Review: Etude House Dual Eyeliner

Memakai eyeliner merupakan kewajipan kepada semua wanita, walaupun tanpa memakai sebarang pembayang mata, eyeliner mampu menyerlahkan mata seseorang. Puteri pun suka pakai eyeliner ni, wajib pakai sebelum keluar rumah, jadi Puteri ada beberapa jenis eyeliner dan semua eyeliner yang Puteri ada warna hitam je semua tak suka warna lain. hehe.

Jadi untuk kali ini eyeliner yang Puteri akan review adalah dari Etude House iaitu Dual Change Eyeliner.


Nak tahu rupa eyeliner ni, baca lagi ye... (^^,)

Sebenarnya eyeliner dari Etude House ni merupakan eyeliner pertama Puteri beli yang jenis macam pen, selalu Puteri guna liquid liner dari In2It yang Puteri pernah ceritakan sebelum ni, kalau tak baca lagi anda boleh klik di sini.


Dari luaran macam ni la rupa eyeliner tu, sebijik macam pen, pegang pun rasa macam pegang pen.hehe.. Memang tak dinafikan semua barangan Etude House ni, packaging dan product dorang sangat-sangat cute! Warna tiub eyeliner ni warna maroon dan tulisan warna PINK..Kawaiiii... :)


Produk: Berus eyeliner ni sangat tirus dan halus, jadi mudah la nak buat garisan yang nipis, kalau nak tebal pun boleh, ikut kemahuan anda. Dalam gambar ni mungkin la tak nampak tapi kalau anda tengok eyeliner ni kat store Etude House, sebenarnya pada berus tu ada shimmery. Tapi kalau garis tak nampak pun shimmery tu.



Kelebihan:
  • Berus yang tirus ni memudahkan anda untuk dapatkan garisan yang halus. (You can create a thin and precise line)
  • Waterproof atau kalis air
  • Packaging yang comel
  • Tidak akan mencomotkan mata
  • Sesuai untuk yang baru nak belajar pakai eyeliner, sebab mudah nak control eyeliner ni.

Kekurangan:
  • Kekurangan utama eyeliner ini adalah warnanya sangat perlahan.Kene garis banyak kali baru la jelas garisan tu (T___T)

  • Tulisan pada packaging dan tiub ni bahasa Korea..Tak paham! Kalau ada sesiapa yang belajar bahasa Korea ke boleh la paham maksudnya. (Puteri pandai sikit-sikit je bahasa Korea, tapi kalau tulisan tak paham langsung)
  • Sangat susah nak tanggalkan eyeliner ni sebab ianya sangat waterproof. Perlukan masa sikit nak hilangkan eyeliner ni.

Harga: RM39.90

Tahap: 3 Bintang.Mungkin Puteri pikir 2,3, 4, 5 kali kalau nak beli balik eyeliner ni..huhu

 Keseluruhannya, Puteri berpendapat eyeliner ni sesuai la untuk sesiapa yang nak g swimming, pantai, air terjun. Anda masih boleh kelihatan cantik dengan hanya memakai eyeliner dari Etude House ni semasa bersantai di sana.

Mata merah..huhu
Sebab ikut pengalaman Puteri, eyeliner ni takkan comotkan mata anda walaupun kene air, ia cuma akan pudar je sedikit bila kene air. Tu la bagusnya eyeliner ni.

Jadi ikut kemahuan masing-masing la ye, mungkin citarasa anda berbeza dengan Puteri. Puteri suka eyeliner yang warna hitam dan jelas pada mata macam IN2IT. :) 

Kalau anda ada beli eyeliner jenis macam pen ni boleh la kongsi pendapat anda dengan Puteri ye. Nak tahu jugak! hehe

Jumpa lagi semua..

~xoxo~

4 comments:

  1. cantik .. tengok Puteri pakai eyeliner pun dah tergoda nak beli satu .. =)

    p/s: Terima kasih kerana follow blog anastasyea dan tinggalkan link blog anda dekat entry Saya Nak Follow Blog Anda .. Sila Tinggalkan URL Blog Di sini!. Sebagai membalas budi dan menghargai salam perkenalan dari anda .. saya ikhlas nak follow blog ini juga. Selamat berkenalan dan happy blogging =)

    ReplyDelete
  2. Hye anatasyea..thanks sebab sudi follow..hehe..beli jangan tak beli..hehe

    ReplyDelete
  3. As'salam..

    shantik la..

    p/s: 1st time sampai di sini, amy follow blog nie & salam perkenalan ye..

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam Amy

    Thanks sebab follow ye..datang la jalan2 kat sini lagi ye..hehe.. :)

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri