Hye Semua...
Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua pembaca Muslim. Semoga tahun baru ini dapat memberi kita lebih banyak kejayaan dan menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya..
Entri kali ini adalah berkenaan tentang review produk Etude House. Lama rasanya tak buat entri tentang eyeshadow.
Setiap quad eyeshadow ini didatangkan dengan 4 warna yang shimmery. Puteri beli 2 pembayang mata ni iaitu (#5 Coffee Khaki) dan (#6 Smokey). Sebab utama Puteri beli quad ni adalah sebab packagingnya sangat-sangat cute dan pilihan warna yang cantik! Tapi bila balik Puteri cuba, agak mengecewakan sedikit because it very sheer and chalky..Pada sesiapa yang baru nak belajar guna warna shimmery, quad ini mungkin agak sukar untuk anda.
Coffee Khaki sangat sesuai untuk waktu siang, nak pergi kerja atau pada yang suka warna-warna natural. Puteri selalu gunakan warna ini pada siang hari, sangat cantik!
Smokey quad Puteri rasa sesuai untuk digunakan pada waktu malam terutama kalau anda menghadiri acara malam, kerana kombinasi warna biru dan plum sangat cantik untuk hasilkan gaya solekan smokey eye. Selain itu shimmery pada setiap warna membantu menyerlahkan mata anda bila warna ini refleks dengan cahaya.hehe (^^,)
Gaya solekan menggunakan Smokey Quad |
- Packaging yang sangat comel!! Suka sangat (^^,)
- Kombinasi warna yang menarik
- Aplikator yang terdapat pada quad berkualiti
- Tahan lama
- Terlampau shimmery dan mencomotkan mata kalau tak berhati-hati
- Mengambil masa yang lama sebab kena bersihkan glittery pada sekitar mata
- Semua instruction ditulis dalam bahasa Korea, tak paham..huhu :,(
Tahap: 3 Bintang (Mungkin takkan beli lagi..huhu..)
Tips:
- Bagi anda yang mempunyai eyeshadow yang terlalu shimmery, Puteri cadangkan anda basahkan sikit berus anda atau gunakan jari (tapi pastikan jari anda bersih) supaya eyeshadow tu takkan comotkan mata
- Gunakan selotip untuk kutip shimmery yang jatuh pada sekitar mata. :)
Produk kali ini tidak dapat menawan hati Puteri sebab tekstur eyeshadow ini sangat shimmery dan senang sangat nak comotkan mata walaupun packagingnya sangat cute.huhu..Puteri jarang guna pembayang mata ni, kalau banyak masa baru Puteri pakai..hehe
Walaupun ambil masa sedikit, tapi hasilnya pun cantik bagi Puteri. Kene banyakkan latihan untuk gunakan quad ni..Lama-lama mesti okay punya..hehe. Nanti kalau ada kesempatan Puteri akan tunjukkan cara-cara untuk dapatkan gaya smokey eye menggunakan Smokey quad eyeshadow. Nantikan ya! :)
~xoxo~
No comments:
Post a Comment