Hai Semua,
Selalu Puteri buat review tentang eyeshadow, maskara dan lipstik. Hari ini Puteri nak wat review produk yang Puteri gunakan untuk bahagian kening pulak. Masa mula-mula Puteri belajar mekap, bahagian kening ni Puteri tak sentuh langsung, hanya mekap bahagian mata, pipi, dengan bibir sahaja. Mungkin ramai yang jugak yang macam tu. Mungkin ada yang beranggapan yang bahagian kening ni tak penting langsung.
Tapi bila dah lama, Puteri rasa bahagian kening kita tak patut biarkan macam tu sahaja. Bahagian kening sama penting dengan bahagian yang lain. Sekarang, kalau Puteri tak sempat nak mekap sangat, kening memang WAJIB Puteri kemaskan, kemudian pakai eyeliner, maskara dan gincu. Bahagian kening tu memang tak tinggal la.
Jadi produk yang Puteri gunakan untuk bahagian ini adalah Rimmel Professional Eyebrow Pencil in Dark Brown(001).