Hai dan Salam ye...
Entri kali ni adalah review tentang produk Silkygirl..Wah..berjaya jugak Puteri buat review setelah sekian lama tak buat entri tentang produk. Produk yang mengambil tempat kali ini adalah makeup remover dari Silkygirl. Selalu cakap tentang pembayang mata, gincu atau maskara je kan.
Nak tahu keberkesanan produk ni.Klik "read more" ye..
Kalau anda rajin bermekap macam Puteri ni,memang sangat penting atau wajib kene ada makeup remover ni. Takkan anda nak tidur atau berehat dengan muka yang penuh mekap atau tak bersih. Nanti mata jadi mata panda (0_o) anda nak ke?
Percaya atau tidak Puteri baru je mula pakai makeup remover ni lebih kurang dalam sebulan, walaupun Puteri dah mula bermekap sejak 2-3 tahun lepas. Sebelum ni Puteri pakai minyak zaitun untuk buang mekap pada bahagian mata, kemudian terus cuci muka. Bukan tak mau beli makeup remover, tapi tak rasa nak beli pun.haha..1 hari pergi Watson terus Puteri rembat makeup remover ni.
Produk: Gentle Makeup Remover dari Silkygirl ini kalau anda lihat ada 2 lapisan, warna biru dan warna putih jernih bawah tu. Kalau nak guna tu goncang dulu botol tu , baru tuangkan sedikit atas kapas. Contoh macam kat bawah ni.
1)Goncangkan botol tu, sampai 2 lapisan dalam botol tu bercampur, dan tuangkan pada kapas
2) Gambar sebelum ditangalkan mekap
4) Kapas selepas bersihkan mekap
Kelebihan:
1)Goncangkan botol tu, sampai 2 lapisan dalam botol tu bercampur, dan tuangkan pada kapas
2) Gambar sebelum ditangalkan mekap
3) Selepas beberapa saat sapukan makeup remover pada mata..Tadaa!!
4) Kapas selepas bersihkan mekap
Eeew... |
- Harga yang berpatutan dan sangat berbaloi untuk dibeli
- Mudah digunakan
- Sangat berkesan untuk menanggalkan tanggal mekap dengan hanya beberapa titisan sahaja
- Tidak memedihkan mata dan tidak memberi kesan buruk pada muka
- Untuk maskara yang kalis air, urm memang sangat susah nak ditanggalkan, tapi jangan risau dengan cuma kene taruh banyak sikit pada kapas dan sapukan pada mata, jangan tonyoh tau, sapu perlahan-lahan je, nanti lama-lama baru hilang.
- Mudah didapati di Watsons dan Guardian
Kekurangan:
- Setakat ni Puteri tak jumpa apa-apa kekurangan pada makeup remover ni.YAY!!
- Untuk mascara yang kalis air,macam Puteri cakapkan kat atas tadi memang boleh tanggalkan mascara tu, tapi bukan 100% la, anda masih perlu cuci muka dan bulu mata anda dengan air, tapi lebih mudah ditanggalkan. :)
Harga: Kalau tak salah Puteri harga Silkygirl Gentle Makeup Remover ni RM16.90. Masa Puteri beli harga RM13.90
Tahap: 5 Bintang untuk produk ini!!Puteri pasti akan beli lagi.
Puteri sangat-sangat sarankan anda beli makeup remover ni, bukan sahaja murah malah berkesan untuk tanggalkan mekap. Macam Puteri suka tumpukan mekap pada bahagian mata, jadi nak tanggalkan sangat mudah, beberapa saat je. Lepas tu cuci muka dan pakai toner.Mudah bukan?
Kalau tak salah Puteri dekat Guardian jual RM9.90, harap tak silap, kene beli ni, simpan buat stock.hehe
Sebelum terlupa kalau anda nak baca review blog lain tentang makeup remover ni boleh terjah blog akak AZALYEA.(follower pertama Puteri :))
Apa makeup remover kegemaran anda? kongsi la dengan Puteri, mungkin Puteri boleh cuba nanti..
Jumpa lagi
~xoxo~
sunflower guna make remover dari elianto...
ReplyDeletebest sangat... bau dia pun wangi... sunflower dah pakai dalam dua tiga bulan...
hasilnyer sangat memuaskan hati...
kalau puteri nak tgk link barang dia nie ha...
http://elianto.biz/products/skin_care/GreenTeaOil.html
hai sunflower!! thanks sbb bagi pendapat ye..waa rasa macam nak cuba,nanti Puteri try beli jugak la..thanks dear :)
ReplyDeleteBoleh tak nanti Putri buat post cara mekap ke prom night nanti? :)
ReplyDeleteArina.
woooittt...nanti kalau aku kahwin puteri jadi mak andam boleh??
ReplyDeletenanti bleh la puteri buat bisness weh...:)
Anonymous: hi..InsyaAllah nanti Puteri cuba buat ye..thanks for the suggestion Arina! :)
ReplyDeleteAsh: haha..tk reti sgt nk mekap kat org len ni..diri sendiri pandai la.. :)
akak..cantiknye eye make-up akak pakai ni!!!wat la tutorial!!!
ReplyDeletesalam puteri,
ReplyDeletebest lah review puteri kali ni.lepas je tgk,esk nya sy terus g watson,beli eye make up remover ni.tp rege dia RM 14.31.
thanks puteri.
Hye hasniza...thanks dear sbb suka entri Puteri ni..urm kalau tak salah kat guardian jual lagi murah sekarang..tapi tak berapa pasti..hehe..btw hope hasniza suka makeup remover ini. :)
ReplyDeletehi si 'moody' ;p, akak memang nak buat macam2 tutorial dan review tapi masa pastu kamera pulak kualiti kurang.tak semangat sgt..haha..tp akak cuba buat nnt ye tutorial.
ReplyDeleteHalal? Saya ingin tahu. Takut contents solution ni mengandungi binatang ke? Awak tahu tk?
ReplyDeleteHye anonymous...makeup remover ni,terus terang puteri tak pasti la halal ke tak. tp puteri yakin halal sbb made in malaysia,silkygirl pun brand yg semua golongan pakai termasuk la yg islam,msti dorang concern tentang halal dan haram ni..kalau ragu2 jgn pakai la lebih selamat.tu pendapat puteri. :)
ReplyDeletetry guna maybelline make remover..ngn mascara yg susah nk tanggal pon boleh .
ReplyDeletei prefer loreal makeup remover, maybelline mcm berminyak sgt2, tp xpnh lg try silkygirl,gonna try it.
ReplyDeleteanywy, i bru jumpe blog u, just love it.
keep it up. :)
Hi Cik Miasara..Puteri tak pernah cuba maybelline makeup remover..Teringin jgk nk cuba..hehe
ReplyDeleteHi Anonymous..sbnrnye Makeup remover silkygirl ni makeup remover pertama puteri sblm ni guna minyk zaiton je..Insyallah t puteri cuba loreal dgn maybelline jgk la.. :)
ReplyDeletesaya pakai biore punya makeup remover.superb.kalau travel pakai yang wipes punya,kat rumah pakai yang oil cleanser tu.tapi yang oil cleanser tu kalau masuk mata pedih la sikit tapi bestnye,sambil mandi pun boleh.tak payah kapas2.pump kat tapak tangan, sapu je terus kat muka.gosok pelan2 sampai semua mekap tanggal,cuci je terus dengan air.memang superb lah!
ReplyDeleteHi dear...thanks sbb kongsi info tu.hehe..puteri lama dah usha tapi tak tau nk beli ke tak..nk cuba jgk la siap tk pyh gune kapas lg, superb tu..hee
ReplyDeleteElianto punya makeup remover yang best. Fungsi cecair biru tu la yang remove kita punya makeup. sbb apa sy kata elianto punya bagus,sbb cecair biru dia banyak. : )
ReplyDeleteHi Anonymous..tk pernah cuba lagi makeup remover dari Elianto..InsyaAllah t puteri cuba ye.. :) thanks!
ReplyDeleteshera pakai maybelline punyer.. senang sangat pakai nyerr.. ^_^
ReplyDeleteUrm..maybelline tak pernah try lagi..hehe
ReplyDeleteda try makeup remover ni.. ;) best sgt.. haritu ada sale beli harga RM5 je kt JJ..sje2 nk beli and it's worth!
ReplyDelete