Hadiah dari Lipice !

Selamat Hari Isnin...


Harini entri adalah berkaitan dengan Lipice. Puteri nak kongsi dengan anda semua tentang hadiah yang Puteri menang dari Lipice Contest. Puteri rasa anda mesti pernah dengar tentang " Magic Happens with Lipice Contest". Contest ni bermula 9 August hingga 30 September 2010. Dah berakhir pun.. Contestnya senang je, hanya main game. Contoh macam kat bawah ni. Kalau tak salah character yang comel ni nama Amber.hehe



Pelbagai hadiah menarik disediakan macam iphone, notebook, ipod, wii dan Hamper Lipice RM100. Tapi Puteri tak la menang hadiah utama dapat Hamper Lipice je..Ok la..hehe



Jom baca lagi! :)


Puteri main game ni dekat sebulan jugak, siang malam main, Alhamdullilah menang jugak, tak sia-sia main walaupun dapat hamper je.hehe. Tak lama lepas Lipice umumkan pemenang, dorang suh amik hadiah tapi kat KL, Puteri kat Penang, ingat macam tak de harapan nak dapat kebetulan kembar Puteri pun menang contest ni, jadi dia hantar email kat lipice, nasib baik dorang nak hantar hamper ni kat kitaorang.

Special Thanks to Miss Ruby sebab tolong postkan hadiah ni..Yeaaa... :)


Jadi Puteri dapat lebih kurang 9 items barangan Lipice. Lepas ni boleh la Puteri review tentang produk Lipice.


Untuk stok 1 tahun.hehe. Dari 9 item tu ada 4 jenis barangan Lipice..Antaranya...

Lipice Lipbalm
Puteri suka pakai lipbalm ni , sebab tiap malam Puteri wajib pakai lipbalm sebelum tidur, selalu pakai vaseline je sekarang Puteri gunakan lipbalm dari Lipice ni. Rasa dingin je bibir.. :)

Seterusnya...

Lipice Color Lipbalm
Ada 2 jenis, iaitu Sweet Rose dan Fresh Plum. Yang ni Puteri tak cuba lagi..

Lipice Color Gloss
Puteri dah cuba Color Gloss ni, sangat cantik! Candy Apple ada Silver sparkels manakala Sweet Bean ada Golden sparkles. Bau pun sangat sweet!

Dan yang terakhir...

Lipice Sheer Color
Lipice Sheer Color ni warna putih, tapi bila anda sapukan pada bibir tak lama lepas tu anda akan dapat warna merah semula jadi. Tak over sangat la sesuai untuk remaja.

Itu sahaja, nanti Puteri akan buat review satu persatu tentang produk Lipice ni. Kepada yang nak tahu maklumat lanjut, anda boleh pergi ke Facebook Lipice atau pun ke Website Lipice.

Terima kasih pada Lipice sebab anjurkan contest tu..Jumpa lagi!

~xoxo~

6 comments:

  1. wow wow! lucky you! =D masuk x contest silkygirl? hee..

    ReplyDelete
  2. Thanks Aisyah, Silkygirl contest Puteri masuk jugak..Alhamdullilah menang jugak..hehe..tengah tunggu hadiah je. :)

    ReplyDelete
  3. akak lanting kat zaza satu..ahak...akak lama kak xbuat tutorial mekap2 nehh.....nak request tutorial bleh

    ReplyDelete
  4. hehe..t ase nak buat giveaway la..tunggu ye..hehe..urm nak tutorial pasal pe ye?hehe..gtau la

    ReplyDelete
  5. hehe..biase je...baru 6 kali je menang :) Alhamdullilah

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri