Tutorial: Beautiful Peacock Eye

Hai dan Salam semua...

Akhirnya Puteri berjaya jugak nak buat tutorial untuk mekap..Yay!!heehee..Setelah sekian lama menyepikan..Puteri dah plan untuk beberapa entri yang menarik untuk anda dan 1 lagi pengumuman yang best..hehe..nak tahu apa..Baca entri ni sampai habis ye..


OK2..Kembali kepada entri untuk kali ini, tutorial Beautiful Peacock Eye..Memandai je bagi nama camtu, tapi tutorial kali ini diinspirasikan dari warna-warna merak..Jadi sebab tu nama dia camtu..

Nak belajar gaya solekan ni..macam biasa klik read more..


Mekap yang Puteri gunakan adalah 88 Eyeshadow Pallete. Rasa ramai yang ada kan pallete ni. Puteri dah tandakan warna yang Puteri gunakan,jadi boleh la cuba walaupun tak de pallete ni,cari warna yang seakan2 macam dalam pallete ni.



Dah bersedia? mari kita mulakan ye..Macam biasa pakai la penyegar,pelembab, krim muka, concealer dan bedak pada keseluruhan muka ye.. Puteri hanya tumpukan solekan pada bahagian mata sahaja ok..


Sebelum
1) Jangan lupa pakai concealer pada mata untuk cover mata panda anda.. (0_o) dan kemas kan kening guna brow liner.



2) Sapukan warna cream/highlight (1) yang seakan-akan warna kulit pada tulang kening.



3) Diikuti dengan warna tourquise (2) pada bahagian kelopak mata tapi bukan semua ye, dari depan sampai ke tengah kelopak mata.



4) Sapukan warna ungu gelap (3) pada hujung anak mata. Tak lupa warna hijau pucuk pisang (5) pada bahagian depan anak mata macam gambar kat bawah ni.


5) Warna Pink (4) disapukan pada hujung anak mata dan dibawa ke bahagian atas dari warna torquise tu dan blend guna blending brush supaya solekan nampak kemas.



6) Sekali lagi gariskan warna ungu gelap (3)  pada garisan bawah anak mata.


7)Puteri suka gariskan pencil liner dulu.



8) Kemudian guna gel liner dari Maybelline untuk menyerlahkan warna hitam tu, jangan lupa buat wing sikit pada hujung anak mata.



9) Terakhir sapukan maskara kegemaran anda

9) You are done!! :)



Dah siap boleh la pakai blusher,lipstick sume ye. Maaf gambar mungkin tak memuaskan sebab pinjam kamera kakak tapi tak reti nak setting lagi pastu nak edit gambar pun cam malas sket..haha...Buat pengetahuan semua, shawl dengan anak tudung tu Puteri beli ngan kawan Puteri nama Nadia, Puteri start pakai shawl sebab tertarik dengan shawl yang dia jual.Dah jadi pelanggan tetap pun, nak tengok boleh klik Ku-Nadia Collections.

Pengumuman penting!! Puteri akan buat Giveaway nanti!!Yay..Harap anda dapat join, simple je. Puteri nak shopping hadiah untuk Giveaway tu nanti..Jadi tunggu ye!

Harap anda dapat mencuba gaya solekan ini..Selamat Berhujung Minggu semua!

~XOXO~

6 comments:

  1. suke toturial yg ni . .t na try . .
    p/s>bru na bljr mekap ni ..huhu . .

    ReplyDelete
  2. hye chienta zieya..hope dapat cuba nanti! :)

    ReplyDelete
  3. hi atiEnabErn!..thanks ye dear for support :)

    ReplyDelete
  4. puteri guna berus ape ea utk eye shadow..sy slalu pakai jadi comot.. :(

    ReplyDelete
  5. Hi Anonymous..kalo tak salah time ni Puteri guna berus dari ELF. :)

    ReplyDelete

Copyright © 2011-2012. All right reserved by Puteri