My Avon Smooth Minerals Collections

Salam dan hi..hi semua...

Ok lah kali ini Puteri nak kongsi tentang koleksi Avon Smooth Minerals. Baru-baru ni Avon ada buat promotion untuk Avon Smooth Minerals. Avon dah lama keluarkan produk ni, tapi kali ni dorang perbarukan produk ni tukar packaging dan mungkin upgrade kandungan dalam  produk ni.Packaging dia nampak lagi menarik. Kebetulan harga promosi pun murah jadi Puteri rembat semuanya..hehe..


Selain itu Avon keluarkan Mineral Smooth Mascara. Memang CUN..hehe..Jom baca dengan lebih lanjut ye..


Bila sebut perkataan minerals,mesti akan pikir kebaikan je kan? Yela Puteri pernah baca barang mekap minerals ni bagus untuk kulit, mesra alam, tak merosakkan kulit muka dan banyak lagi. Jadi Puteri pikir, elok jugak kalau Puteri cuba.

Produk pertama yang Puteri nak tunjuk adalah maskara terbaru mereka Smooth Minerals Mascara 8g.

Smooth Minerals Mascara in Black RM25.90
Full, Flexible, Fabulous..Wow..memang menarik..Maskara ini didatangkan dengan 2 warna Black dan Brown Black.


Berus berbentuk jam pasir mengkombinasi serat lembut & fleksibel membantu melebat mata dengan lembut.Seriously, i totally in love with this mascara..Thumbs up! (^_^)

Ni nak bagi anda tergoda lagi..Baca..Baca

Mineral menutrisi + Pati bungaan tulen.Diadun dengan mineral semulajadi dan pati bungaan,maskara ini mempercantik bulu mata dengan lembut.Berus berbentuk jam pasir direka untuk menyalut setiap bulu mata sepenuhnya.

Mesti rasa nak beli teruskan, memang berbaloi beli maskara ni.Nanti Puteri buat review pasal maskara ni ye.Produk seterusnya adalah Smooth Minerals Blush 2.5g.

Minerals Blush in Radiance RM22
Pemerah pipi minerals ini didatangkan dengan 3 warna Blushing Mauve, Blushed dan Radiance.Puteri pilih Radiance sebab warna dia macam oren + peach.Comel sangat..Butirannya halus dan ada shimmery jugak.Jadi pipi nampak lebih glow bila pakai.

Seterusnya adalah Smooth Minerals Foundation 6g. Nampak simple dan tak terlampau berat la muka kan. Nak pergi kerja sesuai pakai, tak payah pakai foundation jenis cecair tu. Ada 4 warna Ivory Pink, Light Ochre, Beige Ochre dan Medium.

Smooth Minerals Foundation RM 32

Butirannya pun halus dan mudah digunakan. Apply pada muka sampai sekata, wajah nampak mulus dan halus je.cewaah..

Produk seterusnya adalah pembayang mata, mula-mula Puteri tak rancang nak beli, tapi lepas pikir2 balik beli jela.Warna ni my twin sis pilih, Smooth Minerals Eyeshadow in Echanted Lilac. Shimmery2 gitu..

Smooth Minerals Eyeshadow RM20

Didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu, Puteri pernah guna sekali, tahan lama sebab sebelum apply Puteri pakai eye primer. Kalau pakai eyeshadow jenis serbuk macam ni elok la pakai eye primer dulu, bukan sahaja tahan lama, tapi dapat kekalkan warna pada mata lebih lama. Nak simple pergi kerja boleh pakai 1 warna je macam pembayang mata di atas ni, tak la over kan.


Masa Avon buat promosi hari tu,memang harga jatuh banyak..Total semua RM45 je..seronok sangat..

Mascara = RM14
Blusher = RM9
Foundation = RM14
Eyeshadow = RM8
TOTAL = RM45

Kalau beli barang mekap lebih RM30, dapat lagi produk percuma iaitu Dual Ended Eye Makeup Brush RM10.90 dan Kabuki Mineral brush RM18.90.


Bagus la dapat percuma, sebabnya kalau nak dibandingkan produk Avon Smooth Minerals ni, dulu disertakan sekali berus tapi sekarang dah takde, jadi sape nak beli Avon Smooth Minerals ni pastikan ada berus ye.

Sebelum terlupa, sebelum ni Puteri ada beli Smooth Minerals Lipstick in Pink Quartz. Warna memang cantik dan smooth tapi tak sesuai dengan bibir Puteri..Too bad.. :(

Smooth Minerals Lipstick RM25.90
Masa Puteri beli RM10 sahaja.Wee.. Cantikkan warna dia..yummy~


Jadi itu sahaja koleksi Puteri untuk koleksi Avon Smooth Minerals ni. Puteri percaya produk ni memang sangat berkualiti dan bagus untuk wajah. Nantikan review tentang produk ni ye..

Jumpa lagi ladies! (^_^)


~xoxo~

19 comments:

  1. wah..murahnye puteri beli?bile sales yg Avon buat ni?X perasan pulak mase bace katalog tu..hehe..mcm best je..nanti puteri buat la review satu persatu e..nak tgk jugak camne hasilnye..kalo okay..boleh beli jugak..and kabuki brush tu okay x??puteri dah guna?kalo lps basuh die x jadi keras or rosakkan?

    ReplyDelete
  2. ops..byk grammar mistake pulak kt komen atas tu..maksud Mia,kabuki brush tu x rosakkan bile basuh?

    ReplyDelete
  3. puteri, berus tu ada jual dkt avon ke?

    ReplyDelete
  4. salam..sy pn dh beli mineral foundation avon..sgt best n ringan je rasa kt muka..tp semua lipstik avon sy xblh pkai..kl pakai mesti bibir mengelupas...

    ReplyDelete
  5. 4 mia, kabuki brush nyer sgt trok...mula2 ingtkan kot2 la ok bila basuh...nengok2 bertambah trok..kasar..tpi pdan la ngn free kn (^_^) so esok nyer singah elianto bli kabuki brush...rm20..kualiti ok bersesuaian ngn hargah...love elianto !!!

    ReplyDelete
  6. Hi Mia..Puteri setuju dgn anonymous , kabuki brush tu tak best lor.bila pakai abis muka berbulu..haha..sbb bulu berus tu tercabut sikit..boleh beli berus kat etude house or elianto nnt ye..better..

    ReplyDelete
  7. Hi suziana..berus ni diberi percuma kalau beli produk lebih rm30 dari muka surat tertentu.tak sure dorg jual ke tak.

    ReplyDelete
  8. Hi farah atiqah..betul2 setuju sgt dgn atiqah..foundation die memang best! :)

    ReplyDelete
  9. hi anonymous..kabuki brush tu memang teruk sikit tp percuma so ok lah.tapi dual ended eye makeup brush tu puas ati sgt sbb ada blending brush..thumbs up!

    ReplyDelete
  10. tol 2 putri...dh jtoh ati ngn eye brush dia.. best...x mcm pree pon...hehehe

    ReplyDelete
  11. pernah tgk tk kat youtube (michelle phan)bgmana nk kekalkan kelembutan berus walau dcuci berkali x dgn hanya campurkan sabun @shampoo dgn minyak zaitun.tapi x taulah berkesan ke x sbb akak belum try lg.

    ReplyDelete
  12. hi anonymous...puteri setuju sgt2.. ngee

    ReplyDelete
  13. hi miss faizal..puteri ase cm pernah tgk tp tak pernah try jgk..hehe

    ReplyDelete
  14. nice and cheap for mineral collection.
    i am eye-ing on the loose powder.
    thanks for sharing!

    ReplyDelete
  15. Hi Wendy...i love all the collection!hehe..very afordable..hehe

    ReplyDelete
  16. Anonymous beli berus kabuki rm20 je. Sy beli rm30. Tp berus kabuki ni klu lg gebu,best skit nk sapu. mcm berus kabuki dari IQQU,yg Michelle Phan promote tu

    ReplyDelete
  17. hi, kepada sesiapa di luar sana yg berminat tuk beli brg avon sama ada pakai sendiri atau utk dijual kami berikan discount 35% untuk brg AVON. hantar lah order and ke avonmalaysia.singapore@gmail.com . anda bleh berjimat lebih dan untung lebih.

    ReplyDelete
  18. Hye sys !
    Nak ty cane nak pakai smooth mineral foundation tuu ? Dan die foundation + bedak asas ke ? Atauu foundation semata mata pastu lepas pakai tu kene pakai pressed powder ?

    ReplyDelete
  19. Sis, yang loose powder tu u pilih warna apa eh? I konfius antara ivory pink dengan beige ochre😂

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri