Review: Hot Stuff From Maybelline : HyperSharp Lliner

Hai dan Salam semua..

Disebabkan dah lama tak buat review tentang produk kan, jadi kali ini Puteri nak buat review tentang "hot stuff" dari Maybelline. Sebab ape Puteri cakap "hot stuff" sebabnye produk ni antara produk terbaru yang dikeluarkan oleh Maybelline dan Puteri sangat-sangat suka produk ni. Kalau nak tahu Puteri baru guna dalam seminggu tapi baru pakai sekali Puteri terus jatuh cinta dengan new eyeliner dari Maybelline ni.



Nak tahu kenapa..Jom baca lagi


Terus terang cakap, masa mula-mula tengok eyeliner dari Maybelline ni Puteri takde la teruja sangat nak beli, sebab Puteri pikir eyeliner ni mesti sama je macam eyeliner yang lain, susah nak ditanggalkan dan warna yang "kureng" hitam.haha..Sebab kriteria yang Puteri pentingkan warna hitam tu memang betul2 hitam bukan pudar je.


Produk: Maybelline HyperSharp Liner ini didatangkan dengan satu warna sahaja. Yang menariknya eyeliner ni sangat tajam iaitu 0.5mm. Memang halus jadi mudah la nak buat garis yang tipis pada mata anda. Tube berwarna hitam dan penutup dan tulisan berwarna kuning.


Kelebihan:
  • Tip pada hujung berus sangat halus
  • Sangat mudah digunakan, hanya 1-2 minit sahaja dah siap
  • Warna sangat-sangat hitam.. I loike! :)
  • Harga sangat berpatutan
  • Warna tahan lama sehingga 8 jam! Tak pudar pun warna tetap kekal hitam
  • Selalunya kalau warna tahan lama mesti susah nak tanggalkan, tapi eyeliner ni mudah sangat nak ditanggalkan, guna makeup remover anda tak perlu nak tonyoh pun.
  • Boleh buat garisan halus pada atas dan bawah anak mata.
  • Cepat kering


Kekurangan:
  • Setakat ni takde lagi, cuma packaging rasa kurang menarik sikit..haha..First time tengok rasa cam murahan je. Tapi bila dah guna, I'm totally wrong! :)
  • Kene tanggal guna makeup remover tau, kalau guna air memang tak boleh.
Harga: RM23.80. Sangat berpatutan!

Senang nak buat cat eye :)

 
Tahap: 5 + 5 Bintang! Hehe..Excellent product!

Secara keseluruhannya..Puteri sangat berpuas hati dengan produk dari Maybelline ni. Rugi tau tak beli, sesiapa yang gila pakai eyeliner tu, Puteri sangat syorkan produk ni pada anda. Kalau anda beli kat Watsons boleh dapat 400 point dan boleh dapat beli produk tertentu Maybelline dapat potongan sebanyak 30%.

Hah! ape tunggu lagi sila ke Watsons, Guardian, Sasa atau Mall berdekatan anda sekarang.

Harap anda pun suka kan eyeliner ni..Sebelum terlupa, mintak tolong undi Puteri untuk Etude House Anniversary Contest. Jumpa lagi Ladies! :)

See ya!

~XOXO~

11 comments:

  1. wahh kaler pekat,thn lama dan waterproof tu yg sama suka tu.tgh tggu mana2 blogger riview..skang dh ade yg riview trus rasa nk bli! hehe tq yee..

    ReplyDelete
  2. prefer eyeliner gel silkygirl but currently using in2it liquid eyeliner :)

    ReplyDelete
  3. kalau nak dibandingkan dgn liquid eyeliner in2it mane puteri rasa lg ok?

    ReplyDelete
  4. hye...

    nak tanye la... agak2 klu muka berpeluh kan cam time kene matahari.. eyeliner ni still kemas ker? maksud sy tak comot.. sy tgh cari yg xcomot walau 1 hari kite pakai. (skang gune Silkygirl yg ni http://www.facebook.com/media/set/?set=a.469085173656.238696.99848043656 )

    jemput dtg blog sy... :)

    ReplyDelete
  5. Hi Zoey...Cuba la beli, harap suka jugak..hehe..nanti dah beli bgtau la ye :)

    ReplyDelete
  6. nn: Puteri tak pernah cuba gel liner dari silkygirl..best tak? :)

    ReplyDelete
  7. Hi Anonymous..kalau nak dibandingkan antara 2 eyeliner tu..2 2 puteri suka.cumanya eyeliner dari maybelline lebih halus berbanding In2It.pastu bawah mata pun senang nak pakai :)

    ReplyDelete
  8. Hi Dila..Puteri rasa boleh kekal,,InsyaAllah, sebab eyeliner ni kalau kene air pun tahan, so rasa2 boleh tahan jugak la kalau kelopak mata berminyk..hope so..

    ReplyDelete
  9. sntsa basah ke brush eye liner tu?

    ReplyDelete
  10. Hi Anonymous..berus eyeliner ni sentiasa basah,sangat senang nk guna :)..cuba la

    ReplyDelete
  11. saya pun guna yang nii..serius jimat masa! seminit pun tak sampai pakai ni..taknak cari yang lain dah hehe

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri