Review: Botani Skincare From Nature In A Box

Hye...

Bertemu kembali untuk entri yang seterusnya.. Kali ini Puteri akan bercerita tentang skincare atau penjagaan wajah, selalu asyik cerita pasal mekap je kan, hari ini kita ubah angin sikit. Puteri tak la pandai sangat tentang penjagaan wajah ni cuma nak berkongsi dengan anda semua.

Source: facebook.com/natureinabox
Anda pernah dengan ke tentang skincare nama Botani ? Tak pernah, Puteri pun tak pernah dengar sebelum ni..hehe..Baca seterusnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Serious Puteri tak pernah dengar tentang Botani. Sebab Puteri suka mekap dari skincare, sampai la baru-baru ni Puteri menang Mini Botani Giveaway From Nature In A Box dari blog Vonvon's Interest. Jadi Puteri nak buat review tentang sample dari produk Botani ni. 

Kalau nak tahu sejarah kulit muka Puteri agak tragis jugak la, bermula dengan hanya sebotol toner terus merubah kulit muka Puteri 100%, sangat-sangat menakutkan. Selepas setahun lebih baru okay sikit, sekarang cuma tinggal parut-parut jerawat. Nanti Puteri akan buat entri lain untuk cerita pasal tu ye. Jadi sejak dari tu, Puteri macam dah skeptikal pasal produk skincare dan takut nak tukar-tukar produk.  


Puteri terima 3 sample produk dari Botani iaitu Purify Facial Cleanser, Boost Balancing Moisturiser dan Olive Hand Cream. Buat pengetahuan produk Botani ini berasal dari Australia. Produk mereka seratus peratus berasaskan tumbuh-tumbuhan dan organik takde bahan kimia ye. Syarikat yang mengedarkan produk Botani di Malaysia adalah Nature In A Box.

Dari maklumat yang Puteri dapat, Produk Botani ni:
  • Tiada petrokimia
  • Tiada pewangi dan pewarna
  • Tiada minyak mineral
  • Tiada kandungan haiwan
  • Tiada paraben
  • Tiada Propylene Glycol
  • Tiada Sulfat
  • Tiada sebatian Ammonia
  • Tiada ujian ke atas haiwan
Waa..baguskan. Kawan Puteri (dia ni budak Biologi) pernah cakap kalau boleh kurangkan produk yang mempunyai banyak kandungan paraben, jadi anda pun rajin-rajin la tengok kat ingredients produk yang anda guna tu kalau banyak sangat perkataan paraben tu elok la kurangkan pakai ye..

Bila dapat sample ni perkara yang pertama Puteri buat adalah periksa kandungan produk ni, memang takde perkataan paraben dan pe yang Puteri suka dia ada translate perkataan saintifik tu kepada perkataan yang kita lebih faham, yela kalau orang bukan sains ni mesti la tak tau sangat perkataan saintifik ni nak sebut pun berbelit-belit..haha

Dah check semua baru la Puteri rasa yakin nak cuba. Pada mulanya Puteri sangka macam mustahil la nak tahu kebaikan produk ni yela sample ada 2 je macam mana nak tahu kesannya. Tapi Puteri sangat-sangat silap, hanya sehari dua Puteri guna produk ni terus boleh rasa perbezaan kulit Puteri sebelum dan selepas guna produk ni hanya sehari dua sahaja. :) Thumbs up!

Purify Facial Cleanser


Bau cleanser ni macam minyak angin pun ada.Sebenarnya bau tu adalah bau tumbuh-tumbuhan ye, pencuci muka ni adalah jenis liquid atau cecair. Dan bila pakai rasa berminyak sikit, jadi bila basuh muka rasa tak puas sebab rasa macam berminyak kulit walaupun bilas dengan air yang banyak. Kemudian, Puteri tekap dengan tuala muka.Rasa sangat bersih muka dan lembut  je.

Kalau boleh jangan la guna tuala lap badan tu lap jugak muka anda tak bersih la, cari tuala lain untuk muka dan elakkan lap muka hanya tekap perlahan-lahan tuala tu pada muka anda sampai kering.

Perbezaan ketara yang Puteri rasa antara facial foam dengan cleanser dari Botani ni adalah, facial foam buat kulit wajah rasa kering lepas basuh jadi minyak semulajadi pada wajah hilang sama, tapi jenis cleanser Botani ni hanya membersihkan wajah tanpa menghilangkan minyak semulajadi pada wajah. (^__^)

Boost Balancing Moisturiser


Lepas cuci muka Puteri terus guna moisturiser ni, warna nya kekuningan dan bau lebih kurang macam cleanser tu cuma agak kuat, bau tumbuh-tumbuhan bukan bau bahan kimia ye. Pakai pelembap ni sikit je, jangan pakai banyak sampai berminyak pulak muka anda. Rasa muka lembut dan anjal..

Olive Hand Cream


Bagi Puteri losyen tangan Botani takde beza dengan losyen yang lain, fungsi nya pun sama untuk melembutkan tangan dan memperbaiki keadaan kulit. Pe yang Puteri suka tentang losyen ni adalah bau dia macam bau Ros..hmmm..wangi..wangi.. :)

Secara keseluruhannya, Puteri sangat-sangat sukakan produk ini. Selepas guna lebih kurang 5 hari Puteri boleh rasa perbezaan pada kulit wajah Puteri lebih anjal, sekata dan lembut. Parut jerawat pun makin pudar. Sangat seronok.. (^^,). Itu review Puteri untuk jangka masa 5 hari ni la untuk long term Puteri tak tahu la, mungkin kulit jadi lebih baik atau pun tidak, tapi Puteri yakin produk ni memang bagus.

Kalau anda nak khasiat terus dari tumbuh-tumbuhan anda boleh la dapatkan produk Botani ni ye.

Tapi sebelum tu suka Puteri ingatkan di sini review yang Puteri buat ni adalah berdasarkan pengalaman Puteri dan Puteri tidak dibayar untuk buat review ni, mungkin kulit anda berbeza dengan Puteri jadi mungkin kesan pada kulit anda dan Puteri berbeza. Bukan pe takut-takut la bila lepas ni ada orang beli produk ni lepas baca review Puteri ni,then tak dapat hasil macam yang Puteri nyatakan di sini tak pasal-pasal pulak Puteri yang kene.haha..

Elok la jumpa dengan dermatalogi dulu atau pun untuk maklumat lanjut nak tahu macam mana nak dapatkan produk ni atau tentang produk yang lain anda boleh lawati laman web mereka di http://www.natureinabox.com.my/ atau pun di Facebook Nature In A Box.

Terima kasih pada Vonvon's Interest dan Nature In A Box kerana bagi peluang pada Puteri untuk cuba produk ini.

Jumpa lagi!

~xoxo~

9 comments:

  1. Great reviews, Puteri! Very concise and to the point. Hope you will reap its benefits in the long term.

    Sorry la, Vonvon dah tak pandai write comment in BM yea...;)

    ReplyDelete
  2. Hye Vonvon..thanks for stopping by and read my review..hehe..this product really worked on my skin..hehe...hope i will purchase it later.. thanks for the giveaway..

    its okay, you still can my read my review in BM, Thats great!! :)

    ReplyDelete
  3. mmg seronok kalau dapat jumpa skincare yang sesuai dengan muka kita kan. great review puteri.

    ReplyDelete
  4. betul tu akak..hehe..mungkin produk ni di perbuat dari organik dan tumbuh-tumbuhan jadi ia tak bagi kesan buruk pada kulit. hehe :)

    ReplyDelete
  5. tu gambar losyen ek..ingatkan hingus..hehe

    ReplyDelete
  6. haha..leh hingus..haha...bukan2... :)

    ReplyDelete
  7. besh nye dapat pencuci muka yang sesuai kn...

    ReplyDelete
  8. hi anonymous..srono..hehe..tp sekarang puteri gune hadalabo..memang best

    ReplyDelete
  9. sy dah tgok website nature in a box...product dia cam bagus2 tp mahal..hehehe...tp lau yg pure botani, memang yakin nak guna..

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri