


Maaf..gambar kabur sedikit
7) Kemudian sapukan warna plum pada garisan bawah mata dari tengah hingga ke hujung anak mata dan campurkan sedikit dengan warna biru pada kelopak mata.


8) Masa untuk eyeliner!! gariskan eyeliner warna hitam pada garisan bawah dan atas mata. Selalunya untuk garisan atas Puteri suka guna liquid Eyeliner dari In2It dan bawah mata guna pencil liner. :)



9)Akhiri solekan mata dengan maskara kegemaran anda


Kemudian anda boleh la pakai blusher dan lipstick yang anda suka ye. Dah siap!


Harap tutorial kali ini dapat membantu anda dapatkan gaya solekan smokey eye..Hehe..Selamat mencuba, jika nak tanya pape soalan boleh la add Puteri kat Facebook atau tinggalkan komen kat bawah ni, nak suruh buat tutorial pape ke, boleh jugak..Jumpa lagi..Selamat berhujung minggu!

~xoxo~

2 comments:

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri